Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 27 May 2010

jarum saat berhenti; ada bateri yang aku perlu ganti.

Hari ini khamis. Malam ni malam Jumaat. Lama sangat rasanya lidah aku tak basah lama dengan 'qalamullah'. Dan aku kaget, aku merangkak lagi dalam kelam kelibut tajwid. Patutlah runsing asyik menjadi raja dalam hati. Aku jadi orang yang risau tanpa punca. Jadi penat tanpa bergerak kelibat.
Aku tenggelam dalam fikir bila menjengah baris-baris pesan dalam novel 5T5B (by hlovate);

...All the verses in the Quran are like personal love letters from Gos to us. Tidak percaya, tengok dia punya terjemahan. "If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away. Ayat memujuk sebagaimana dalam Al-Insyirah dan Ad-Dhuha...

Allah jer yang sayang aku sepenuhnya, aku?

self appointed observer

Perasan tak, yang entri lepas tu sebenarnya monotonous dengan beberapa entri yang pernah keluar dalam blog. Bosan bukan? Maaf lah; but that is the fact of life. You need thousand motivator just to give you some good foundation to stand; but it is because one stupid big-talker, you will be a loser the next day.

Blame game?
It is not; at least, from my perspective.

Am i try to be a motivator here?
Straight answer: No!

My word spit out here directly dedicated to my own life. For my own motivation and for my very own life.
Yup, I know few of my best blogger buddy here through their problem. Through the hard way. I may seems to be a good guy with a full armed strong; but actually i was on different field.

Me, myself is a self appointed observer.
I jump into any bad ship and try to be hero. Try to be the savior. Knight in shining armor.
But, in fact, I am super inferior.
I simply weak than anybody.
Thus, those inspire words is actually for me. And if it is applied to you too; consider them as accident. A good accident.

aiseh. a mumbling-isme is back. crap. cut these craps.

Monday, 24 May 2010

Kau bagiku sempurna

Manusia itu sempurna sifatnya bila mana dia tidak sempurna.
Sudah di janjikan, kita tidak akan sempurna; walaubagaimana hebat pun usaha kita.
Sebabnya; supaya kita sentiasa bergantungan dan sedar yang hidup ini cuma satu penilaian tahap kecekapan rutin.
Jadi; kita perlukan yang lain untuk hidup lebih dekat kepada sempurna; ultimately kita perlukan Maha Kuasa yang satu!
Dan lagi satu; kita sendiri tidak memiliki diri kita; yang terang-terang satu pinjaman dari Maha Kuasa.
Jadi; bagaimana kita mampu mengatakan dunia ini milik kita; melalaikan kita, mahu sesat dalam terang. Dan terangsang dalam gelap mata hati?
Kalau ada yang begitu; tegur se-hikmahnya. Kasi tau dia, tiada apa yang kekal; melainkan iman yang Maha Esa mahu kita tunjukkan ke akhirat.
Yang lain; macam bukit pasir saja; sampai masa, dushhhhh {hilang}

Wednesday, 19 May 2010

Penantian itu 'pulau' yang kosong. Kita yang pilih entertainment-nya.

Hidup ini satu penantian yang cukup panjang. Panjang; yang benar-benar panjang. Aku sendiri kadang2 jadi hanyut; sebab punca dan kejadian aku dah mula hilang arah. Aku jadi pengemudi layar yang buta peta dalam suatu-suatu ketika.

Mengerti akan hukum kehidupan yang penuh dengan tanda tanya; aku cuba mencari sekian-sekian jawapan. Pasti saja kitab suci itu satu susunan kalimah yang merekodkan masa depan, tapi aku masih lagi bodoh-bodoh alang; pergi menilik dunia dengan jiwa aku yang secubit pengalaman ini.

Bodoh kan?
Tapi bukan aku seorang yang bodoh.
Banyak lagi si bodoh-bodoh yang cukup pandai bergelar bodoh terang-terang.

Penantian itu; seminit pun sudah cukup lama berbanding dengan sejam yang aku sibukkan dengan urusan lain. Ya memang sudah cukup lama.

Lagi lama; bila mana penantian itu melibatkan hal ketuhanan; hal-hal sujud dan tawadu' pada Maha kuasa.
5-minit untuk solat yang tak sempurnanya kusyuknya lebih panjang bosannya dari puluhan minit menanti sijantung hati; bergeselan berbahu-bahu di taman-taman sondol si-babi.
Kenapa?
Sebab hati kita mula mati dalam hidup. Mula busuk walau dalam siraman one drop perfume; melainkan kita berpatah ke asal, sebelum dijemput paksarela untuk pulang.

Monday, 17 May 2010

Ada jiwa yang emosinya meronta pinta di belas kasihkan di talian. Katanya...

Kakaknya di-diagnos kanser. Kanser hati. Doktor yang tentu saja manusia itu menterjemahkan jangka hayat 6 bulan hingga 12. Hanya jangkaan. Mungkin lebih, dan tentu saja boleh jadi kurang dari itu. Kan sifat kemanusiaan itu adalah ketidaksempurnaan kita.

Bukan-kah Maha Esa telah menjanjikan yang tiada satu insan pun akan menjadi sempurna di seluruh generasi. kenapa? supaya mereka sentiasa bergantungan sesama insan, bergantungan pada Tuhan dan sedar bahawa ada lagi yang lebih berkuasa; Maha Kuasa; Allah Ya Rabbi.

Balik pada sang kakak.
Kakak yang menangisnya mampu di tahan. Yang gagal, adiknya. Menangis. Menangis seperti dia yang akan mati esok hari. Menangis dalam pengertian sedih dan duka yang sebenarnya. Dan yang menangis itu adalah pegawai bawahan aku. Pegawai yang menalifon aku lebih dari 60 kali ketika handphone aku 'mampus'; dan satu panggilan yang berikutnya, aku jawab.

"Encik. Menangis itu boleh, tapi itu bukan solusi yang encik perlukan sekarang. Menangislah seharian suntuk, dan kemudian berhenti untuk menangis lagi; untuk hal ini. Maha Kuasa bukan sengaja mencampakkan kita dalam bencana ini hanya untuk kita dia membatu; dan lemas"

"Tapi, masa dia dah hampir"

"Paling tidak, dia hampir tahu masanya. Kita? entah2keluar dari rumah nanti kita menemui ajal. Atau mungkin saja sekejap lagi? Jadi itu bukan pilihan dan urusan kita; tentang waktu. Urusan kita adalah berdiri pada jalan Maha Kuasa dan berserah pada Allah supaya kita terus bersitu"

"Jadi"

"Berhenti dari menyeksa diri. Tangisan tak mengubah apa-apa. Berdoa pada Allah. Berusaha dan tawakal pada Allah semata-mata."

"Saya tak kuat"

"Takkan Allah duga seseorang itu lebih dari kemampuannya. Encik tak cukup kuat untuk menghidap dan menanggung sakitnya kanser itu, tapi encik cukup mampu menjadi bahu yang mendongkong jiwa2perit akak encik itu"

dan senyap menjadi isi.
muhasabah.
bukan dia, tapi aku..

Friday, 14 May 2010

Tak la besar sangat, tapi tetap la masalahkan. Masalah betul lah.

Memang ye la. Masalah betul.
Aku memang tak reti nak pakai jam tangan memanjang. Rasa macam berat tangan jer. Selalunya, sampai pejabat terus buka semua jam, dompet dan handphone; letak dalam drawer. Tak reti aku nak bergaya protokol lawa-lawa gini.

Jadi, masalahnya?

Jam tangan.
Ni sebenarnya hadiah perkahwinan (rujuk entri sebelum nih) dari wife aku. Jam Caterpillar. Jam lasak. Tapi berat. Jadi aku rajin bukak (dulu jam ringan Alba pun aku bukak gak; pe’el nih). Memandangkan jam nih diesel power, so bila mana jer aku tak pakai lama, dia berhenti. Merajuk tak nak bergerak dah.

Jenuh dah aku ketuk2 dekat meja (~meja hati la sayang~ mintak-mintak la itu aku punya laling tak baca nih!), goncang2 dan lastly buat bodo jer pakai walaupun jarum saat tak gerak. Doakan semoga lepas sehari dua dia ok lah, dah tak merajuk.

Tapi, nih dah masuk tiga hari dah. Macam tuh gak. Masih tak mau jalan. (Kang kalau aku cakap ‘boleh jalan lah lu’ susah pulak). Last-last aku redho jer lah. Pakai gak; bukan sebagai timer, tapi nak tengok date jer. Aku doakan supaya jam nih cepat2lah baik dari rajuknya.

Tu la pasal. Harga boleh tahan, sistem jam pun bagus, tapi kalau tak guna, jadi sengal macam nih gak.

Sama macam akai kita gak kan.

Sehebat mana pun hikmah akal dan bijaksana yang Maha Esa kurniakan, kalau kita guna bukan dengan caranya, jadi hampas kosong jugak. Bergunakurang @ Useless!.
Korang ada akal ‘rolex’ yang kalau polish sekali; berderet orang kagum dan menghargai kehidupan hang pa. Tapi kalau akal ‘rolex’ korang tuh dah berkarat dok membatu diam, nilai dah hilang. Dah jadi daki pada si pemakai. Masyarakat pun bo layan.

Itu kalau jam tak pakai sehari dua. Kalau akai tak pakai sehari dua? Seminggu dua? Setahun? Sepuluh taun?
Jadi, korang nak macam tuh ka? Pikiaq la baik2. Umuq kita pun tinggai esok lusa ja.

Wednesday, 12 May 2010

Ini cuma pandangan aku, tapi aku yakin aku tak salah!

Orang selalu namakan majlis lepas bernikah itu majlis membatalkan air sembahyang. Bukanlah menyalahkan tradisi, tapi; bagi aku, benda itu tidak cukup betulnya. Kenapa perlu sengaja batalkan wudu’; dan siap ada majlis lagi; bukankah wudu’ itu sendiri tinggi nilainya?

Jadi aku membangkang?
Tidak juga.
Aku cadangkan penambahbaikan. Itupun dari pandangan aku yang belum tentu sepenuhnya terang.

Sesudah di-ijab dan di-qabulkan, berjemaah lah berdua mempelai itu dalam solat sunat kesyukuran kepada Maha Agung. Biarlah si isteri menjadi pengamin pertama pada doa sulung suami selepas gelaran bujangnya hilang dalam genggam tangan gemuruh bersama si-qadi tadi.

Dan bersalamlah mereka; kedua kasih dan sayang itu dalam rahmat Allah lepas doa di-aminkan. Dan gugurlah wudu’ itu dalam redup tawadu’ dua insan yang dihalalkan sesama hayat mereka.

Itukan lebih baik?

