Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 9 January 2013

Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia

Gambar asal dari ohcikgu.com.
Sesetengah orang gembira (malah ramai yang gembira sebenarnya), tapi sesetengah yang lain merungut dengan hati, menangis dengan kejadian dan hilang dalam pejam. Dan yang sedih itu, bagi aku, lebih signifikan dari yang ramai.


Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.


Perkara pertama.

Manusia itu tidak akan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.

Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini tidak akan pernah penuh tanpa ada perkongsian, dan perkongsian itu tidak akan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.

Apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?
Bagi aku, selagi mana hati mereka gagal mengakui ketidaksempurnanya kejadian, selagi itu mereka akan gagal dan terus sesat.

Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagallah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk hilang jiwa insan dalam pejamnya.

Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan, selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Gambar asal dari cisdel.com.

Perkara kedua.

Aturan keutamaan manusia pada kehendak dan bukan pada keperluan. Hendak hati mahukan gunung, tapi hanya dapat bukit. Hendak hati mahukan juta, tapi satu pun tiada. Jadi mahu salahkan siapa? Paling baik, bersyukur dengan apa yang ada, kerana apa yang dikurniakan itu (ada atau tiadanya itu tetap satu kurniaan) adalah satu 'ujian' dari Allah untuk tingkatkan hati dan roh iman kita. 

Hati hendak-kan sahabat yang mendengar, tapi Allah duga kita dengan sahabat yang mengecewakan. Tapi yakin, Allah simpankan kita sahabat yang lebih baik, yang lebih aman untuk naluri kita, yang tidak kita teridamkan; hanya roh yang tawakal akan ketemuinya.

Hati inginkan kejujuran, tapi Allah duga kita dengan kecurangan. Tapi yakin, Allah dah simpan kejujuran yang lagi besar; yang mana hanya sabar hati akan melihatnya kelak.

Aku ini hanya makhluk, dan Allah itu Maha Satu. Aku hanya mampu pulang pada-Nya.

Dan aku mahu pulang dengan senyuman.

Ameen

*senyum*

* * * * *
Asal terbit entri ini 17:37, 25 Disember 2009.
Insya'Allah ini bukan yang terakhir aku terbitkan semula dari pustaka entri.
Andai ada yang baik dari kotak draft inbox, aku akan bimbitkan semula, untuk kita bersama.
*senyum*

 * * * * *
    Biar banyak membaca, baru banyak menulis.
Sebaliknya? bisa jadi tukang karut kosong yang berminda tanpa batasan.

17 comments:

humaira hadzarami said...

betul, senyuman akan buat org yg sedih gembira.

░♥si lampu neon♥░ said...

aku menangis bila baca tulisan ko. aku sedar aku bukan sempurna mana untuk mendapat seorang pasangan yang sempurna yang akuimpikan. tapi selama ni aku bersyukur dengan kekurangan pasangan aku...cuma yang menyedihkan aku bila dia merasakan diri dia tak pernah sempurna di mata aku dan dia undur diri sebagai penamat.

Sebenarnya tak ada sapa yang sempurna dalam dunia ini, sealim mana seseorang itu pasti ada cacat cela nya, dan seburuk mana seseorang itu pasti ada baiknya...

aku resah,yang pasti hanya Allah tempat mengadu.

hans said...

adess...
asal sedih plak ku baca entry ni
tapi betul la tu apa ekau kata

sniffa93_aznil4eva said...

katakata bro semuanya betol..
yep idop x semuanya sempurna n sempurna jugak bknlah penyelesaian pada segala-galanya.

tengs..kita semua kne besyukur apa yg kita ada stakat ni dan perlu berusaha untuk mencapai sesuatu yg kita impikan..Allah sentiasa bagi kita jalan untuk memperbetulkan apa yg patut.

face the problem with smile,smile n smile:)

ifa follow diz blog.

mysara newrie said...

jalan2 juga. suka dgn mkdsud STRESS yg awk huraikan dgn pelbagai cara

AJ Nismihan said...

