Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 24 May 2010

Kau bagiku sempurna

Manusia itu sempurna sifatnya bila mana dia tidak sempurna.
Sudah di janjikan, kita tidak akan sempurna; walaubagaimana hebat pun usaha kita.
Sebabnya; supaya kita sentiasa bergantungan dan sedar yang hidup ini cuma satu penilaian tahap kecekapan rutin.
Jadi; kita perlukan yang lain untuk hidup lebih dekat kepada sempurna; ultimately kita perlukan Maha Kuasa yang satu!
Dan lagi satu; kita sendiri tidak memiliki diri kita; yang terang-terang satu pinjaman dari Maha Kuasa.
Jadi; bagaimana kita mampu mengatakan dunia ini milik kita; melalaikan kita, mahu sesat dalam terang. Dan terangsang dalam gelap mata hati?
Kalau ada yang begitu; tegur se-hikmahnya. Kasi tau dia, tiada apa yang kekal; melainkan iman yang Maha Esa mahu kita tunjukkan ke akhirat.
Yang lain; macam bukit pasir saja; sampai masa, dushhhhh {hilang}

10 comments:

Anonymous said...

Salam

terima kasih byk AJ
:)

YM

AJ Nismihan said...

YM
aku kan kawan hang jugak :)
wish you the best life granted by Allah.
Ameen

Adeqq said...

Tiada apa yang sempurna selain Allah.

Sekadar mahu berkongsi:

"Aku memohon kekuatan,
Allah berikan aku kesusahan untuk buatkan aku kuat,

Aku memohon kebijaksanaan,
Allah berikan aku masalah untuk aku selesaikan,

Aku memohon kasih sayang,
Allah berikan aku orang yang bermasalah untuk aku bantu,

Aku memohon keberanian,
Allah berikan aku halangan untuk aku hadapi,

Mungkin aku terima benda yang aku tidak mahukan,
Tetapi aku menerima semua yang aku perlukan."

^_____^

Anonymous said...

AJ

emel aku sat

yusuf2say@gmail.com


YM

nasikputeh said...

harap aku tak macam bukit pasir.. hilang bila sampai masa..

tak jugak macam dataran lumpur yang menenggelamkan orang lain dlm kekotoran...

moga kita tak hanyut dalam lalaian sendiri...

محمد فردوس سعد said...

salam..

dan manusia yg merasa diri sempurna..masih tidak sempurna sebenarnya..kerana kesempurnaan hanya milik Tuhan agung..Allah swt

salam ziarah =)

Seroja Jingga said...

kita tak kan pernah sempurna..hanya DIA yang kekal. terima kasih atas ingatan ini AJ

AJ Nismihan said...

nasikputeh
hanyut dalam lalaian sendiri?
susah tu nasikputeh oi.
melalaikan = memabukkan.
apa saja yang melalaikan hidup adalah disaster; no matter how big are they.
prevention is better than KIOK rite?

Mohd Firdaus Saad
ya. perasaan sempurna itu sebenarnya syaitan kecil dalam hati. bila 'dia' datang, pertimbang jadi rosak dengan emosi; dan iri hati dengki jadi saksi ketawa sebuah kemusnahan kecil kehidupan.
dan untuk kita; berpesan-pesan dengan ilmiah secubit dua nih kan :)
thanks for the ziarah.
insya'Allah aku ke 'rumah' mu nanti.

SJ
ya, takkan pernah. benar2takkan pernah.
dan kita kawan kan; maka kamu ingatkan aku dengan kata2hikmah jugalah nanti; kalau aku tergelincir dari landasan benar. ya, aku sendiri manusia yang kadang-kadangnya penat dan terlelap dalam hidup. ya, aku benar-benar seorang dari jutaan yang biasa lain.

f.a.r.a.h said...

bro. saya rasa kadang2 malu dengan Dia. Bilamana ade problem baru nanges2 mintak pertolongan. tapi, dengan sape je lagi boleh mintak pertolongan selain dari-Nya kan. Anyway, it's a nice entry bro. ;)

AJ Nismihan said...

f.a.r.a.h
paling-paling tidak, ada juga gentar hati nak sujud pada Maha Esa bukan?
itu lebih baik dari hanyut dalam mainan perasaan syaitonirrajim yang kemudian lebih menghanyutkan.
tapi; lebih baik kalau mampu jadikan malu itu pemangkin untuk kita juga dekat dengan Allah dalam senang kita, ye tak?
and for the entry, it is all about sharing. thanks for drop by here too :)