Soalan: Jadi, bila nak bagi hadiah?
Jawapan:
Jujur dan ikhlas pernikahan itu sendiri satu anugerah bukan? Dan itu sendiri lebih tinggi dari hadiah material duniawi bukan?

Cuma, bagi yang lebih mampu, sediakan lah hadiah pernikahan lain. Sebetuk cincin, seutas perhiasan tangan, sekalung rantai dan apa saja yang kalian perlu; dan hadiah ini adalah ‘hadiah pernikahan’ dan bukannya wasilah ‘membatal air sembahyang’. Jadi, majlisnya adalah majlis penyampaian hadiah di antara mempelai ye tak? dan bukannya majlis membatalkan air wudu!

Benda yang sama, cuma pada aku definasinya berbeda.

Monday, 10 May 2010

kalaupun radio ada button rewind, bukan ber-erti kita mesti menekan-nya, ye tak?

Menaip sambil melayan Taman Rashidah Utama dari blog ian. Blog aku jer yang bosan tak der gambar dan lagu. Aku suka susun huruf jer; jadi maaf lah yer.

Di Shah Alam. 5 tahun lepas aku tinggalkan jejak-jejak kampus. Memang dah lain. Banyak benda dah jadi asing untuk aku. Kalau lah aku tidur lima tahun sudah, dan baru bangun pagi tadi, sah-sah aku jadi orang bodoh. Sesat dalam susur desar kereta-kereta sini.

Bila aku rewind balik citer-citer hingus dulu, rasa  macam semalam jer aku pergi, tapi rupanya tidak. Aku pun dah berjambang; dan jadi bapak budak pun. Dan aku bukan lagi aku dulu.

Macam itu jugak kehidupan.

Kalau aku asyik tersenyum dengan gila-gila semalam dan pekak telinga pejam mata dengan angin2realiti; aku pasti jadi se-sesat dan se-mati itu.
Hidup ini; mau tak mau tetap kena terus. Side mirror dekat kereta pun gunanya untuk jeling2; buat peringatan supaya jalan lurus kita tak sesat siul tanpa arah.

Jadi; kalau ada baki2 najis hidup semalam yang belum di buang dan menghantui senyum kamu hari ini, pergilah buang kan segalanya. Menangis pun menangis lah sepuas kamu; untuk sekejap itu, dan kemudian ambik pengajaran.

Hidup ini sendiri satu cereka yang nanti2Maha Agung tayangkan buat penilaian kita bukan? Takkan kita nak nampak lemah menangis dengan dugaan nafsu dunia di depan Maha Kuasa nanti? Hidup ini bukan untuk satu sia-sia kan?

Thursday, 6 May 2010

Ctrl + A to read!

Memandangkan aku dah lama sangat tak update; hanya mampu berlegar2berjela di komen box blogger lain, jadi aku buat begini.

ya, untuk hari ini saja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Betul-betul untuk entry ini saja.

Aku taipkan entri di kotak komen; sebagai komen pertama.

Friday, 30 April 2010

The monologue guy is here,

under his own name; Rafa benitez.

I wish Benitez will get better job soon; so that, he and club will enjoy new phase of life. Never said Liverpool not good enough for him; but, for good sake, he should go. He may enjoy greater life somewhere else; maybe Old Lady or simply Madrid.

I will never say Benitez terrible; credit to CL final at Istanbul; but people need change to move on. Like I said before, he should never stand still there and hold the roses tight to his chest and let the roses wash away; badly.

So, the rule is simple.
Benitez and his chosen one; Lucas, Insua and Ngog; enjoy their new start somewhere else.
Then the never walk alone start all over again.

2010 we left empty hand. That's okay if we enjoy good run of performance; but the fact is not; no 6 should no be a good result. So change is compulsory; for better future.

I think, that's all. I just don't want to say more.

p/s:
I'amsosupernotcool, hope your Gunner will not losing your Fab-captain this summer. We still mentally suffer from the day Alonso left us.

Wednesday, 28 April 2010

The monologue end here.

There was a boy. A boy with a bouquet of roses on his hand. A left hand. Holding them tight; close to his chest. There was a smile on his face too. A cute face.

But then, he just stands still. Move nowhere. Let those precious time blown away; as easy as shadow gone when there is no light.

Second after second. Minutes gone. Hours passed. Days keep coming. Years queue on the list too; but the boy; the same boy; still stood there; with the same gorgeous lips; smiling.

The bouquet is there too; but not with the same sweet smells anymore.

I just wonder; how far the stupidity can go; for that boy?

He seems to believe that the adorable lips curve can simply brought him ever lasting happiness without any other effort.
Doesn’t he know that everything has their designated expiry period (except The Almighty Allah)?
Doesn’t he believe that you will only gain as much as you work and pray for?

Love and appreciation is ongoing process. You will lost them as much as you ignore them!

Keep moving boy! Or simply take a pen; and write for emotive lament speech.

The monologue end here.

Monday, 26 April 2010

“Mamak, kasi satu roti canai kosong, satu air kosong”

Itu jer yang aku mampu.

Kalau duit aku makin dekat dengan kosong, jamahan aku pun dah makin banyak kosong-kosongnya. Tak apalah, kosong-kosong ini lebih berisi dari tidak ada apa; dan tentu saja lebih besar nilainya dari buncit-buncit duit babi-babi menyondol di bawah-bawah meja!

Semu orang tahu; dalam segelas jernih air kosong itu; tidak ada diabetesnya, tidak ada ’angin’nya dan seboleh-bolehnya lebih yakin kita dengan halal dari keharamannya. Kan itu lebih baik dari berkaton-katon air ’kerat kaki’ yang lebih kerap kita jadikan pilihan. Yang kita nampak; manisnya saja.
Yang lain? Kabur. Buat-buat kabur.
Ya, sama saja seperti kita buat-buat lupa dengan kubur.

Gelas-gelas kosong ka, manis ka, payau ka, kita yang pilih. Duit kita, hidup kita.
Kehidupan pun begitu juga. Usaha kita, pilihan kita.

Wednesday, 14 April 2010

pra-entri, sebelum aku mula menulis semula. aku dah kuat, cuma aku belum cukup sesuatu untuk senyum girang;

Lama benar aku terbukam sunyi. Maaf, ada dunia realiti yang aku kejarkan. Kusut-kusut hati dan terlerai sedikit; paling-paling tidak, sudah hilang bengkak-bengkak jiwa dek penangan 'paracetamol' minda. Mungkin untuk sejam dua; tapi itu sudah cukup panjang syukur aku pada-nya; Maha Esa.

Nanti-nanti, kalau aku sunyi lebih lama dari ini; mungkin sebulan dua; kalian cubalah sedekah akan roh aku dengan al-fatihah ikhlas kalian. Itu lebih besar nikmatnya dari sejuta dua not-not dunia yang tentu tidak boleh aku bawak mati. Malaikat-malaikat itu tidak pandai mengambil rasuah aku untuk ke syurga; jadi hanya tinggal amal untuk aku ke situ.

Untuk seketika ini, aku doakan yang lain keaman hati dan perasaan. Moga lumut makin kuat dan yakin dengan hatinya yang ada pada Allah, Lara tabah dengan paku-paku payung di sepanjang perjalanan tapak kakinya ke depan, I'amsupernotcool hidup dengan lebih hidup dan timbul dari susuk-susuk sibuk basi dunia. Moga Wong Ian jumpa neon-neon dalam hatinya yang berkelip untuk terangkan hati2yang lain. Boneka tak sakit, terus tidak sakit dan jadi sekuat dulu; dulu boleh, kenapa tidak sekarang? Una dan Anis masih tersenyum dalam gaduh2manja; hidup berikatan ini banyak dugaan; bukan untuk jatuh, tapi untuk sedar yang kita kuat. Untuk Dr Anum; janji! nanti bali, kamu jadi doktor untuk kami2yang memerlukan; moga kematian aku sempat tunggu kamu sahkan {mungkin} di bilik mayat nanti ya :). Cikgu Neon; hidupkan anak bangsa kita ya; jangan sesiakan peluang kamu untuk jujur dalam pembentukan tamadun kita.

dan untuk yang lain; CinTa Lea IxoRa, shakinah, dewajiwa, kerak nasi, si blogger kerek, selipar besi, seroja jingga, si putihpurple, ayuzdeathwish, muzill, para pengikut blog kosong ini, para penjengah, pengomen dan yang lain yang mungkin aku tidak namakan; semoga Allah panajangkan barakahnya pada kalian. Selagi belum hujung nyawa, bernafaslah dengan ketentuan jalan Maha Agung.

ops. aku bukan berhenti menulis. cuma tekak aku haus. jemari aku letih. kita jumpa lain entri ya. salam

Sunday, 11 April 2010

belum hujung nyawa

...untuk aku.

Kehidupan kami perlu di teruskan. Biarlah naskah Yaasin itu menjadi teman aku dan keluarga. Allah lebih sayangkan-nya dari kami. Dan pemergian-nya yang cukup redup dan mudah itu amat kami syurkurkan; Alhamdulillah. Semoga di syurga nanti ada jodoh-jodoh untuk kita bertemu lagi ya Abah.

Al-fatihah untuk ayahnda ku; Allahyarham Ustaz Ismail Bin Abdullah (21 Dec 1957 - 7 April 2010).

Semoga nanti, aku pun macam abah.

Ameen

Wednesday, 31 March 2010

Mencari jalan keluar; mari kita...

Allah itu Maha Mendengar.

Allah itu Maha Adil.

Allah itu Maha Mengasihi.


Bila kita hilang dalam gelap, bukan disuruh kita pejam mati dan menangis tunggu mati; tapi berusaha cari jalan yang benar-benar membawa kita lurus kepada-Nya. Sebab dari Dia kita datang dan pada Dia kita pergi. Jangan jadi bodoh, sebab kita sendiri sudah benar-benar bodoh bila terdetik “Ah, tak ada siapa yang nak tolong aku bila aku susah”. Sebab apa? Sebab kita mencari ‘orang’ yang tentu saja lemah dan penuh dengan kelemahan; mana mampu depa datang jadi penyelamat sejati mu? Jadi carilah Allah. Carilah Allah dalam segalanya. Dan Allah tak pernah hilang walau mana keadaan pun; Cuma kita saja yang kadang2terlepas pandang kewujudan-Nya.


Mengerti?

Monday, 29 March 2010

Bukan jalan ini saja yang ada lubang, sana juga ada..

Ada orang bertanya pada aku "apa yang lebih indah dari menyusun bunga-bunga kasih menjadi pelangi di kala taman-taman hati penuh dengan rama-rama yang berkicau ibarat burung terbang"
Jawapan aku mudah.
"Hidup lebih indah bila kita bangun dari satu kejatuhan hidup, dan kita tekad untuk terus berdiri kuat; dan tidak akan lagi jatuh di situ".
Dan sememangnya itu lebih indah dari segalanya.
Memang indah.

ia begini. Kamu sudah pernah ada pelangi. Esok lusa kamu minta pelangi yang lain. Dan yang lain lagi untuk minggu-minggu lain. Nikmat hati akan jadi pudar bila hanya pelangi yang sama yang datang sebagai hantaran hidup ini. Nanti, rasa bosan akan jadi pengisi dan indah hidup tentu saja jadi tiada-apa-apa.

