Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 2 January 2013

Alasan

Ikatan, yang terlalu berpintal dan tetapi tiada simpulan mati di hujungnya, kukuh dan erat, tetapi bisa terlerai pada saat dan ketika yang terpaut itu dibiar lepas tak gengam jemari mereka.
Bagi aku, itulah persahabatan.
 
Maka, beralasanlah dengan sekecil-kecil keadaan pun untuk menderingkan telefon bimbit sang sahabat kalian, agar kita tidak tenggelam dalam percaya yang mereka itu sudah-sudah dengan kita di dalam hidup mereka.

Berhabis baik selagi mampu, kerana balasannya bukan dari mereka, tapi dari Dia.

Setidaknya, itu yang aku percaya.

Dan kamu, jaga diri.

*senyum*
Pic origin from here.

 Benarnya, perlukah satu alasan untuk kamu berbasa-basi, bertanya cerita?
atau, hidup ini terlalu dipecah perintahkan,
sehingga 'tahun baru' baharulah boleh dimulakan baru sebuah kehidupan (yang belum tentu tahu gimana).

2 comments:

macyhumaira said...

dan adakala ada 'cinta' membuat kita melupakan cinta sahabat.

kerana itu aku pernah hilang punca.

AJ said...

maCy
pada aku, ia dipanggil 'leka'.
kerana cinta itu harus jujur dan bewarna, bukan berkelodak hitam dan penuh busuk-busukan hati.

*senyum*

mencintailah sahabat kamu seperti kamu menyayangi diri kamu, mahupun lebih; kerana mereka itu pinjaman Tuhan untuk kita beringat dan diingatkan.

sayang pada ibu dan bapa, seperti mana yang Maha Esa sayangkan kita; kerana mereka itu kunci syurga pada kita.

sayanag pada Dia, seboleh-bolehnya, kerana semua syurga dan bahagia hanya ada kerana Dia.

*senyum*