Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 12 May 2010

Ini cuma pandangan aku, tapi aku yakin aku tak salah!

Orang selalu namakan majlis lepas bernikah itu majlis membatalkan air sembahyang. Bukanlah menyalahkan tradisi, tapi; bagi aku, benda itu tidak cukup betulnya. Kenapa perlu sengaja batalkan wudu’; dan siap ada majlis lagi; bukankah wudu’ itu sendiri tinggi nilainya?

Jadi aku membangkang?
Tidak juga.
Aku cadangkan penambahbaikan. Itupun dari pandangan aku yang belum tentu sepenuhnya terang.

Sesudah di-ijab dan di-qabulkan, berjemaah lah berdua mempelai itu dalam solat sunat kesyukuran kepada Maha Agung. Biarlah si isteri menjadi pengamin pertama pada doa sulung suami selepas gelaran bujangnya hilang dalam genggam tangan gemuruh bersama si-qadi tadi.

Dan bersalamlah mereka; kedua kasih dan sayang itu dalam rahmat Allah lepas doa di-aminkan. Dan gugurlah wudu’ itu dalam redup tawadu’ dua insan yang dihalalkan sesama hayat mereka.

Itukan lebih baik?

Soalan: Jadi, bila nak bagi hadiah?
Jawapan:
Jujur dan ikhlas pernikahan itu sendiri satu anugerah bukan? Dan itu sendiri lebih tinggi dari hadiah material duniawi bukan?

Cuma, bagi yang lebih mampu, sediakan lah hadiah pernikahan lain. Sebetuk cincin, seutas perhiasan tangan, sekalung rantai dan apa saja yang kalian perlu; dan hadiah ini adalah ‘hadiah pernikahan’ dan bukannya wasilah ‘membatal air sembahyang’. Jadi, majlisnya adalah majlis penyampaian hadiah di antara mempelai ye tak? dan bukannya majlis membatalkan air wudu!

Benda yang sama, cuma pada aku definasinya berbeda.

14 comments:

Boneka Tak Sakit said...

kalau bapak mertua aku mcm ko untung aku hahaha :))

tapi menarik tu kdng2 tradasi dan budaya yg diamalakan oleh org2 kita sejak dulu lagi.. ada bercanggah ! dan xsesuai.

pernah baca entry camnie.. tapi lupa la!

wong ah ian said...

err..x penah pulak gua terpikir sampai situ..tapi ade betul jugak ape lu cakap tu..

KERAK NASI said...

sokong!

Husna Hadzarami said...

betul.
dah lama aku terfikir fikir benda tu. tahapahapa la org Melayu ni, sedap je bg nama majlis membatalkan air sembahyang.
buat la nama majlis bersalaman ke apa ka. aku memang cukup tak berkenan dengan certains adat Melayu yang bukan2 ni. nasib baik family aku bukan jenis berpegang pada adat sangat. yang penting sunnah, bukan adat.

wah macam ustazah dah. tak layak pula rasanya. heh

norfaridahanum said...

AJ,aq br fikir2 pasal upacara batal air semayang nih gak.to be exact,mlm tadik.adoi!alih2 hang dah tulih plak arinih...

oh,keyakinan ko itu memang tiada salahnya.maka,saya setuju!!!

p/s:errr..jgn tnya kenapa aku pikir psl upacara tu plak =p saja buang masa.stress study,pikir pasal kahwin,layan dowh.lagik semangat nak study =p

norfaridahanum said...

AJ,aq br fikir2 pasal upacara batal air semayang nih gak.to be exact,mlm tadik.adoi!alih2 hang dah tulih plak arinih...

oh,keyakinan ko itu memang tiada salahnya.maka,saya setuju!!!

p/s:errr..jgn tnya kenapa aku pikir psl upacara tu plak =p saja buang masa.stress study,pikir pasal kahwin,layan dowh.lagik semangat nak study =p

AJ Nismihan said...