Tapi kalau hidup ini kamu tahu pasang surutnya. Kamu jatuh dan kemudian bagun. Minggu-minggu depan kamu jatuh di bonggol lain di jalan yang lain, kamu akan lebih menghargai satu-satu pelangi itu; amat-amat menghargainya; walaupun ia hanya ada buat pandangan kamu seminit dua. Kan indah begitu.

dan lagi satu.

kamu akan sedar bahawa Allah itu sentiasa ada kala kamu susah; dan sentiasa beri kamu sedikit harapan ketika dunia berkata kamu 'completely damaged'.

kan hidup ini ciptaan Allah, dan Allah tentu saja bisa mencipta kejutan dan magika lebih dari jangkauan kita?

Jadi, nikmatilah hidup dengan cara dan acuan Maha Esa, sebab esok lusa; bila di duga; jalan Maha Kuasa itu juga jalan yang kita kena pilih.

Oh, buat seketika. Biar aku pejamkan mata dan memandang pelangi itu. Ya, di depan mata aku ini. Mungkin lusa ia akan hilang. Dan aku perlu berjalan lagi untuk mencari pelangi baru.

Salam untuk semua. Permisi.

Saturday, 27 March 2010

Aku sedang bercakap dengan kamu; ya kamu!

Sedang setiap anak-anak kecil itu belajarnya jalannya di mulai dengan meniarap, merangkak, bertatih dan baru kemudianya berjalan. beratus dan ribu kali jatuh dan bangun. menangis itu sudah tentu. tapi, dengan ada usaha yang berterusan dan dengan izin Allah, anak-anak kecil itu bangkit dan menjadi si dewasa yang penuh dengan kedewasaan.

Kamu-kamu yang sedang kecewa itu juga pernah begitu.
percaya atau tidak, kamu sendiri dalam hukum alam yang kamu belum tahu tahap cinta dan sayang kamu pada diri sendiri?

Kita selalu pandang apa yang ada di depan mata, tapi terlepas pandang pada jurai-jurai makna yang tersirat di sebalik setiap yang ada di depan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya kita lebih kuat dari kekuatan yang kita ada. Kita ada Maha Berkuasa yang sudah berjanji akan sentiasa bersama kita dalam doa yang kita kirimkan?

Namun malangnya; kuat atau tidak seseorang itu bukan pada apa yang dia ada; tapi lebih apa yang dia percaya dia ada.

Dan kalau saja kamu percaya kamu tidak ada apa-apa; jadilah kamu si fakir kehidupan; walaupun berjuta khazanah dunia ada dalam lipatan diri kamu. ya di bawah lipatan bibir dan telinga kamu, mungkin?

Aku keseorang sedang bercakap dengan kamu; ya kamu sang cermin.

Friday, 26 March 2010

Aku; mahu jadi aku sendiri

Seminggu aku tak update blog. Aku pun tak sangka aku boleh se-tahan itu. Maap la, dunia realiti aku (yang lebih realiti dari rancangan realiti tv 14' dekat rumah tu) sangat menyesakkan. Banyak benda nak dikejarkan sebelum rabu minggu depan; hari akhir aku dekat kilang nih. Tapi, sibuk-sibuk pun, aku blogwalking gak sekali sekala; nak lepaskan panas2kepala otak sikit. Siap kadang tuh tulis komen lagi panjang dari entri tuan rumah; mau esok lusa kena maki hamun keluar dari blog aku nih. Maap la ya angpa semua.

Hmm sudahlah pasal tu.
Ini satu; percaya atau tidak, aku sebenarnya seorang 'ignorant' sukses.

Maksud aku?
Aku tak berapa kisah apa orang cakap. Kadang2aku memang tak kisah langsung. Asalkan aku tau aku buat itu 'sebab apa' dan aku sanggup taggung apa-apa yang 'bakal' terjadi, itu sudah cukup untuk buatkan aku jadi 'telinga kebal'.

Alasan aku mudah saja. Aku mahu jadi macamana 'aku' yang aku pilih; dan kalau itu bukan apa yang 'orang lain' mahu. Anggap saja aku peminat musik asli dan kamu peminat underground hardcore music; atau sebaliknya; dan kita tak akan sama. Jadi, pilihlah; kalau suka, stay; kalau tak suka, blah.

Friday, 19 March 2010

Aku hanya ada ‘kalau’; tolonglah jika pada kamu ada ‘jawapannya’


Dalam setandan; ada saja sesikat dua yang rosak
Rosak yang jauhkan nafsu-nafsu selera jiwa untuk menjamahnya
Lalu di biar sesikat dua itu hitam busuk di situ

Sedangkan akal itu gunanya berfikir dengan kejadian
Menilai dengan hati; mendalam dengan jiwa, agar emosi bukan jadi raja
Dan rosak sesikat itu bukan suruh kita mem-batu; dan tunggu kulat2masam menjadi garam-garam dalam minuman; yang mana pasti bukan lagi manis; semanis yang kita pernah impi mimpikan.

Ingin saja aku jadi tangan-tangan besar yang bisa asingkan ulas-ulas rosak dari sistem saraf-saraf setandan itu:
Biar keluar benih-benih rosak jiwa itu; dan tentu saja aku relakan sikat-sikat di tandan itu rongak lihatnya; dan tentu bukan rosak ranum!
Tapi, itu hanya 'kalau'; dan aku sendiri tahu 'kalau' itu belum cukup jadikan aku adiwira sebenar

Ah, rosak lagi:
Dan dari jauh, aku cuma berharap ada lagi hati-hati yang bisa lintas jiwanya seperti aku; biarpun sedetik
Agar yang sesikat dua rosak itu di asing jauh; dan bebaskan setandan yang lain dari onar-onar gelap perasaan

Dan satu lagi;
Ini dunia reality:
yang aku hanya mampu; berdoa; Maha Besar lebih tahu semuanya

Kaki-kaki-nota-aku
setiap yang busuk itu akan kekal busuk sebelum ada usaha yang bisa merawatnya. Dan tentu saja sakit itu; apa saja bentuknya; adalah satu rasa yang busuk; benar-benar busuk; sebelum kita mampu menilai kenapa sakit itu datang; lebih-lebih lagi kenapa pada kita sakit itu datang!

Thursday, 18 March 2010

menangis itu bukan kerana mati; tapi kerana kita ada hati

Kita yakin-yakin, ada bunga di taman itu
Tapi; makin kita dekat; makin hilang harumnya
Dan ia terus hilang bila kita tiba; yang ada cuma sesal-sesal kesal yang kesat dalam hati

Rindu dan kasih kita jadi gundah;
Kasih dan percaya kita jadi pasir-pasir yang halus-halus dibawa berlkita dek udara panas di padang pasir
Semunya seakan jadikan kita si bodoh yang di perbodoh dan di gelak tawakan

Perlu akan ini kita menangis?
Pasti saja perlu; kerana kita sendiri ada hati; dan kita belum mati untuk buang ketepi saja perit sakit ini
Tapi nangis itu bukan untuk runtuhkan jiwa-jiwa yang kita bina selama ini
Biar tiap jernih-jernih jujur ini menitis ke bumi sebagai baja-baja sakti untuk kita lebih waja dari dulu
Supaya kita lebih kita pada esok; dan tentu saja kita yang lebih kita dari semalam

Hidup ini sendiri satu perjalanan, dan pancit-pancit roda itu cuma secebis dugaan untuk menguji iltizam hati; dan tentu saja bodoh kalau berhenti di sini; hanya kerana itu, bukan?

Kaki-kaki-nota
Tentu saja ini untuk kamu, dan kamu sendiri itu adalah aku; kerana aku bercakap dengan cermin-cermin di dinding.

Wednesday, 17 March 2010

biar aku terus melangkah; biarpun itu darah; parah

Semalam aku kutip batu-batu di tepi jalan itu
Satu persatu kemas masuk ke kocek hatiku
Biar berdarah di calar kelikir-kelikir itu; aku masih degil untuk teruskannya.

Pelahan-lahan
Kaki mahu lagi melangkah; biarpun basah persalinanku dengan darah2pedih di hati
Kerana jalan nyawa ini masih ada saki bakinya

Mungkin, gula-gula hidup semalam terkurung dalam pundi kencing aku
Gula-gula pelangi indah yang menjadi dinding-dinding realiti khayal aku buat sekian lama
Dan; seperti semua tahu; manisan itu menterjemahkan perinci rasa derita pada aku; pelahan-lahan dan berkesan
ya, darah-darah yang memercik keluar ini antara derita itu,
perit yang aku gagal untuk nyahkan dari hidup; tapi aku masih mahu hidup
maka; dalam keterpaksaan; aku biarkan saja sakit itu di situ; dan kaki aku melangkah saja; setelah penat menunggu lama

Sampai bila?
Yang itu biar takdir Maha Esa tentukan
Pada aku, biar aku langkahkan saja derap kaki ini
Kalau sampai detiknya nanti; ajal pasti datang;
Jadi datangnya; biarlah bukan pada aku yang meratap dengan seni merosak jiwa pada orang yang membenci; biarlah aku tamat dalam episod suka-suka yang aku belum nampak hari ini.
Maha Esa itu tentu saja Maha adil bukan?

Tuesday, 16 March 2010

Alhamdulillah, ni sume rezeki anak kan


Gagah-gagah gak, semalam aku Berjaya acukan surat resigned dekat bos. Dia tak bising, Cuma dia pujuk gak suruh stay. Siap umpan aku dengan ikan-ikan besar supaya aku kekal di sini; Maaf bos, keputusan dah di buat.
Ada orang tanya; Hang tak buat istiharah ker?; dan aku yakin-yakin jer jawab; tak.
Bagi aku; solat istikarah tu hanya akan aku buat kalau aku tak dapat nak buat keputusan. Kalau aku betul-betul buntu. Tapi sekarang tidak; aku dah ada preference aku sendiri. AKu ada kecenderungan. Jadi tidak adil untuk aku bersolat istikarah lagi. Kenapa? Sebab; kalau lah keputusan solat itu nanti bertentangan dengan kecenderungan aku macamana? Cukup taat ke aku nak abaikan pilihan aku untuk patuh dengan petunjuk Allah yang tentu2lebih baik itu? Atau aku akan engkar dengan petunjuk itu;macamana aku kadang2engkar dengan arahan amal-Nya; dan kalau aku sendiri akhirnya engkar, kenapa perlu aku buat solat istiharah itu sebelumnya?

