Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 12 March 2010

Andaikan aku duit lima puluh sen itu; bagaikan aku duit lima puluh sen itu; ya itu saja



Andai hidup ini seindah pelangi, pasti bercahaya sahaja dunia ini dengan estetika cinta
Tapi realiti ini
Hidup ini bagaikan indah pelangi; indahnya dia jarang ada; kerana hanya panas yang sering menjengah. Tapi, sekali datang seluruhnya tergamam seketika dan menikmati indah yang seketika itu; sebelum semuanya berlalu dan panas serta suram datang meraja semula.

Andai hidup ini umpama puteri; pasti kita gak hidup di jamu dan di megah2jelata yang taat
Tapi realiti ini
Hidup ini sendiri sudah umpama putera dan puteri; sekalian ummah mengharapkan sesuatu dari kita (samada kita ada atau tidak); semuanya anggap kita cukup kaya dan gah, sehingga tidak ada cacat celanya (sedangkan kita sendiri lemah dan tersungkur dalam diri; menangis mencari diri yang sebenar); semuanya di luar mencaci kita tentang dasar dan peraturan (sedang kita sendiri pun masih terkial-kial dengan kewujudannya).

Andai hidup ini umpama burung; kan mudah terbang meneroka awan tanpa kalut2benci pada sesak dan kesesakan Bandar.
Tapi realiti ini
Hidup ini sendiri seperti burung; kita berkicau di awal pagi, mengomel tentang hidup; melilau di ruang angkasa mencari rezeki di mana saja yang kita sendiri tidak pernah yakin ada; berjaga-jaga dengan ancaman yang tak pernah nampak (barangkali ada saja kapal terbang dan peluru-peluru sasar mencari kamu).

Jadi bagaimana?
Kamu bisa berkhayal dengan indahnya hidup dalam 'andai' kamu; atau terus berjuang dalam hidup realiti yang penuh dengan 'bagai' itu dan 'bagai' ini.
Kita sudah cukup besar untuk berfikir; tapi kadang-kadang terlalu besar hingga angkuh dan emosi yang menjadi acu fikir; tentu saja tindak mu mabuk dengan emosi bukan?
Footnote:
Ada bisik-bisik yang singgah bertanya; kenapa banyak sangat metafora yang aku nak cipta.
Depa silap. Bukan aku yang cipta. Semua ciptaan-Nya yang Maha Mengetahui.
Aku cuma pandang.
Pandang dari sisi hidup ini penuh dengan 'bagai' dan 'bagai-bagai' yang selalunya 'andai' dan 'andai-andai' itu ada wujud di sisi sebelah lain.
Anggap lah dua ini ibarat dua sisi lain pada duit syiling 50sen. Tak pernah ada persamaan mahupun bersua muka, tapi masih hidup seiringan; selamanya.

[credit picture]

10 comments:

jane said...

love those words~
































metafora~
sesuatu yg buat kita tenang
kadang2 dan jarang2

lumut said...

metafora buat kau berfikir sebelum dpt maksudnya...x gitu?hehe

faridahanum-mals-nak-sign-in said...

footnote itu sangat bermakna,seringkali aku katakan bukan? renung dan tenung. alam simpan seribu ilham =)

aku kirimkan badge bendera msia pada teman yang pulang bercuti. dan pagi tadi dia SMS tanya, mahu yang kecil 20 sen atau besar 50 sen. aku jawab "50 sen ah".. aku tak tahu apa signifikannya dengan entri kau.tapi entah,saja mahu cerita[sudah lama aku tak menaip panjang2=(]

e. indah said...

walhal tulisan hidup kita adalah metafora...makna bukan pada pencarian, tapi perjalanan ...

░♥si lampu neon♥░ said...

setiap org ada sudut pandangan yang berbeza .. dalam meluahkan ayat juga tampak perbezaanya.. itu warna warni kehidupan.

i'msosupernotcool said...

kadang aku lagik prefer untuk tidak ketahui apa maksud metafora itu..
sebab aku takut aku salah..
jadi aku abaikan footnote kau aj..
haha..

owh.. yang di atas ni ada jugak metaforanye..
aku rasa.. ntah la..

AJ Nismihan said...

jane
bergantung setenang mana yang kita mahukan. metafora itu sendiri boleh jadi apa saja. dan aku sendiri gemar hidup dalam metafora; yang aku sendiri tak tahu mengapa.

lumut
untuk kali ini, aku pun setuju :)

faridahanum-yang-sudah-dekat-dengan-vaio-baru-tuh
1000? ah mungkin saja berjuta lagi banyak. hidup ini kan berjuta persoalan dan singkapanya?
setem 50? cukuplah kalau amalkan yang 5 itu dalam amalan kita untuk dekat dengan negara. 5 rukun iman. 5 rukunnegara.

e.indah
wah ini sendiri satu metafora. thanks e.indah :)

░♥si lampu neon♥░
tapi warna warni aku hanya ada dua warna. yang hitam dan yang putih. cuma kadnagnya hitam itu tak cukup hitam dan putih itu tidak cukup putihnya.
argh, itu sendiri sudut pandang aku yang berbeza barangkali.

i'msosupernotcool
terpulang. hidup ini yang jelasnya ad reality, dan sudut reality kita berbeza2.
aku suka pada metafora, sebab aku si bayang2dalam hidup nyata.
dan kamu sendiri pejuang yang pandang realiti itu sendiri realiti nyata. jadi kita berdua tidak sepenuhnya salah mahupun betul. berjuang dalam sudut sisi kita sendiri.
err.
wei, awat lama sangat hang tak update nih. bosan doh.
drop those L from your world and keep on drop them here.
nanti la, aku pi shahlam belanja hang makan nasi lemak 2am dekat hakim seksen 7 lama yer.

CinTa Lea IxoRa said...

susah nak faham sbb sy jenis straight to d point punye orang... hehe

AJ Nismihan said...

CinTa Lea IxoRa
ya, hidup ni sebenarnya mudah, cuma aku lebih suka melihatnya dari susur2galur yang susah. supaya sedar yang sebenarnya hidup kita sudah cukup mudah berbnading orang lain.
ops, sekali lagi tidak straight to the point.
sorry for that :)

AJ Nismihan said...

Jane, kalau betul hang dapat notification dari sini, please contact me at my email.

AJ Nismihan