BTS
Kena tunggu anak aku yang dua bulan tu besar dulu lah bro, baru boleh jadi menantu aku!
tapi memang la macam hang cakap, tak semua yang ORANG BUAT tu betul. hukum bukan apa berdasarkan apa yang orang suka, tapi apa yang Allah suka!
pernah baca? hmm kebetulan lah tuh. takkan jumpa dekat blog 'DOA' tuh kot? hehe {sacarstic smile}

ian man 2
lu belum kawin, belum pikir process nak kawin apa segala, jadi tak adalah lu nak pikir benda nih.
aku pun saja nak berkongsi my own thought jer :)
woit, kawan lu tuh nak cuti blogging lagi la pulak. nanti2kalau lu free tepon2la dia lagi yer, tulun tengok2kan. she just need trusted shoulder to hold on; just before she can step forward; firmly!


KERAK NASI wawa
wahwah wawa, bab kawin jer laju sokong yer.
Anyway, macam tu lah kan, kalau ada benda yang patut kita betulkan, kita tegurlah. that is rule of life kan :)
so, macamana interview UiTM nih?

Una
Bukan salah orang dulu. They may have limited education and reference. We, as educated and open minded generation should do alteration where necessary, rite :)
apapun, yang dapat pahala bukannya adat, tapi sunat dan wajib kan :)

p.s: tak semestinya perlu jadi ustazah baru boleh bercakap kebaikan. asal saja kita tak mahu tergolong dalam orang2yang rugi, berpesan lah kita dengan jalan Allah, ye tak? aku sendiri bukan seorang ustaZAH!


Young Doc:
telepathy communicator ker?
tak apa lah, dulu hang dah buat entri pasal pelamin angan hang musnah di duplidate dah kan :)
anyway, study macamana nih? bila nak jejak airport Malaysia balik nih?
(kalau bab kawin tuh, sonok jer yer, sampai tertekan dua kali send dekat Vaio pink dia tuh!)

beautiful_rose said...

kau betul
aku kdg2 pon x setuju sgt nak ikut adat y kdg2 x masuk akal nieh.
bkn nak singgung perasaan mane2 pihak just kdg2 org kite byk lebihkan adat drpd agame.terlalu ikut adat sampai langgar hukum.

wong ah ian said...

ian man 2?..hahaha..xpela kalau dia nak cuti..aku pon xleh wat ape..aku sbnrnye bukan kesah sgt hal blogging ni asalkan dia ok je..

AJ Nismihan said...

ian
betul lah tuh ian = iron kan?
hehe
anyway, i said the same to her too. blogging nih macam main game. sampai masa, kita 'game over'. kalau nak sambung balik, masuk balik 'token'/'coin'. tapi bab hidup nih ada sekali jer game over, dan kita sendiri tak tau bila kan!
haih...

yusuf mujahidin ™ said...

haah..tk terpikir nape kne batalkn air sembahyg dgn sengaje..

bila pkr adat dijadikn 'ibadah'

nt kawen nk wt cmtu la...haha

AJ Nismihan said...

kadang2 budaya kita nih dah ceduk sana-sini sikit-sikit. jadi cacamarba. not to blame our old generation, cuma kalau ada satu dua perkara baik yang kita boleh nak buat, apa salah kita perbetulkan, ye tak?

biar apapun yang kita buat, tune kena betul. biar jadi ibadah dari jadi IBArat_beDebAH pulak kan.

nak kawen? hehe, kan mak kata YM muda lagi, kacak lagi. hehe

░♥si lampu neon♥░ said...

idea ko memang menarik..tapi acara membatalkan air semayang tu sebenarnya ikutan budaya ke, tradisi ke, or syarat nikah ke? perluke diikut2?

AJ Nismihan said...

cikguneon

tu budaya. budaya berbudi bahasa. cuma cara jer yang sedikit terpesong. niat tuh dah baik.
bukan rukun nikah. tapi orang yang bernikah asyik nak gak. amacam?