Ah sudah. Aku peningkan kepala hangpa dengan kusut-kusut tali pintal alam. Ia tak sepatutnya sekusut itu. Ya, tak sepatutnya; sebab semuanya jelas mudah.
Jadi, memandangkan aku dah kosongkan jawatan nih, ada sapa-sapa budak akaun yang hangpa kenai dan nak keja dekat kuala kangsar, Perak; hangpa boleh la rekmen dekat aku. Nak buat macamana, aku sendiri kena cari pengganti tempat nih. Rasa bersalah pulak nak tinggal macam tuh ja. Mai la keja sini; untuk 3tahun pengelaman akaun; aku tawarkan keje Assistant Account Manager dengan gaji yang agak besar (untuk budak2kuala kangsar punya lebel la) dekat kilang jepon. So, sapa minat meh la apply yer. Lagi berumur korang lagi bagus.
Itu saja untuk kali nih. Dan jelas sekali ini bukan entry metafora yang selalu aku buat dan bukan entri kosong. Ini entri RAMPAIIKLAN dekat Utusan Malaysia. Jelas?
Salam

Monday, 15 March 2010

can’t fight the sunlight


That day
I saw lot of somebody want to be a 'sun'
Brings the shine and daylight to everybody
Draw the rainbow when the dark is gone
Create the smile on everybody face

But
I was not there
And always not there
I don't want to be a 'sun'
I just want to be a 'small-disposable-two-AA-powered-torchlight' on my mum's aging cupboard

Out of known world
I was anonymous.
And remain anonymous there
Until; the dark comes; and there is no other alternative; people (by force) will seek some lame light from me.


Of course, I will last no longer than that (Oh, credit for this made-in-china-AA-batteries)
But, before times come; I will always available; for a small strike of like; at least for somebody

That's all


Footnote:
I was, is and always be; there.

Sunday, 14 March 2010

Bodolog no 7: sedekah ke serakah?

Sedekah kita
Di mesjid, singgit dua inggit
Pada jogaton, lima atau sepuluh
Pada gelek inul, beratus

Amal kita
Di mesjid, sikit dan sikit
Pada jogaton, lama atau bepeluh
Pada gelek inul, basah tak putus

Erk,bukan korang,tapi kita!

Saturday, 13 March 2010

monolog no 2: 7 feb 09.beginikah rasa kecewa?

orang marah aku.katanya jangan diungkit-ungkit..
jangan dikenang-kenang....
aku kata baiklah...aku angguk-angguk kepala.
tapi sebenarnya suara dalaman seratus peratus persetankan.
aku bukan robot.
boleh berhenti bila tertanggal bateri.

7 feb 2009.....
suatu yang mengubah segalanya...
tarikh yang merompak segala kepercayaan,
juga terkambus segala kasih sayang,
janji-janji juga terasa dihina,diperkotak katik kan,
pudar segala angan-angan,
adakah ini hadiah buat perasaan?

kau betul-betul kecewa wahai hati.....kesian.


Oleh: Lumut, owner blog esoksemalam.

Dia-Log no 1 : kita jangan hidup berjiran; nanti


Abang kawan aku : eh pi la sembahyang
Kawan abang kawan aku: nanti la
Abang kawan aku :waktu dah nak habis, pi lah
Kawan abang kawan aku: ah bising lah
Abang kawan aku : kalau tak sembahyang kena siksa kubo tau
Kawan abang kawan aku: ala kubor asing2; apa ko bising (biasakan dengar setan macam nih?)
Kawan abang kawan aku: ko nak sembahyang pi la sembahyang; yang kecoh nih dengan aku apasal. Lantak aku la
Abang kawan aku : masalahnya, esok2kalau kobo hang sebelah aku macamana? Kang aku nak tidor pun tak senang. Asyik dengar hang menjerit kena sebat jer. Kalau kubo jauh tuh aku tak kisah la
***
Ah sudah.
Kalau akal dekat lutut, agama aku tak tau la dekat mana.

Friday, 12 March 2010

Monolog no 1: main sorok-sorok,main lari-lari

benar kita bukan anak kecil,
bukan diantara yang disuapkan,
bukan diantara yang merengek,
bukan diantara yang masih bertatih.


tapi kau dan aku itu lupa,
alpa dek dunia yang kau ghairahkan,
kau itu masih kebudak budakan tau?
masih disuapkan dengan nikmat milikNya,
masih merengek meminta-minta,
masih bertatih meraba entah kemana.


bila hati dicengkam kesah,
bila luka semakin parah,
bila akal disebat gundah,
bila emosi dihentam punah...
kau mesti belajar main sorok-sorok,
kau kena belajar main lari-lari...


sorok kan ego kau itu mesti,
namun jangan lari jauh dari Illahi....


p/s: my first entry here....sekadar percubaan.

Oleh: Lumut, owner blog esoksemalam

Andaikan aku duit lima puluh sen itu; bagaikan aku duit lima puluh sen itu; ya itu saja



Andai hidup ini seindah pelangi, pasti bercahaya sahaja dunia ini dengan estetika cinta
Tapi realiti ini
Hidup ini bagaikan indah pelangi; indahnya dia jarang ada; kerana hanya panas yang sering menjengah. Tapi, sekali datang seluruhnya tergamam seketika dan menikmati indah yang seketika itu; sebelum semuanya berlalu dan panas serta suram datang meraja semula.

Andai hidup ini umpama puteri; pasti kita gak hidup di jamu dan di megah2jelata yang taat
Tapi realiti ini
Hidup ini sendiri sudah umpama putera dan puteri; sekalian ummah mengharapkan sesuatu dari kita (samada kita ada atau tidak); semuanya anggap kita cukup kaya dan gah, sehingga tidak ada cacat celanya (sedangkan kita sendiri lemah dan tersungkur dalam diri; menangis mencari diri yang sebenar); semuanya di luar mencaci kita tentang dasar dan peraturan (sedang kita sendiri pun masih terkial-kial dengan kewujudannya).

Andai hidup ini umpama burung; kan mudah terbang meneroka awan tanpa kalut2benci pada sesak dan kesesakan Bandar.
Tapi realiti ini
Hidup ini sendiri seperti burung; kita berkicau di awal pagi, mengomel tentang hidup; melilau di ruang angkasa mencari rezeki di mana saja yang kita sendiri tidak pernah yakin ada; berjaga-jaga dengan ancaman yang tak pernah nampak (barangkali ada saja kapal terbang dan peluru-peluru sasar mencari kamu).

Jadi bagaimana?
Kamu bisa berkhayal dengan indahnya hidup dalam 'andai' kamu; atau terus berjuang dalam hidup realiti yang penuh dengan 'bagai' itu dan 'bagai' ini.
Kita sudah cukup besar untuk berfikir; tapi kadang-kadang terlalu besar hingga angkuh dan emosi yang menjadi acu fikir; tentu saja tindak mu mabuk dengan emosi bukan?
Footnote:
Ada bisik-bisik yang singgah bertanya; kenapa banyak sangat metafora yang aku nak cipta.
Depa silap. Bukan aku yang cipta. Semua ciptaan-Nya yang Maha Mengetahui.
Aku cuma pandang.
Pandang dari sisi hidup ini penuh dengan 'bagai' dan 'bagai-bagai' yang selalunya 'andai' dan 'andai-andai' itu ada wujud di sisi sebelah lain.
Anggap lah dua ini ibarat dua sisi lain pada duit syiling 50sen. Tak pernah ada persamaan mahupun bersua muka, tapi masih hidup seiringan; selamanya.

[credit picture]

Wednesday, 10 March 2010

All of you are NUTS! (or maybe a bolts)




Nuts and bolts are mean to life have together. There always be a bolts for each nuts; and the word 'always' mean 'most of the time' and not 'compulsory'. Why? Simply because there are some nuts and bolts simply left over; overlook; and some other situation that apart them from 'the one' designated for them; or simply nothing/nobody designated for them at all?
Nuts and bolts are mean to have life together. Damn. This sentence simply repeats the first sentences of the above Para. Thus ignore it. Or simply ignore this paragraph as total. A nonsense Para after all.
Nuts and bolts are mean to have life together. (Again!). Once they meet the similarity in needs; they will stay in that particular relationship forever. Ops; there is no forever in this life. Thus, their relationship will last until one of them obsolete; spoilt; and useless. Or simply because the is some naughty hand that screw them apart; instead of screw them close.
After all, that is nature call. As there is nothing stays forever in substance.
Err one minute. There is something that bothers me here.
There always a 'washer' in between of this two 'fated couple'. 'Washer' always be a mediator; a simple gap; a tolerant cushion between both of them. Why we need 'that'? cause, too close relationship without 'some gap' in between may not stay long; cause somebody will be hurt by somebody else. Damn. I should say 'something' will hurt 'something' else during this relationship.
Err do I sound like engineer? Automotive Engineer maybe? If I really do, then you will found 'recall for car faulty' will become common in near future.
Don't understand me? That is easy. Simply call me nut. That just enough to summarized everything; I suppose.


Footnote:
Bolts and nuts are metaphor of you and your partner. A guy with a girl. A staff with a boss. A student with a lecturer. A taxi driver with a pedestrian. An 'A' with a 'B'.
The 'washer' is a metaphor of gap between you and your couple. Your 1% careful vs your 99% trust on relationship; your 1% hate vs your 99% full heart love to you partner; your 1% foot on reality vs your 99% fantasy in your mind; your 1% insecurity vs 99% your securityness; and maybe some other 1% out of someother 99%.
I don't know others; but I always have my 1% everywhere (expect with Allah); cause human is imperfect; there have their own weaknesses too; thus 99% is already too much, I suppose.
credit first picture and second picture.

Hari ini biar gambar yang bercakap; sedang aku masih lagi berfikir macam dulu. masih belum ada keputusan

untuk anda yang confius, ini adalah berkenaan dengan entri nak pi temuduga ini dan entri balik dari temuduga ini. dan gambar ini menceritakan consequences of these two.
aku belum ada kata putus, dan aku sendiri masih mencari satu konklusi. kan ker benda di taman orang selalu nampak lebih hijau dari laman kita?

sekian untuk sekarang.
next entri jam 01.01 tengahari nanti ya.

Tuesday, 9 March 2010

Tips-tips mudah untuk kehilangan sahabat!