[sniffa93_aznil4eva]
ops.. mungkin tak sume yang diperkatakan oleh aku betul (kalaupun betul semua alhamdulillah-lah), sebab aku sendiri bukannya sempurna. Cuma ada sedikit ilmu nak berkongsi :)

AJ Nismihan said...

humaira hadzarami
yup, agree
senyumlah ikhlas

░♥si lampu neon♥░
Lain orang lain pandangan.latar belakang kita jadikan kita siapa diri kita.jangan pernah salahkan situasi,sebab yang terjadi tinggi nilanya pada kita.Allah tahu semua.
sempurna bukan pada harapan kita, tapi bagaimana kita menyempurnakan hidup yang lain.lend your to others as 'somebody else' will lend their's to you too!

hans
Sedih itu satu kata jiwa.bagi orang yang ada hati yang hidup.biarlah sesekali menangis dari tenggelam dalam khayal.

my[s]ara
it is about perspective.anyway, thanks for coming here :)

Anonymous said...

"kau manusia,
aku tak boleh ada semua"
-wani ardy

dear aj,
jangan berhenti menulis dari hati.
kerana banyak hati yang mendengar.
dan banyak hati yang seolah faham.

:)

Anonymous said...

ahh typo

"kau manusia,
kau tak boleh ada semua"
-wani ardy


-.-"

依之汉 said...

Saya dulu fikir, sempurna itu wajib. Hampir semua buku motivasi ditulis secara sempurna. "Kamu perlu begini begitu untuk berjaya."

Ah, kemudian semuanya saya dapati bukanlah semua orang boleh 'sempurna'.

Berjalan juga bukan sempurna. Bermula daripada bayi sehinggalah si tua. Semua orang unik. Kita belajar sedikit demi sedikit. Lama-lama jadilah bukit.

Namun tidak akan tinggi setinggi gunung kesempurnaan itu. Kerana itulah kita dianjurkan bersyukur oleh Rasulullah. Alhamdulillah.

Manusia. Memang inginkan kesempurnaan. Saya juga. Cuma saya sedar ia perlu dicari secara sikit sikit. Jika tak, kecewa itu menghentam kuat kita ke dinding kegagalan.

Dan bisa pemerhatian kamu itu lahir dari hati yang kisah.

Qiez AR said...

I'm flawed and I'm not afraid. (not even feel like complaining)

terima kasih sebab sentiasa ada bersama saya semasa fasa muhasabah diri, Big brother.

May Allah pay your good deeds with many many blessings.

Firhan A. said...

"..ketidaksempurnaan itu adalah kesempurnaan seorang manusia.."

kata-kata ni dah lama aku pegang..

malah kata-kata ni lah yg membuatkan aku mampu untuk sentiasa tersenyum..

alhamdulillah.

ch0mbi said...

Ketidaksempurnaan itu kekecewaan. Tidak dipenuhi juga kekecewaan. Kekecewaan bukan keburukan. Dari kekecewaan, belajar untuk menerima & menghargai. Mungkin pada sesetengah manusia, tidak semua.

^^

Adeqq said...

Assalamualaikum.

Terima kasih untuk entry ini. Ya Allah, saya selalu rasa sedih sedangkan Allah sebenarnya beri apa yang kitaperlu. kan? well, being manusia biasalah, sering mengikut kata hati. Sering mahu jadi itu ini walhal sebenarnya cukuplah sekadar yang ada. Macam yang kamu kata:

"Ketidaksempurnaan itu adalah sempurna. :)"

AJ said...

purple moon
*senyum*
Wani Ardy sendiri menulis dari hati, dan aku sendiri tak mahu dia berhenti selagi ada isinya.

ya, moon, menulis ini bagi aku satu remedy dan anekdot kepada hati aku yang kadang mati dan bersendiri. biarlah selagi aku mampu dan diizinkan, aku menulis; biarlah kalau di baca atau pun tidak ianya, tapi selagi aku mampu, aku coba.

kan?

