Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 30 January 2013

Terpilih; Untuk Kamu Memilih




Pada hamba itu, wujudnya sendiri untuk sebuah ujian yang dipanggil kehidupan. Lantas, harus teriakkan apa dengan keluh hati andai kita terpilih untuk diuji?

Bukankah, andai rasa dihidupkan Dia untuk sentiasa mengingati-Nya, kita bahagia?
Dan bergelut kerisauan andai kita dilimpah ‘bahagia’ dan ‘berjaya’ biarpun terhuyung-hayang berjalan hidup tanpa benar tujuan?



Kamu, apa yang kamu detikkan pada peri laku kamu. Kamu pilih, dan setiap keputusan ada kesimpulan; andai kamu benar memandang.

Sesungguhnya, Dia sedang menguji. Dan ujian itu baru dipanggil hidup.
Adakah kamu hidup dalam ‘kehidupan’ kamu?
Itu kamu pilih!

*senyum*

Wednesday, 9 January 2013

Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia

Gambar asal dari ohcikgu.com.
Sesetengah orang gembira (malah ramai yang gembira sebenarnya), tapi sesetengah yang lain merungut dengan hati, menangis dengan kejadian dan hilang dalam pejam. Dan yang sedih itu, bagi aku, lebih signifikan dari yang ramai.


Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.


Perkara pertama.

Manusia itu tak kan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.

Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini takkan pernah penuh tanpa ada perkongsian dan perkongsian itu takkan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.

Tapi, apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?
Bagi aku, selagi mana hati mereka gagal mengakui ke tidak sempurnanya kejadian, selagi itu mereka akan gagal dan terus sesat.

Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagalah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk; hilang jiwa insan dalam pejamnya.

Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan; selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Gambar asal dari cisdel.com.

Perkara kedua.

Aturan keutamaan manusia pada kehendak dan bukan pada keperluan. Hendak hati mahukan gunung, tapi hanya dapat bukit. Hendak hati mahukan juta, tapi satu pun tiada. Jadi mahu salahkan siapa? Paling baik, bersyukur dengan apa yang ada, kerana apa yang dikurniakan itu (ada atau tiadanya itu tetap satu kurniaan) adalah satu 'ujian' dari Allah untuk tingkatkan hati dan roh iman kita. 

Hati hendak-kan sahabat yang mendengar, tapi Allah duga kita dengan sahabat yang mengecewakan. Tapi yakin, Allah simpankan kita sahabat yang lebih baik, yang lebih aman untuk naluri kita, yang tidak kita teridamkan; hanya roh yang tawakal akan ketemuinya.

Hati inginkan kejujuran, tapi Allah duga kita dengan kecurangan. Tapi yakin, Allah dah simpan kejujuran yang lagi besar; yang mana hanya sabar hati akan melihatnya kelak.

Aku ini hanya makhluk, dan Allah itu Maha Satu. Aku hanya mampu pulang pada-Nya.

Dan aku mahu pulang dengan senyuman.

Ameen

*senyum*

* * * * *
Asal terbit entri ini 17:37, 25 Disember 2009.
Insya'Allah ini bukan yang terakhir aku terbitkan semula dari pustaka entri.
Andai ada yang baik dari kotak draft inbox, aku akan bimbitkan semula, untuk kita bersama.
*senyum*

 * * * * *
    Biar banyak membaca, baru banyak menulis.
Sebaliknya? bisa jadi tukang karut kosong yang berminda tanpa batasan.

Friday, 4 January 2013

Mula



Sumber gambar dari sini.

Kita sering memilih untuk bermula esok, dan bukan sekarang; sedangkan hari ini sendiri belum tentu kita mampu sudahkan. Malangnya, apa yang kita fikirkan hari ini hanya untuk sebuah ‘tagline’ hidup esok yang ‘tidak pernah hidup’, dan bakal melupakannya lebih cepat dari ketika kita menciptanya.

Biarpun jarum saat di jam tangan analog itu berhenti untuk apa saja alasan dunia, masa tetap terus berjalan dan kadang-kadang berlari bila kita kekal dengan mimpi.

*senyum*

Hidup ini harusnya bermula dari saat kita sedari salah, dan memilih untuk terus berubah. Selagi masa diberi, kita seperti penipu yang menipu jiwa sendiri dan membeli waktu untuk menyatakan yang salah kita itu tidaklah salah sepenuhnya, dan akhirnya tidak pernah berubah.

Hidup tidak bermula pada esok, lusa, tahun mendatang mahupun usia puluhan; tapi bermula bila kita bertindak dengan apa yang kita fikirkan.

Wednesday, 2 January 2013

Alasan

Ikatan, yang terlalu berpintal dan tetapi tiada simpulan mati di hujungnya, kukuh dan erat, tetapi bisa terlerai pada saat dan ketika yang terpaut itu dibiar lepas tak gengam jemari mereka.
Bagi aku, itulah persahabatan.
 
Maka, beralasanlah dengan sekecil-kecil keadaan pun untuk menderingkan telefon bimbit sang sahabat kalian, agar kita tidak tenggelam dalam percaya yang mereka itu sudah-sudah dengan kita di dalam hidup mereka.

Berhabis baik selagi mampu, kerana balasannya bukan dari mereka, tapi dari Dia.

Setidaknya, itu yang aku percaya.

Dan kamu, jaga diri.

*senyum*
Pic origin from here.

 Benarnya, perlukah satu alasan untuk kamu berbasa-basi, bertanya cerita?
atau, hidup ini terlalu dipecah perintahkan,
sehingga 'tahun baru' baharulah boleh dimulakan baru sebuah kehidupan (yang belum tentu tahu gimana).