Mudah saja.
Kalau yang ingin kita itu sahabat yang karib; mungkin tips ini perlu rutin yang berulang-ulang baru nampak keberkesanannya.
Ya, ia sebenarnya cukup mudah.
1. bual hal sendiri. Jangan sibukkan dengan hal yang lain. Kalau ada pasangan; tenggelamlah dalam rutin berpasanganmu. Beribulah dengan semeses dan lawatan berjadual ke taman-taman pembelibelahan Kalau kalian ada kerjaya; berkahwinlah dengan kerjaya kalian. Mungkin istilah kerja itu takkan pernah habis gagal lekat dalam ingatan kalian bila-bila pun. Kan itu gelora hidup kita skarang?
2. bila masing-masing sibuk dengan hal sendirian; usahlah menelefon sahabat kita yang lain. Fikir saja dia itu hidupnya sibuk seharian seperti kalian; sibuk yang pinta tidak diganggu. Atau setidaknya percayalah yang dia jugak asyik dalam harum bunga cintanya; dan masanya bukan untuk kalian. Jadi; sekali lagi; usahlah di telefon akan mereka itu. Simpan saki baki kredit itu untuk sidia yang sangat disayangi; atau untuk ibu yang sudah lima enam bulan gagal dihubungi; oleh kalian.
3. berubahlah menjadi orang yang pasif. Jangan tegur selagi orang lain tidak menegur kalian. Jangan telefon kalau mereka sendiri belum menelefon kalian.
Senang saja bukan?
Ikut saja; tentu-tentu mujarab untuk kalian.
Footnote:
Membina Negara darjat berdaulat itu tegasnya perlu bertahun; tapi nak meruntuhkannya hanya perlu seminggu dua. Oh, silap; itu pun sudah cukup lama; barangkali.
untuk Muhammad Hanis, ada signifikasi gambar diatas untuk entri ini?
bagi aku ada; kerana hidup ini sendiri satu perjalanan yang kita tidak pernah tahu bila ada hentinya; bila habis minyaknya; bila ada kemalangannya; bila ada JKR di bahu jalannya; dan berterusan lagi dan lagi; dan sedikit lagi :)

my beloved sufia

Ni si cikgu neon mintak nak tengok. Jadi aku dengan sengal2nya upload lah gambar dia yang di tangkap dengan empun murah aku. raw pulak tuh. malas nak edit2 dah. so buat pengetahuan korang, ni lah puteri pertama aku; Sufiatunnur Binti ****A J********.

Kalau rajin2drop dekat ipoh korang boleh datang singgah bagi hamper aper sumer lah. aku nih menadah tangan jer kalau ada yang sudi. wakaka. tapi yang lagi mahal kalau korang simpan sikit 3-4 saat lepas solat tuh nak doakan aku dengan family. yang tuh aku sendiri pun tak mampu nak bayar balik punya.

wokeh, semoga rezeki Allah dan barakahnya melimpah2untuk iter sumer nak tak?
ameen

Assalamualaikum


Footnote:
Ni gambar ketika hayat beliau belum mencecah 10 hari. dah surut dah. kuar 3.4kg la nih 3kg jer. aku la tak bagi dia makan milo minum kari ikan lagi nih... maap la nak oi, babah simpan duit buat kamu bajar nak jadi orang bijak pandai nanti yer.

Sunday, 7 March 2010

telinga aku melihat; mata aku? mendengar barangkali?

Sunyi.

Jernih yang berbaki di wajah, aku kesat lembut; walaupun permaisuri ku selalu pesan; biarkan, itu nanti jadi sinar dalam syurga.
Basah.
Dan sememangnya begitu dalam setiap yang lima seharianku. Kadang2jahil ini Cuma ada empat dan kurang. Persetan sungguh kesetanan itu.
Sunyi.
Tapi masih dengar derap langkah; langkah aku sendiri. Melangkah masuk.
Sunyi? Ah tidak sebenarnya. Ia tidak sunyi langsung!

***

3 orang berbalah di dalam. Ketiga-ketiganya berjubah putih. Nampak bersih dan membersihkan. Tapi garis2kerut di dahi mereka itu; bagai risau bergelen-gelen air subsidi melimpah di jalan tanpa urus, sedangkan rumah-rumah awam masih kering kontang!

Mereka berkawan; paling tidak dulu. Tapi bukan sekarang. Balahnya besar.

Siak dah bosan menjadi turut. Dia mahu menjadi bilal, lantas menjadi imam. Mana gahnya menjadi siak!
Muazin pun sama. Lama sangat menjadi semboyan, tapi jawatnya macam tu juga! Aku mahu jadi imam.
Imam bising. Kalian tidak layak. Kalian tidak cukup sifat ke-imam-am kalian. Ini bukan mamam si anak kecik yang mudah lihatnya!

Aku kaku.

Aku bisu.

Apa apakah?

Kemari tadi untuk ini kah? Untuk berbalah? Atau ini Cuma konspirasi tangan2durja di luar mesjid yang gelak kekek nya dengar di sayup-sayup cuaca?

***

Manusia. Ada hasad, ada benci. Ada iri, ada sangsi. Dan pasti juga ada budi dan jujur yang jarang; tapi tetap ada.
Siak itu manusia biasa. Imam dan muazin juga begitu. Aku juga manusia biasa. Sangat biasa.

***

Menjadi ketua bukan untuk di pegang sampai ke-tua! Tapi sampai syurga; atau yang banyaknya ke neraka?
Aku sendiri gagal untuk ke depan. Tentu saja sepenuhnya gagal kalau dulu tiada apungan sahabat.Sedar dengan itu, aku tak mahu kedepan dengan 3 penjuru di hadapan ku.
Persetankan saja?
Itu mudah. Tindakan mudah. Dan semudah itu runtuhnya masjid ini dalam ke-gah-an binaannya.

***

Siak itu manusia biasa. Imam dan muazin juga begitu.
Merit syurga nanti bukan atas title, tapi atas jujurnya mereka sebagai hamba Allah.
Jujur? Yang ni aku kena cari dalam kamus untuk maksudnya. Maaf.

Footnote:
Menjadi imam/ketua solat banyak tanggungjawabnya. Kriteria juga tinggi. Tinggi dalam agama. Kalau lah setinggi itu syarat untuk kepimpinan yang 5 minit, bagaimana yang 5-tahun ya? Yang 10-tahun? Yang sampai mati?
Fikir lah. Aku pun sedang lagi memikirkannya.

Credit gambar

Thursday, 4 March 2010

Tei = Tembok Emosi Ini

Commercial Break:
Salam.
Ni memang pelik sikit. Aku tulis entry nih lepas dah dapat 4 comments.
Maaflah, sebenarnya nih first entry aku guna blogger.go.mobile. dulu pernah buat, tapi bukan dengan URL nih.
Mobile blogging nih lebih cepat. aku boleh update dengan benda2 yang aku nak secepatnya.Cuma malangnya, aku tak boleh tulih panjang2macam biasa.Yang tu memang penyakit.

****
[Post body]
****

Sejak dua menjak ini, pagi-pagi aku memang cukup pagi. Lebih pagi dari dulu. Ye lah,semenjak dok berpantang di rumah mertua nih jadual aku dah kena cepat dan di perlambatkan seadaanya. Subuh aku pun dah makin awal. Perjalanan pi kilang dah makin panjang. Tangga hospital pun dok asyik kena panjat tiap hari; dulu Sufia, nih atuk Sufia pun dok sana.
Ada sikit penat.
Ada sikit lelah.
Ada komplen? Alhamdulillah belum.
Tapi itu semua sudah aturan. Hidup mesti ada perubahan. Bagai metafora mudah; hidup bagai roda; kadang kita dia atas, kadang kita di bawah; dan pasti saja kita beralihan dari satu pada yang lain. Dan tentu saja alunan nada2gembira dan sedih itu ada saja turun naiknya. Dan bangga; aku masih mampu belajar untuk bersyukur; paling tidak pun sedikit.

Semenjak dua nih, susur jalan pagi ku makin kerap di teman kabus2dingin. Menyulusuri terowong menora dengan selimut putih itu memang mengembirakan aku. Aku bersyukur; kerana Allah hadirkan satu lagi pagi aku dengan penuh kerahmatan. Dan kabus itu sendiri mengambarkan panas semalam dan kelmarin sudah hilang; setidaknya untuk pagi ini.

Dan pada kabus aku percaya sesuatu.

Bila emosi kita sedingin kabus-kabus ini, mata kita tidak bisa memandang jauh. Ya, pandangan itu sendiri terbatas (pasti saja ada yang mengejutkan di balik keterbatasan itu). Malah bisa jadi lebih kecil andai kita lena di buai dengan selimut-an kabus dingin ini.

Tapi, ada satu reminder disini; kawan-kawan ku. Dingin pagi ini Cuma satu illusi jiwa. Tidak dia ada untuk selamannya. Pasti seminit dua lagi ia hilang. Dan selesa diri kita bisa juga hilang. Hari-hari menjadi seperti kelmarin dan hari2yang sebelumnya; sudah menjadi hari biasa. Hari-hari yang kosong dari penghayatan; selain dari rungutan rutin keterpaksaan di kelas; di pejabat; dan dirumah.

Semudah itu kah?
Semudah itukah tembok emosi pagi ini bisa hilang?
Yang itu, aku simpan untuk kalian timbangkan. Neraca pagi aku kaku untuk hari ini.

Footnote:
Kabus itu metafora jiwa. Dingin seketika, tapi bisa saja hilang dinginnya bilamana ada sikit mentari datang menjengah. Kenapa tak bisa kita simpan sikit di peti ais itu, setidaknya ada saki baki dingin untuk kita jadikan selimut sepanjang hari? Setidaknya reda sikit panas2jiwa dan perasaan ini? Sebenarnya itu bergantung kepada kalian. Dingin itu sendiri wujud dan hilang atas doa dan pinta kalian. Allah Maha Mengetahui itu mengabulkanya seperti mana ingin kita; insya’Allah

Wednesday, 3 March 2010

Ini entri bilik mandi. entri basah-basahan kosong. entri kosong



Embun pagi sejuk lagi.
Air pili dalam bilik air pun sejuk lagi. Sampai malas nak bangun mandi tuh dah jadi sesi wajib kita pagi-pagi.

Orang tua pesan, mandi pagi kena mula jirus dari bawah dulu Jirus kaki. Biar sejuk kaki dulu. Bila dah panas tuh habis naik, baru mandi betul-betul. Depa kata nak mengelak dari badan kita tekejut. Yelah, tiba2pulak kena jirus air sejuk pepagi.
Sebenarnya, kalau jirus kaki dulu, wap2badan kita yang panas akan 'lari' pi naik ke kepala hotak. Bagi kita segar sikit. Kan hukum udara panas tuh ringan banding dengan udara sejuk. Yang panas tentu naik ke atas. Jadi kalau gatai gak mandi jurus pala dulu, sat lagi; lima nam minit, kepala tuh dok rasa 'bengang' lagi; hangat. Tak caya? Try la.

