Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 19 May 2010

Penantian itu 'pulau' yang kosong. Kita yang pilih entertainment-nya.

Hidup ini satu penantian yang cukup panjang. Panjang; yang benar-benar panjang. Aku sendiri kadang2 jadi hanyut; sebab punca dan kejadian aku dah mula hilang arah. Aku jadi pengemudi layar yang buta peta dalam suatu-suatu ketika.

Mengerti akan hukum kehidupan yang penuh dengan tanda tanya; aku cuba mencari sekian-sekian jawapan. Pasti saja kitab suci itu satu susunan kalimah yang merekodkan masa depan, tapi aku masih lagi bodoh-bodoh alang; pergi menilik dunia dengan jiwa aku yang secubit pengalaman ini.

Bodoh kan?
Tapi bukan aku seorang yang bodoh.
Banyak lagi si bodoh-bodoh yang cukup pandai bergelar bodoh terang-terang.

Penantian itu; seminit pun sudah cukup lama berbanding dengan sejam yang aku sibukkan dengan urusan lain. Ya memang sudah cukup lama.

Lagi lama; bila mana penantian itu melibatkan hal ketuhanan; hal-hal sujud dan tawadu' pada Maha kuasa.
5-minit untuk solat yang tak sempurnanya kusyuknya lebih panjang bosannya dari puluhan minit menanti sijantung hati; bergeselan berbahu-bahu di taman-taman sondol si-babi.
Kenapa?
Sebab hati kita mula mati dalam hidup. Mula busuk walau dalam siraman one drop perfume; melainkan kita berpatah ke asal, sebelum dijemput paksarela untuk pulang.

8 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

aku nak carik cd motivasi la cemni, kene salu remind kat otak, bekerja buat amal tok hari mati.

rasanya..banyak lagi yang tak lengkap dlm hdup ni. banyak terkejarkan hal dunia. bodoh sungguh rasanya diri.






;(

hamihemo said...

pengalam yang mengajar kita tuk jadi kearah kebaikan..Dunia hanya medium untuk kita mencari keradhaan Allah..Sejarah kita x boleh ubah, masa depan kita boleh corakkanya...


oppss...komen ni tiada kaitan pun dengan entry..sory

Boneka Tak Sakit said...

mungkin aku blur kut aku xpaham sgt.. huhuh
apa2 pown ko banyak buat entry motivasi.. bagus la kdng2 terkena juga topic tu..

so terima kasih la Bro AJ

AJ Nismihan said...

cikguneon
motivasi bukan pada CD, tapi pada diri sendiri. Self generated. Kuncinya, ada pada pemikiran kita.
kalau asyik bergantung pada bacaan/pendengaran nasihat jer, tak tahan lama. nanti-nanti bosan. jadi balik cerita lama.
tapi, sekali2kena gak la cari motivasi rohani di surau2berdekatan.

hamihemo
Tak ada apa yang larinya. masih lagi dalam konteks hidup yang sama.
pengalaman itu mengajar kalau kita ini bisa diajar. kalau buta tunggul yang degil dengan teguran; tak guna juga.

bukanBONEKA
haha aku memang kadang2berbelit sikit. ya, ada sisi lain yang muncul dalam lain-lain ketika.
ni pun bukan motivasi apa jadah semua; ini lebih kepada pengertian hidup dari pandangan aku yang kadang2buang masa memerhati dari bercakap.
dan sama-sama untuk BTS.

░♥si lampu neon♥░ said...

wuaaaaaaaaaaaaa sadis gile..terkena aku..salu aku duk lam bilik je sebab speaker masjid kuat sampai dgr lam bilik..*jahil gile kot* ...td aku jalan2 jumpe cd motivasi tu..80 kali aku pk nak beli..last2 aku blah je..shopping bende lain.. apakah tandanye tu wey?

alhena said...

yup..sangat betul sekali. Hidup ini kita yang tentukan bagaimana jadinya. Kalau dilihat dari sudut kesihatan pun apa yang kita makan hari ni, menentukan masa depan kita. Begitu juga amalan kita hari ini menentukan di mana kita nanti.

terima kasih kerana selalu mengingatkan. Aku ini sering lalai dalam dunia aku sendiri. Muhasabah diri :)

Seroja Jingga said...

aku juga antara si bodoh itu..sudah tau diri bodoh..tapi masih belum mmpu belajar..

terima kasih atas peringatan ini AJ.
aku semakin suka degn tulisan kamu.
alhamdulilah..keep writing

AJ Nismihan said...

neon-neon-neon
mungkin bukan CD yang hang cari. ala, aku pun bukan dengar CD motivasi, aku lebih mudah cari motivasi dengan memandang pada keluar cermin kereta aku. dekat situ ada kehidupan dan dekat situ ada motivasi dunia yang lebih luas.
ah, bagi aku, kamu itu tanda kamu yang normal macam manusia lain. kan normal begitu? mana ada kebanyakan orang pergi berpusu-pusu beli cd motivasi ye tak?

alhena
ya betul tu alhena.
kita yang pilih hujung destini kita dengan apa yang kita buat. cumanya; jalan off-road atau jalan tar lancar, itu Allah yang tolong pilihkan untuk kita.
dan aku sendiri; bercakap di ruang ini lebih kepada peringatan untuk diri aku; kan manusia itu dalam kerugian, kecuali pada mereka yang berpesan-pesan. pada diri sendiri itu juga satu pesan-pesan; aku kira.

SJ
diciptakan 'bodoh' itu bukan untuk di hina kejikan, tapi untuk kita lawan dan 'mengalahkannya'.
dan bagi aku sendiri; bodoh itu tidak pernah wujud. cuma yang wujud adalah 'tidak pandai', 'kurang pandai' dan 'pandai'.
dan untuk kamu; saudara ku yang sentiasa menjengah, aku menulis juga untuk kamu. itu saja yang aku boleh tinggalkan selain dari sehelai sepinggang yang aku pakai ini, untuk kalian rebutkan; bila aku sudah tiada.