Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 29 March 2010

Bukan jalan ini saja yang ada lubang, sana juga ada..

Ada orang bertanya pada aku "apa yang lebih indah dari menyusun bunga-bunga kasih menjadi pelangi di kala taman-taman hati penuh dengan rama-rama yang berkicau ibarat burung terbang"
Jawapan aku mudah.
"Hidup lebih indah bila kita bangun dari satu kejatuhan hidup, dan kita tekad untuk terus berdiri kuat; dan tidak akan lagi jatuh di situ".
Dan sememangnya itu lebih indah dari segalanya.
Memang indah.

ia begini. Kamu sudah pernah ada pelangi. Esok lusa kamu minta pelangi yang lain. Dan yang lain lagi untuk minggu-minggu lain. Nikmat hati akan jadi pudar bila hanya pelangi yang sama yang datang sebagai hantaran hidup ini. Nanti, rasa bosan akan jadi pengisi dan indah hidup tentu saja jadi tiada-apa-apa.

Tapi kalau hidup ini kamu tahu pasang surutnya. Kamu jatuh dan kemudian bagun. Minggu-minggu depan kamu jatuh di bonggol lain di jalan yang lain, kamu akan lebih menghargai satu-satu pelangi itu; amat-amat menghargainya; walaupun ia hanya ada buat pandangan kamu seminit dua. Kan indah begitu.

dan lagi satu.

kamu akan sedar bahawa Allah itu sentiasa ada kala kamu susah; dan sentiasa beri kamu sedikit harapan ketika dunia berkata kamu 'completely damaged'.

kan hidup ini ciptaan Allah, dan Allah tentu saja bisa mencipta kejutan dan magika lebih dari jangkauan kita?

Jadi, nikmatilah hidup dengan cara dan acuan Maha Esa, sebab esok lusa; bila di duga; jalan Maha Kuasa itu juga jalan yang kita kena pilih.

Oh, buat seketika. Biar aku pejamkan mata dan memandang pelangi itu. Ya, di depan mata aku ini. Mungkin lusa ia akan hilang. Dan aku perlu berjalan lagi untuk mencari pelangi baru.

Salam untuk semua. Permisi.

6 comments:

wong ah ian said...

walaupon aku pening2 bace ayat ko ni tp rasenye aku dpt output yg ko cube sampaikan..sentiase brsyukur ngan ape yg kite ade..jgn putus asa..jgn tinggal smayang..betul x?..ke salah..haha

KERAK NASI said...

hidup hanya pinjaman

norfaridahanum said...

untuk orang muda macam aq,bila setia dipersia,jasad lumpuh,jiwa luluh.Aku kira itu satu kejatuhan hidup juga.
Tapi kini,bila ada yang datang bawa warna pelangi,seri kembali.macam kau,aq pun mahu nikmati pelangi ini,tapi masih ada takut2 kalau2 pelangi ini juga sementara. apatah lagi,pelangi tak pernah tahu hadirnya cukup untuk buat hidup aq indah sekali.ah AJ,apa ni?

p/s:Google translator cakap "this page is Indonesian language".HAHAH!barangkali kerana perkataan Permisi itu.huhu!

AJ Nismihan said...

ian
ha'a. syukur dengan belen2nafas yang tinggal dalam lipatan kehidupan kita. dan tentu saja syukur itu tandanya patuh pada Maha Pencipta yand satu kan?
Jadi kamu itu sendiri benar dengan telahan kamu.

Wawa
jadi, pandai2lah kita membayar pinjaman itu kembali pada Maha Esa. Allah tak pernah mintak interest dengan apa yang di pinjamkan pada kita, Allah cuma mintak kita tahu taraf ke-hamba-an kita dan tanggungjwab kita; itu jer; itu jer pun dah cukup besar; dan kita sudah cukup lupa. Aduh, lupa la.

Dr anum
Kejatuhan hidup itu hadir untuk kita bangun dan cari jalan baru untuk lebih kuat. Dan tentu saja pelangi yang datang menjengah hidup ini cuma sementara; kerana hidup ini sendiri pelantaranya bersifat sementara. dan kita juga sementara.
Cuma,
Untuk detik2yang indah berbaki itu, kita nikmatinya dengan cara Maha Kuasa. dan tentu saja kita bisa bahagia.
p/s: waduh, kapan aku di tafsiri sebagi jiwa indonesia. Aku; rasanya, cukup dengan bahasa ibonda aku. Waduh, capek beginih. (erk, lepas nih nak jadi orang banglore pulak la :))

alhena said...

misi dalam hidup, bukanlah untuk menyelesaikan masalah. tapi.. untuk merasa bahagia dalam apa jua keadaan, kerana.. masalah tetap akan datang dan pergi :)

AJ Nismihan said...

alhena
Ha, yang ni aku suka.
hehe kan bagus kalau kita sume pikir macam tuh. Tapi nak buat macamana, kita sendiri sentiasa mencari kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan hidup ni; macamana nak jumpa!
anyway, thanks alhena