Tapi time nak bersabun lain. Kena sabun atas dulu. Kendian baru turun bawah. Sama gak macam nak jirus sabun; mula dari atas, kendian turun jirus ke bawah. Nape? Sebab karang kalau jirus bawah dulu, kan dah susah nak jirus tiga pat kali; sebab sabun kat atas dok turun kasi kotor itu kaki. Tak effective la.
Simple je kan.
***pause***
[so?]
detik hati pengunjung blog nih. Mencari apa signifikasi entry bengong ini. Ya memang bengong. Sapa-sapa saja pasti tau cara nak mandi apa?persetan saja lah

***pause***
Jawapan aku
Memang tak ada apa.
Ini memang pasal bilik air saja. Sembang-sembang kosong di kedai kopi. Salah kah?

Footnote:
Hidup ini penuh dengan metafora. Tiap satu perilaku kita sebenarnya turutnya selari dengan hukum Allam. Hukum yang Allah ya Rabbi tentukan.
Sama juga dengan hikmah basahan pagi ini.
Ia satu pengajaran.
bayangkan begini; mahu saja kita sedarkan sesuatu organisasi itu (organisasi?ya badan kita organisasi yang kompleks.sangat-shopping-kompleks!) kita kena mulakan kan dari akar umbi. Kena sebarkan kesedaran itu pelahan2ke atas. Takut kalau terus-terus kita ke atas, nanti jadi bahan gelak diaorang jer!
bayangkan lagi, setiap kali kita nak 'bersih'-kan anasir kotor dan najis dari satu organisasi (organisasi lagi?), kita kena mulakan dari atas. Biar yang atas bersih dulu, baru yang bawah ikut bersih!
Organisasi itu boleh jadi apa saja. Family kita; Sekolah kita; Pejabat kita; Masyarakat kita; Negara kita; Dunia kita!
Ops, sorry, ini entry bilik mandi. Jadi aku sebolehnya tidak mahu berfikir. Aku cuma mahu sikit kesegaran disini.

(credit pic1 dan pic2)

Tuesday, 2 March 2010

Sebotol air mineral, sebuah padang pasir (re-post)

(re-post)
Sebotol air mineral. Yang sebotol nih dia dapat percuma. Haram sekupang dua pun tak keluar. Penganjur yang kuarkan belanja.

Pulas buka penutup birunya. Minum seteguk dua. Kemudian lempar ke bawah. Bazirkan yang selebihnya.
"lantaklah, bukan luak pun duit aku.nak kendong sana sini? Tak ada kuasalah"
Apalah sangat air setengah liter tuh. Ops silap. Paling2 banyak pun 0.48 liter. Selebihnya dah tengok. Jadi anasir2baru dalam enzim amilase budak tuh. Jadi penyekat haus seketika.
Apalah sangat air tuh kan.
Apalah sangat.
***
Kering kontang. Angin pasir lembut bertiup. Lembut-lembut pun tetap panas. Lembut-lembut pun tetap mampu merobah bukit-bukit pasir ini ke bidang lain. Anjakan paradigma barangkali. Anjakan yang sengaja atau tidak, tetap akan jadi.
Tekak panas waktu itu. Kalau dapat setenguk dua pun sudah cukup besar nikmatnya. Sudah berjela-jela syukur di panjat2mencari langit ke tujuh. Berlebihan? Tidak. Cukup rasa syukur itu terlalu gah untuk di tanggung pancaindera ini sendirian.
Kalau lah dapat tembus dunia ini. Kalaulah sampai kesini air yang di campak tadi; alangkah mudah hidup ini kan.
Apalah sangat saki baki di botol mineral itu untuk kita. Tapi itu tidak sama dengan meraka di sana.
Allah itu Maha Pengatur bukan?
Yang terseksa pada mata kita; barangkali masih basah bibir keringnya dengan 'la illah, ha illaulah' berzikiran dalam nadi denyutnya. Sedang kita? bertasbih dengan cinta. Cinta dunia. Cinta dunia yang kejam.
Cinta pada kezaliman.
Pembaziran itu kezaliman bukan? Kezaliman itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Bukan tempatnya bukan?

***
Sebotol air mineral tadi. Air mineral percuma. Percuma yang kita nampak pada mata kasar kita. Tapi, itu sebenarnya ujian Allah. Ujian atas rasa syukur kita. Mudah saja ujian itu bukan? Remeh! Tapi kita masih gagal. Orang gagal tempatnya cukup panas di akhirat nanti!
Macam norfaridahanum kata, yang remeh pada mata kita mungkin bukan pada yang lain.
Macam I'amsosupernotcool bicara, manusia tetap terus berharap, dan mengharap itu sendiri maknanya berserah yang terbaik kita pada Allah bukan?
Macam papar husna hadzarami, sesyukur-syukur kita, banyak lagi insan yang lebih bijak bersyukur di muka bumi ini, tapi masih di duga Allah. Apa jadi kalau kita yang tak reti bersyukur?

Aku Cuma berfikir sejenak. Kalau lah Allah tarik semua ini, bagaimana?
Kan kita hanya selalu sedar indah dan hebatnya nilai sesuatu itu bila kehilangannya?
Bila hilang air mineral sebotol itu dah tiba-tiba kehausan, kan 'sial betul, kenapa aku buang tadi la. Aiseh'. Sial? Sial-sial semua kes(i)alan itu kalau sudah terlambat.

Fotonote:
Cinta itu kita hanya akan sedar betapa tinggi, bila kehilangannya. Bila menyesal dah datang.
Bacol mulut hanya kita sedar bila tertangkap dengan manusia yang kita letakkan harapan. Mungkin kita lupa harapan pada Allah saja yang mampu kekal?
Kan bagus kalau kita sedar sebelum semuanya terlambat?
Na mungkin. Kalau tidak, hidup ini tak cukup advanture barangkali.

Monday, 1 March 2010

Bittersweet itu pahitnya dulu, tapi manisnya kemudian, bukan?


Macamana masakan saya awak? [memandang sayu]

[macam sial.haram tak sedap.aduh, memang fail betul! Nasib baiklah ko tu tunang aku]
Err, ok, sedap jugak. Pandai awak masak

-pelahan-pelahan menelan dalam pahit. payau-payau pun di gagahi untuk habis-


Maaf makcik, saya boleh buat yang ini saja, rasalah [senyum]

[aduh keras. Pahit dan payau la lauk nih. Aduh bakal menantu aku nih. Susah la anak aku nanti. Aduh. Nasib baiklah korang dah bertunang]
Hmm pandainya masak. Beruntung anak makcik. Maaf ya, tak berapa boleh nak makan banyak, ada darah tinggi. Orang tua la katakana.

- di asing ke tepi masakan tuh. Asing sesopan-sopannya

***

Sopan?
Ini ke kesopanan masyarakat timur.
Ini kah penipuan yang di izinkan. Putar belit untuk menjaga hati, Pendustaan untuk orang tersayang.

Bagi aku tidak.
Ini semua sesat. Sesat dalam terang. Terang2ada perkara yang perlu di langsaikan, tapi hati-hati yang cukup tinggi budi pekertinya ini memandang mudah.
Mudah? Memang tidak.
Malah Menyusahkan.
Mereka membiarkan orang yang sesat terus-terusan sesat.

Hakikatnya. Masakan itu akan terusan jadi najis dalam perhubungan kalau gagal di betulkan. Sampai bila perlu menjaga hati? Berapa lagi penipu perlu? Adakah akhirnya nanti orang yang di tipu itu menghargai penipuan itu?

Bagi aku satu sahaja.

Jujurlah walaupun pahit. Jujur juga ada sopannya. Berterus terang itu tajam, tapi itu sebenar yang kita perlukan.

***

Macamana masakan saya awak? [memandang sayu]

Err, hehe

Kenapa, tak sedap?

Pait sikit, Tak pe tak per, tunang abang kan tengah belajar masak lagi. Pelahan-pelahan ya

[wajah sayu jadi sedih. Manakan tidak, hati dah terloncat-loncat riang masa memasak tadi bagai jatuh terjelepok di bawah lubang-lubang lantai yang terus ke longkang belakang]

Eh dah makin pahit pulak, Setidaknya tadi ada manis senyuman. Ni dah hilang

Ada-ada jer lah [tersengeh sambil pipi kemerahan. Jari-jari gadis mencubit manja bahu si lelaki yang di bawa-bawa lari tajuk di cubit]

-pelahan-pelahan pahit masakan hilang dalam manis perhubungan insan-insan jujur ini-


Footnote:
dialog dan backdrop ini bukan jadinya pada aku, dan pastinya bukan milik kalian juga. Tapi dilema yang menghantuinya aku pasti ada saja yang jatuh di batang hidung kita, bukan?

Saturday, 27 February 2010

I learned something here


The day before yesterday. My wristwatch dial stagnant at no 3. That was at evening. A hot evening.

Wad 6C; Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Sat on the yellow chair provided by Hospital; there was one guy; a good looking Malay guy, sat beside me.

And the story is about him.

***

Kuiz Tion : your child Jaundis Neonatal too?
[good conversation start? No it is not. I should introduce my name and say 'salam' first. But then, people get use with this kind of ice-breaking. A simple is breaking. It is like saying 'today is pretty hot rite' to the girl standing beside you when only both of you waiting at bus stop. Trust me, at least the gurl will nod a bit; if she don't say 'ya'. An effective ice breaker rite!]

Unser : Yup.
[his answer; simple. By the way, I should not ask that to him, as this Ward 6c is designated for Jaundis Neonatal deceased. Stupid? I am not. I just being a common Malaysian who always ask 'Nak beli ikan ker?' when bump onto neighbor at wet market. Default Malaysian. Ops, maybe should said a default polite Malaysian J]

Kuiz Tion : which one?
Unser : there. Third from left. The one with my wife [like I know who is his wife!]
Kuiz Tion : oho. [pretending!]
Kuiz Tion : how bad it is? My daughther was 240 this noon and hike up to 280. Now admitted. Yours?
Unser : my daughter 270. Next reading will be this evening.
Kuiz Tion : make sure she exposed to phototheraphy exactly 4 hours. If not, Jaundis Neonatal will remain higher and then will be admitted to ward.
[norfaridahanum; please check my fact. I not a doc afterall]
Unser : Yup. I know that.

**silent pause**

Kuiz Tion : first child?
Unser : second.
Kuiz Tion : how old the first child?
Unser : [smiling] he was dead.
Kuiz Tion : [gulp]
Unser : she was 5-months old that time.
Kuiz Tion : Any specific chronic decease?
Unser : I can't recall any. She simply called by The Almighty the day after get injection from clinic. A monthly injection.
Kuiz Tion : [puzzle]
Unser : He got fever that morning, confirmed death on noon, then buried evening. There is no postmortem. I called them off.
Kuiz Tion : Sorry.
Unser : It is okay. I can't blamed them. It is Allah's call. I can't blame Allah rite. [he smiling]. It is fated.
Kuiz Tion : [impressed]
Unser : but my wife was fainted that day.

