Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 4 January 2013

Mula



Sumber gambar dari sini.

Kita sering memilih untuk bermula esok, dan bukan sekarang; sedangkan hari ini sendiri belum tentu kita mampu sudahkan. Malangnya, apa yang kita fikirkan hari ini hanya untuk sebuah ‘tagline’ hidup esok yang ‘tidak pernah hidup’, dan bakal melupakannya lebih cepat dari ketika kita menciptanya.

Biarpun jarum saat di jam tangan analog itu berhenti untuk apa saja alasan dunia, masa tetap terus berjalan dan kadang-kadang berlari bila kita kekal dengan mimpi.

*senyum*

Hidup ini harusnya bermula dari saat kita sedari salah, dan memilih untuk terus berubah. Selagi masa diberi, kita seperti penipu yang menipu jiwa sendiri dan membeli waktu untuk menyatakan yang salah kita itu tidaklah salah sepenuhnya, dan akhirnya tidak pernah berubah.

Hidup tidak bermula pada esok, lusa, tahun mendatang mahupun usia puluhan; tapi bermula bila kita bertindak dengan apa yang kita fikirkan.

10 comments:

Pembunuh Tanpa Byang said...

AJ NISMIHAN............

hanaahmad said...

itu masalah saya, selalu bertangguh. :(

Seroja Jingga said...

mari kita mulakan.

uh aku gmbira bertemu kau disini

macyhumaira said...

macy sudah bermula.
kamu pula bagaimana?

AJ said...

PTB
Tak. Tidak pernah lupakan wujud kamu. Kamu tetap kawan kan.
*senyum*
aku dah mula.
kamu?

hanaahmad
ubahlah benda yang paling kita mampu ubah; diri sendiri.
bertangguh bukan hadir kerana kamu mahu bertangguh, tapi kerana self motivasi kamu tertinggal bila kamu berfikir.
harusnya, bina ikhtiar diri untuk 'berdiri' dan 'bertenang'; dan nanti ia datang sendiri.
insya'Allah, aku emailkan kamu senaskah buku ringkas untuk bacaan kamu. Entah bagus tidak untuk kamu aku tidak tahu, tapi setidaknya ia berkesan untuk aku.

*senyum*


seroJa
kamu dah bermula dulu, kan?
dan aku harap kamu terusan baik dan bahagia ya sahabatku.
bertutup itu lebih 'terbuka' hijabnya kan?

*senyum*


maCy
ya, fikirku.
barangkali.

*senyum*

cuma, kadang-kadang aku menjadi penipu pada diri, sedangkan aku tahu 'si penipu' itu sedang menipu.

*senyum*

hidup ini berbolak balik.
hati ini berbolak balik.
jati ini berbolak balik.
nah.
aku manusia biasa juga akhirnya.

*senyum*

dania said...

nk bermula tp tak tau bagaimana.

依之汉 said...

Apabila membaca ini pasti saya teringat akan pesan daripada seorang blogger tentang ini.

"Kita bukanlah manusia sempurna. Mulakan sedikit demi sedikit."

AJ said...

dania
bermula dari Dia.
betulkan hal kita dengan Dia, nanti pasti Dia buka hati kita untuk betulkan hal dengan yang lain.
pada yang baik, dikurniakan yang baik-baik.
dan jadilah yang terbaik, supaya yang terbaik untuk kita.
insya'Allah

依之汉
Terima kasih untuk link itu.
*senyum*
Selagi kita sedar kita tidak sempurna, kita pasti sentiasa berjaga.
Tapi bila kita lemas dengan kata-kata 'sudahlah-kita-tak-akan-sempurna-jadi-buat-apa-berusaha', maka yang hanya ketawa adalah si durjana yang menyesatkan.

kan?

*senyum*
terima kasih ke mari ya sahabat

macyhumaira said...

berbolak balik itu biasa.
ya, kerana kita sama manusia.

dan, rasanya kamu cukup kuat untuk merubah segalanya.
jadilah penipu, 'penipu' yang berkata dia sedang menipu.


:)

AJ said...

maCy
dan kerana aku ini seperti sang manusia yang biasa, kadangnya aku si penipu yang cuba menipu diri sendiri dan aku bangga kerana penipuan ku 'berjaya'.

sedang pada Allah, segalanya jelas; dan kita masih berteriakkan gembira mengatakan kita berjaya.

oh.

alangkah perlu aku pada pesan dan taulan, ketika itu; kini, dan selamanya.

maka, memilihlah pada yang kamu bimbit jadikan teman, dan jadilah teman yang terpilih dek pekertimu.

insya'Allah, itu yang terbaik.

kan?

*senyum*