Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 29 November 2017

Iqra itu, bacalah

Selagi mana mampu, bacalah.
Ilmu itu untuk digali dan dicari, biarpun kamu percaya kamu tahu, ketahuilah, banyak lagi yang kamu belum.

Matematiknya mudah, biar bacaan kamu ringan, tapi membawa makna dan manfaat. Tapi, kalau kamu mampu, kenapa tidak ke dasar ilmu.

*senyum*

Awak, membaca bukan perlu buku atau naskah cetak. Bacalah apa yang kamu pandang dan yang kamu dengar, alam ini 'cikgu' yang sahih. Percayalah.

Tuesday 7 November 2017

Tuan Hamba & Hamba Waktu

Pernah aku kata

"Barangkali, Tuhan mereka hanya ada di pejabat sahaja, tidak wujud di pasar malam, mahupun di tempat-tempat lain. Maka itu, bertudung perlu hanya di pejabat"

Rupanya, baru aku perasan

"Surau dan Al Quran aku juga, hanya hadir dalam susuk Ramadan sahaja, lewat itu,  entah ke mana ia menyusup. Hilang"

Sigh.

Salah orang, kita nampak. Silap sendiri?

Jom, lagi belum mati, ada masa untuk koreksi.

*senyum*