**silent pause again**

Unser : but then, Allah give me another. [smiling] the only thing is, she is gurl, the last one is boy. But I still thanks Allah for that


I say nothing after that.
I am thinking.

He prove me this; Allah will never test people more that their surviving ability.

Glad that Allah grant him so much of patient in heart.
In another view; I glad that he also accepts that Allah will always give rewards for every success trial.
Ya, the death was a trial for him; and he success with flying colours.
Can I be that tough if tested as such?

Footnote:
This is normal story. A normal life of Joe average.
Some people simply harder to beat than the rest. They are not born with that, of course!

[Jaundis Neonatal = demam kuning]

Wednesday, 24 February 2010

sejak semalam, teriak tangis itu jadi lagu merdu untuk aku


Gagal.
Empat lima kali aku menggarap di tetingkap ini, aku masih gagal menyudahkan nya. Aku gagal menjadikan ia seperti selalu. Jadi aku mudahkan ia dengan nota ringkas ini. Seringkas ini sudah cukup rasanya.
****
Alhamdulillah.

Semalam, isteri yang aku pakaikan dengan bunga-bunga usik dan rindu sejak dari 14 tahun dulu berikan aku hadiah yang indah semalam. Syukur pada Allah yang Maha berkuasa. 9 jam menemaninya di bilik sejuk itu tidak sia-sia. Alhamdulillah, Sofiatun Nur dah selamat menjengah dunia yang sebentar ini sejak awal pagi semalam.

Aku bisik pada diri aku "Semoga bisa aku anyamkan pekerti yang indah dan agama yang kuat pada putri ku, semoga dia menjadi peneman di Syurga Allah nanti. Ameen."


Footnote:
Pada lelaki-laki di luar sana, sebolehnya, beradalah di sisi isterimu ketika dalam dia bertarung dengan nyawa melahirkan seorang puteri/putera untuk menjadi tanda kasihs sayang berdua. Dengan itu, baru tahu perit ibu. Aku sendiri hampir menyerah semalam. Tapi Allah Maha Berkuasa bukan!
Alhamdulillah

Monday, 22 February 2010

Biarlah awan-awan jadi hujan dulu…

Office hour 8.15 pagi sampai 5.15 petang. Air-cond hour 9.00 pagi sampai 5.00 petang.

Jadi memandangkan aku menulis entry nih jam 5.43 petang, maksudnya peluh-peluh tengah dok bercucuran keluar dari tubuh aku; bagai air mata yang di paksa-paksa keluar oleh si anak kecik dalam rajuknya. Beberapa kesan panas yang lebih dramatik; aku credit-kan pada terik cuaca di luar sana. Ini baru panas dunia J

Ini bukan kisah seorang executive yang mencuri-curi lapang-nya untuk mencoret;
bukan juga sebuah kisah hangat-hangat rasa dan cuaca;
ini cuma secubit kehidupan dari pengamatan. Pengamatan kasar empat mata-ku.

Kehidupan insaniah ini adalah berbalam-balam. Ada bernota sedih, dan ada yang bernota bunga. Cinta dan benci ada saja terselit; paling-paling tidak sikit. Dalam tiap jalur cahaya yang terjuih masuk di alis mata kita; tiap desir bunyi di gegendangan kita pasti ada benci dan suka yang bergendongan juga. Inilah baru dinamakan hidup. Hidup yang ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Kan lebih indah begitu?

Hari ini, ada senyum2manis di bibir menguntum manja. Berbunga hati di pupuk-pupuk bahagia dek situasi tadi. Naik gajikah dia? Ada pinangan masuk kah?
Esok lusa wajah senyum tadi mencuka. Menyelit masam-masam jeruk asam di bibir berbasahkan lip ice itu. Di berhenti kerja kah dia? Tunangannya menunda cita nikah-an nanti kah?

Tapi aku dari jauh pandang sikit berbeza. Aku pandang dari sisi herot berot kaca mata yang lama tak di ganti ini.

Naik gaji itu; alamatnya naiklah tanggungjawab. Andai aku belum sedia untuk tanggungjawab itu, mau saja aku yang mencuka bila di naikkan pangkat. Takut tak terjawab dengan Illahi pada salah silap aku nanti.

Ada pinangan masuk; alamatnya bakal berumahtangga lah aku. Andai aku belum sedia memikul hidup sepimpin dengan jodoh yang satu ini, mahu kah aku terima. Ya, bekerluarga itu indah, tapi kena lah belajar sabar dan tabah. Hidup bukan main reda dan redah saja bukan? Kalau aku belum ada niat untuk taat dan setia, aku bisa pening dengan pinangan ini.

Di berhenti kan kerja; tentu saja sukar alamatnya. Beban2di galasan aku mungkin gantu tak bertuan. Jadi sesak dalam nafas dan hilang dalam terang. Aku bisa saja mati jiwa dengan ini. Tapi, andai aku sendiri percaya adanya rezeki Allah di mana saja; ada saja pengajaran jauh di sudut sulitnya hidup ini, aku bisa jadi tenang. Mungkin aku tak sekuat mana untuk tanggungjawab dulu; jadi, sebelum aku gugur dalam lautan dugaan, baik aku di berhentikan.

Tunangan tunda lagi pernikahan; aduh aku bisa bingung. Tapi sudut yang lain; Allah panjangkan masa aku untuk berfikir dan menilai. Mengambil iktibar dan mencari jujur dalam diri. Andai aku mahupun dia benar2 belum ada hati yang ikhlas, inilah masa mengilapnya. Andai kami belum benar ada sedia yang kuat, inilah ketika untuk membinanya. Biar lambat asal selamat. Tapi kadangnya; kalau terlambat, di kebas orang. Jadi, buat yang baik dan berserah. Kan Allah Maha mengetahui?

Jadi bagaimana?

Tiap yang jadi, sudah pun terjadi. Menangis dan bergembira lah serba sedikit, takut nanti kita jadi lemas kalau terbawak-bawak. Yang satu ini pasti; tiap apa jadi pun, Allah dah simpan pengajaran dan dugaan dalamnya. Cuma kadang2kaca mata kita yang kena di perbetulkan.

Indah kan hidup ini?

Footnote:
Terlalu panjang entri ini. Tapi, sebenarnya aku masih belum mahu menokhtahkan tulisan ini. Masih ada awan2yang berkepul di fikiran aku.
Biarlah awan-awan itu turun jadi hujan dulu.

{credit photo pada tuan punya; pemilik dan google}

Saturday, 20 February 2010

ada pelangi dan bunga-bunga wangi



Semalam aku lihat, ada orang mengutip bunga-bunga kasih dan menganyamnya menjadi pelangi.
Jujurnya, ia nampak cantik.
Cantik sangat.

Tapi aku yakin, esok lusa bunga itu akan layu juga.
Dan pelangi itu akan jatuh berguguran; dan hilang.
Sebab segar bunga itu tak akan mampu bertahan begitu.

Cuma ada satu jalan.

Biar mereka yang aku lihat itu silih gantikan kuntuman di pelangi itu dengan bunga kasih yang baru.
Sentiasa ada bunga-bunga segar dan berwarna warni datang menganti bunga-bunga lama.
Biar pelangi itu terus hidup dalam wangian bunga-bunga itu.
Dengan izin Illahi, pelangi itu akan terus ada.

Kita doakan; tiada taufan Katrina datang pada hari ini; esok; lusa; dan bila-bila.

Footnote:
Bunga-bunga itu macam kita.
Pelangi itu macam hubungan kita.
Hubungan kita dengan Illahi, dengan family, dengan pujaan hati, dengan duniawi dan serba serbi.
Terpulang pada teleskop mana kita memandang

Maap untuk 3 blank entry berturutan. Insya'Allah esok lusa dan tulat, akan aku adakan satu entry penuh.
Buat ketika ini, biarlah blank-blank entry ini mengisi ruang kemaskini tulisan aku.

[credit gambar]

Thursday, 18 February 2010

ngomong-ngomong angin kus-kus keluar juga


Kabus hilang.
Pagi tak jadi sejuk

Hati aku juga tak cukup sejuk.Beku pun tidak.Cuma aku jadi kabur.
Kubur panggil mungkin.

Kawan jadi lawan.
Itu bukan ketentuan.
Dunia saja penuh cubaan.

Aku masih sanggup tunggu.
Masih jauh jalanku.
Satu kilo? Dua kilo? Kilometriko?
Aku bukan jalan atas nombor.
Aku bukan calculator.

Nak mati belum penuh amal.
Ada saki baki rezeki tinggal.
Tunggu la esok lusa, mungkin.
Malaikat tak pernah lambat.
Tak lambat macam aku.

Wednesday, 17 February 2010

February masih panjang, akalnya!


Nota 1.

Hidup ini bukan ikut-ikutan.
Hidup ini satu kefahaman dan pengabdian.
Satu jalan lurus yang kita lah bengkang bengkoknya; tapi tetap satu tujuan.

Tiada dikira amal ikutan andai fahaman dan pengabdian itu hilang.
Jadi sia-sia, dan hujung nanti jadi sial-sial andai terpesong dalam tak sedar.
Jadi sesat dalam hati.
Kemudian mati.
Sesat lagi. Jalan syurganya meleret ke neraka.

Kesian?
Bukan. Kesialan!

* * * * * * *

Nota 2.

No 14 itu penyebar cinta?
Valentine itu penguat kasih?
Bukan!

Kasihan? mungkin ya.
Kasihan pada bulat-bulat percaya jiwa kita pada sogok muslihat durjana dari durja-nya
Kasihan pada dara-dara yang pecah di rondok percaya dengan buta mata hati.
Percaya yang manusia ini sempurna dan kekal.
Bodoh; barangkali itu sendiri tak cukup untuknya.

Bila di azalinya Haram; selamanya haram.
Cuma bisa jadi halam [haram? Argh lantak arr membedal]pada hati-hati yang mati dan jauh.

Haram jadah?
Ikutlah fikir tafsir ilmi mu. Untuk aku, cukup untuk ini.

Footnote:
I am not a smoker; but most of others within my circle, do.
Thus, you need to go nowhere to know why Feb always hit temperature limit. This is sign dude!

Tuesday, 16 February 2010

13th floor: My definition



Some people do ask me, why I choose 13th floor for my suicide entry?
It is look simple, cause 13 is moron no in western culture.
13 is a simple bad luck for some.
Honestly, I am so naïve; cause I just can't see the reason for that believe.
For me, it is wrong.
'13' is more than a 'simple 13'.
It is more that simply a bad luck no; after all it is not a bad one.

[Pause]

By default, we will return to our origin; at last.
People are origin from a soil. A mixture of soil.
(Semen? That is not our origin, but a mediator for continuous human generation process)
It is come from black, dark brown, white, and the list getting longer than I know.
thus, default rule, we will return back as soil. Buried and obsolete; some decay.