dan kamu.
selagi mampu; jaga diri mu.
bermusafir dengan jalan Dia, hanya pada Dia kita berserah dan menyerah.
selain itu, jangan sesekali rebah.
dan kamu.
sang survivor yang punya hati.
jangan pernah 'mati'; dan percayalah Dia juga tidak pernah mati.
*senyum*


依之汉
dan dalam mencari yang berdikit itu, kita harus percaya yang setidaknya, kita jadi yang lebih baik dari kelmarin dahulu kalaupun bukan sepenuhnya sempurna.

terima kasih untuk ingatan kamu ya sahabat, kerana aku sendiri sang manusia yang mudah benar menjadi pelupa.

kan?

*senyum*


Qiez
dan tahniah untuk kamu yang sentiasa ada masa untuk bermuhasabah diri, menilai jiwa dan mencari ruang untuk berjuang.
You are fighter my dear sister, you should show them you always have HIM, and always trust HIM in everything.
I may not be good, but at least see you treasure in life will make me better.
Insya'Allah.
*smile*


RA
dan manusia itu sering terlupa dalam susah mereka, maka kadang kita kena bisik hal yang sama berulang masa.
kan?
*senyum*
aku sendiri tidak sempurna.
tetapi jahil aku kadang kecewa kenapa aku tidak disempurnakan; sedangkan yang aku harapkan menyempurnakan itu harap ku pada manusia, yang benarnya juga bukan mampu sempurna.
dan di lain masa, baru aku tersenyum; kerana manusianya aku kala aku marah, biarpun aku sebenar tahu.

*senyum*



chOmbi
andai kita belajar, jatuh itu sendiri akan jadi manis. kecewa itu sendiri bisa membunga.
tapi.
qalbu itu sendiri 'berbolak-balik', dan tentu saja terlalu manusia bilamana kadang ia pasang dan kadang ia surut dengan percaya diri.
dan kadang aku sendiri menangis, sedang aku tahu aku harus senyum dan percaya.


Adeqq
kamu manusia Adeqq
dan sesekali kita perlu dihantukkan, baru kita mampu terngadah.
biarlah itu jadi kamu yang semalam, dan sentiasa berpesan, esok bukan seperti dulu.
dan aku percaya; kamu bisa mampu.

macyhumaira said...

ketidaksempurnaan + ketidaksempurnaan =sempurna

adakala terasa juga mahu yang sempurna. atau sekurangnya mendapat setimpal dengan apa yang sanggup diberi.

contoh, kita sanggup bersusah pabila sahabat dalam kesusahan, mahu juga kita diteman dibantu pabila kita pula ditimpa kesusahan.

dan pabila keinginan itu tidak tercapai mula sahaja rasa kecewa dan menjarakkan hubungan yang ada.

oh, dan. setuju dengan yang akhir itu. kurang membaca diri ini, kerana itu kurang mampu menulis juga.

AJ said...

maCy
sisi aku lebih percayakan yang sedarnya kepada ketidaksempurnaan buatkan hidup lebih berpimpingan.
kita tahu yang pasangan kita pasti tidak juga sempurna, maka cari persamaan dan kebaikan, bukan sebaliknya.
kita tahu yang tak semesti tiap hidup berlangkah mudah dan mengamankan, sedangkan luka dan jatuh hidup itu warna yang mencorakkan.

maka, berdiri pada yang termampu hampir kamu lakukan, dan biar pembalasan itu hanya dari Tuhan.

tak Allah beri pada apa yang kita mahu, tapi DIa tahu apa yang kita lebih perlu.

dan kamu lebih perlukan Dia, dari segala kan?

*senyum*

biarlah bukan dibalas baik itu dari mereka yang kamu pernah bantu, dan kamu jangan berkira untuk bantu kamu di hari muka; kerana pada yang berikhlas hati dan suci untuk Dia, Dia tahu mana yang lebih perlu dan baik untuk kamu.

kan?

*senyum*

sang manusia lain juga sempurna kemanusiaannya dengan sebuah ketidaksempurnaan, kan?