[resume]

We borrow our existence of life from our Ultimate One; Allah.
We need to return this life and body (alive or not) back to The One; Allah.
Then why 13th floor?
Should not Allah have no physical place?
Yes, that is fact.
And 13th floor is not where Allah is.
It is metaphor.
13 is * W 1 in some version.
[read from your right to your left]
still can't see the reason?
Then, sorry. I cant help!

Footnote:
* This 13 twisted to inform W 1 with 'Brush Script MT' font.


Tingkat 13; Cukupkah ketinggian ini untuk aku mati?


Tingkat 13. Tinggi.
Aku berada di puncak bangunan tinggi ini. Di tingkat 13.
Aku nekad, biar aku tanamkan semua tekanan dan kekosongan jiwa aku nun di bawah sana.
Aku mahu terjun dan aman mati aku disana.
Mati sebagai sebuah cerita muka depan akhbar tabloid.
indahnya kematian ini.
Hilang segalanya kerungsingan kehidupan ini.
*Terjun*

*****

Aduh, sial betul. Nasib baik tak jatuh atas kete aku. Kalau tak, tentu-tentu naik no malam nih.

Giler sungguh. 13 tingkat tuh! Berkecai gak la kepala otak dia

*****

Mengeluh; *huh*
Kalau sesenang ini masalah diselesaikan, tak payah lah kita belajar tinggi2.
Tak payah ada belajar, tak payah ada pakar dan tak payah sebagainya.

Mudah bukan?

Kalau sakit, tinggal saja. Esok lusa dia mati juga. Kan setiap kita akan mati juga.
Kalau bodoh, biar saja. Manusia kan sifatnya tidak pernah sempurna. Khatam sejuta naskah ilmi pun takkan pernah jadi kan kita sempurna ilmunya.
Kalau gersang nafsu, melampiaskan saja. Buang saja baka-baka masa depanmu dalam gelongsong najis2tandas. Kalau tahan, cari saja jalang2jalanan dengan sekupang dua.

Mudah? Begitu mudah?

*****

Siapa saja aku dan kamu.
Baik si bodoh-bodoh alang sampai si bijak durjana, hukum kita tetap sama.
Hukum kita hukum Allah.
Hukum kita; baik kita dibalas baik; jahat kita dibalas jahat.
Hukum kita; tiap yang hidup akan di duga; tiap yang diduga akan padan tangga imannya, baik yang tinggi mahupun rendah;
Memang semudah itu. Tapi bukan pada lancar laksananya.

Bunuhlah diri. Tapi itu cuma satu permulaan yang lebih sial. Satu lambang bodoh yang lebih bodoh. Engkau dalam masalah, tapi engkau YAKIN engkau gagal bangun dan terus terjun. Bodohnyalah hasil labor titik peluh ibu dan ayah yang seorang ini.

Siapa yang bunuh diri itu?

Sesiapa saja! Hidup mahupun yang mati.
Yang biarkan dia dikeji biarpun dia berhak dan benar; itu bunuh diri yang masih bernyawa;
Yang biarkan hatinya mati kerana hidupnya ditindas dengan perasaan benci dan tidak di hargai; itu juga suicide yang hidup;
Yang biarkan najis2dosa melekat pada jiwa2tanpa ada segan dan hina di hati; itu lagi suicide yang tidak sedar;
dan berbalam lagi.

Bodoh. Bangun lah. Bangun sebelum suicide ini benar-benar menjadi. Aku yakin, amal kita tak cukup indah untuk lepas siratul mustaqim nanti.
Bagun. Paling tidak sedarlah sesedar aku.
Sesedar insan yang pernah berdiri di tingkat 13 itu juga.Pernah berdiri di genting itu juga; betul-betul sesaat jauh dari kematian dalam hidup itu.

Hari ni, aku masih hidup. Agony is just one (long) chapter in my wonderful life book.

Friday, 12 February 2010

Lempeng goreng aku hangus!


This entry is in relation to my previous entry.
What do you understand about Malaysia Truly Asian?
Err… CinaIndiaMelayuBerbagaibagai (CIMB) all together. So we all Asian lah by nature. Is it?


What do you and your opinion on MM2H (Malaysia My Second Home)?
Arr.. To help unsold high end real property Malaysia sold?

What is ambassador and high commission task from your understanding?

Ermm.. Report how many malaysian involve in earthquake or tsunami from that country?
Tiga kali goreng. Overcook. But still look raw.
Aiseh.
Apa yang awak paham dengan keje nih? Ke main mintak jer
*the answer is rakyat first, performance now. to perform best to for the people and fight for the best. but something better come out from my mouth* keje nih saya paham senang naik *apa yang naik?*
Do I sound like bribe taker^^?
Or simply GIlaPANGkat?
So unconvincing. Anyhow, it is ended. Let's move on

Note:

^^(easier way to getting rich and closer to high-end-prostitute with that kind of money rather than climb up the ladder)

Monday, 1 February 2010

buku nota kehidupan aku pun makin usang di mamah anai2*



Dulu pernah seseorang yang sangat rapat mengatakan sesuatu kepada aku.

"Ko memang tak boleh tengok besfren ko rapat dengan orang lain yer? Aku pernah dengor macam tuh,tapi aku tak pernah ambik tau. Tapi sekarang…"

Errk.
Aku ingat aku salah channel TV, tapi tidak. Ini benar-benar realiti. Subject-nya aku. Aku dan hal yang slalu aku utamakan dulu. Aku dan persahabatan aku.

Betul kebenaran nih? Kalau yer, memang malang lah; sebab aku sendiri tak pernah tahu.

Tapi jujurnya aku sedih.

Rasanya kepercayaan persahabatan nih macam beban untuk besfren aku. Yup, mungkin aku banyak bertanya. Aku kepoh. Aku nak tau segala macam benda. Aku nak jadi hero bila besfren aku ada masalah. Memang itu aku.

Tapi tak lah aku ni jumud sangat untuk mengatakan besfren aku hak aku. Aku tak pernah tidakkan andai persahabatan ini di kuak jauh2. Itu dah lumrah hidup. Ada yang datang, ada juga yang pergi. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka takkan ada gaduh dan damai.

Ops, aku pun bukan hak aku sendiri, bagaimana nak meletakkan berhaknya aku atas orang lain.

Dah makan taun hal nih. Dah lama dah. Tapi kadang2 rasa macam benda nih panas lagi berbisik dekat telinga aku.
Sakit.

Jujurnya, sejak itu, aku dah tak sekerap dulu bertanya khabar. Coverage tepon aku dah tak sejauh dulu. Dah makin susut. Aku hidup dengan reality. Hidup dengan apa yang ada di depan mata. Aku hidup dengan apa yang aku akan hadapi. Bukan lagi dengan apa yang pernah aku ada.

Taun dah makan taun. Structure social aku berubah.
Tapi aku tetap anggap besfren aku dulu besfren aku sekarang. Aku tetap ada tangan untuk tarik kawan2aku dari kesusahan mereka, jika perlu. Cumanya, tangan ini dah makin tua. Dah makin dimakan anai2. Dah tak cukup kuat untuk berpaut. Esok lusa, mungkin aku tak akan mampu berpaut sendirian lagi. Mungkin tulat pun sudah cukup lama untuk aku bertahan.

Pesan aku;

Indah hidup ini bila ada yang menghargai wujudnya kita. Jauh bukan pada jarak dan ketika, tapi pada ingatan yang dihakis waktu. Jangan menangis untuk itu, takut nanti air mata ini akan kering; sebab ia akan terus berulang-dan-ulang-dan-ulang

Saturday, 30 January 2010

Express way to express you expression

It is about, whether you get the job or not; or

It is about, whether you gain positive first impression or not;
It is about express way to express your expression.
It is all about your face expression.

Be confident. Be honest. Then smile.
Yup, that sound simple, but it is not as simple as that.

****

Bas express-express rakyat-rakyat didahulukan-didahulukan duit-duit makayah-makayah sedih-sedih hati-hati mati- mati? Esok lusa kita pulak

Thursday, 28 January 2010

T . O . (i) L . E . T !


Ini cerita tandas.

busuk atau tak busuk tandas tu, tandas tetap tandas.

Otak ada, tapi kalau 'wrap' dalam plastik baik2, baik tinggal dekal rumah jer. Yelah, banyak tempat dah mula kempen 'hari tanpa plastic', nanti mana nak taruh otak tuh? Tapi memang kesian lah, sebab dah hukum dunia, orang yang malas nak guna otak depa pun nak tak nak kena pikul gak otak tu sana sini. Memang kesian.

Ops, ni bukan pasal kesian. Ni entry pasal tandas.

Aku sebenarnya sedih. Sedih dengan mentality kelas rendah orang yang menggunakan tandas. Mentali kelas apa pun aku tak tau. Mentaliti Kelas 1 Biru SKTI pun lebih bijak nak menggunakan tandas.

"Selepas buang air (tu yang membazir tuh, buang-air) besar, kamu mesti simbah air. Pastikan tandas kamu bersih. Faham"

"Fa-ham-cik-gu" berbalam-balam sahut si anak-anak kecil yang mak bapak mereka masih tertunggu-tunggu di luar kelas (ni lagi satu kes, sayang anak tinggal-tinggalkan **err tangan-tangankan-lah) pada hari pertama persekolahan hari tuh.

Tapi sayang, tak semua orang masuk darjah satu aku rasa.
Ada je submarine yang tertinggal dalam kolam simpanan air mangkuk-mangkuk tandas awam ini.Itu kalau jenis duduk; kalau yang cangkung? Sedih jer bila orang-orang yang sisipkan otak-dalam-plastik depan dalam kocek lupa nak on switch berfikir. Lupa nak guna akai. Macam mana lupanya depa nak 'flush'.

"Tak der air!"argh alasan zaman tok nenek lagi tuh. Macam ahli politik. Alasan yang sama untuk kesalahan yang sama. Stereotype!
Kalau tentu tak ada air,korang masih ada akai.Pikir panjang sikit.Paling2tidak sms jer lah kawan2bawak air mineral sebotol dua. Zack Zuhairi pun boleh buat apa!

"Tali flush putus/hilang" grrrr bangang betul. Lu tak boleh ke tarik dari dalam tangkai flush tuh. Sengal.

Alasan!

Korang mesti ingat ini entry najis. Yup, mungkin. Panggil je lah apa saja.
Bagi aku, aku nak sampaikan 'panasnya' aku dengan orang2 macam nih. Sedih pun ada.
Macamana lah boleh nak tinggal submarine tuh macam tuh jer. Esok lusa lu orang jugak nak pakai. Hina betul lah.

******************************************

Err, sakit perut. Pil cirittaun tadi macam tak mujarab jer nih. Aduh takkan salah makan lagi kot. Aduh…