Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 26 March 2010

Aku; mahu jadi aku sendiri

Seminggu aku tak update blog. Aku pun tak sangka aku boleh se-tahan itu. Maap la, dunia realiti aku (yang lebih realiti dari rancangan realiti tv 14' dekat rumah tu) sangat menyesakkan. Banyak benda nak dikejarkan sebelum rabu minggu depan; hari akhir aku dekat kilang nih. Tapi, sibuk-sibuk pun, aku blogwalking gak sekali sekala; nak lepaskan panas2kepala otak sikit. Siap kadang tuh tulis komen lagi panjang dari entri tuan rumah; mau esok lusa kena maki hamun keluar dari blog aku nih. Maap la ya angpa semua.

Hmm sudahlah pasal tu.
Ini satu; percaya atau tidak, aku sebenarnya seorang 'ignorant' sukses.

Maksud aku?
Aku tak berapa kisah apa orang cakap. Kadang2aku memang tak kisah langsung. Asalkan aku tau aku buat itu 'sebab apa' dan aku sanggup taggung apa-apa yang 'bakal' terjadi, itu sudah cukup untuk buatkan aku jadi 'telinga kebal'.

Alasan aku mudah saja. Aku mahu jadi macamana 'aku' yang aku pilih; dan kalau itu bukan apa yang 'orang lain' mahu. Anggap saja aku peminat musik asli dan kamu peminat underground hardcore music; atau sebaliknya; dan kita tak akan sama. Jadi, pilihlah; kalau suka, stay; kalau tak suka, blah.

12 comments:

Husna Hadzarami said...

komen komen kau memang panjang, tapi entah kenapa setiap kali aku buat entri baru aku memang tertunggu tunggu komen dari kau. haha. dont worry, every single word yang kau bagi memang aku baca and aku appreciate. good to be yourself, okay! :)

wong ah ian said...

ignorant suksess?..aku suke pulak denga sbb aku pon camtu kot..mari ignore sume bnda..haha

adila said...

aku telinga tak kebal.kadang2 lebih suka ikut telunjuk orang..lebih mementingkan persepsi orang..umm,teruk kan..?

hehe..

pasal komen kat blog panjang2 tu tak jadi masalah kot..tuan blog lagi suka kot..

=)

AJ Nismihan said...

una
kalau hang tak baca sedih aku, huhu :(
hehe, nak menggatal lah tuh. maap encik hanis, aku tak mau kacau hang punya "i'am yours".
ala aku drop komen pun kalau aku suka entry tuh.kalau ada benda yang aku nak cakap/tulis. dan aku pun bukan follow banyak blog pun, so yang sekerat dua aku follow tuh aku lenjan betul2la bila komen (walhal blog aku sendiri aku tak update.aiseh)...
hehe.
sebenarnya, aku pun dah anggap hang ni macam adik aku la una. so, kadang2rasa macam terpanggil nak nasihat hang sikit2.hanis pun dah macam kawan aku gak, ye tak hanis?
and for sure, i will always be as who i wish i am :)

ian
meh.meh ramai2 kita jadi ignorant. ala bukan sumer orang pandai pun. kalau nak dengar cakap sumer orang, mati la wor. sat nak jadi polis, sat nak jadi perampok, lepas tu jadi najis. kan susah. jadi apa yang kita suka kan senang; paling2tidak pun kita suka; orang lain, lantak depa la, ni hidup kita.

Adila Ady
aku telinga tak kebal la. sebab kalau kena lempang masih sakit dan kemerah-merahan. tapi kalau setakat sound bingit2 dan perli satu macam, yang tuh aku buat bodoh jer. sebab; aku lagi jahat mulut kalau depa nak!
pasal komen panjang2 aku tak boleh nak ubat dah.tu penyakit aku sejak kecik lagi. cikgu suruh tulis karangan 250 patah perkataan, aku tulis 300lebih, itu tak kira lagi perkataan yang aku patah2kan lagi, aduh la..

beautiful_rose said...

tak perlu menjadi boneka kepada orang lain.jadi diri sendiri itu lebih baik.1 masa dulu aku juga pernah alami perasaan menjadi boneka kepada orang lain.terlalu kisahkan cakap orang samp;ai akhirnya aku tersalah membuat keputusan dalam hidup aku.dan padah yang aku terima sampai sekarang aku merasa betapa ruginya masa2 lalu yang aku habiskan dengan mendengar kata2 orang saja.

pengajaran dari itu telah menjadikan aku seorang yang adakalanya tidak berperasaan dan berhati kering.adakah aku akan di persalahkan membuat tindakkan begini?

AJ Nismihan said...

beautiful_rose
latar belakang kita tentu saja berbeza, dan dengan itu susur galur pembesaran kita, sakit perit hidup kita dan tipu daya yang kita tempuh pasti saja berbeza dengan naskhah yang lain. mungkin ada satu dua bab hidup yang sama; tap ikeseluruhanya tetap berbeza. dengan itu, kita akan membesar menjadi seorang yang berbeza. jadi, jangan salahkan orang lain, andai perspektif pandang mereka tidak senada dengan kita. tisak salah siapa-siapa untuk itu.

dan salahkah kamu menjadi sekering batu itu?
selagi kamu belum terkeluar dari landasan tuntutan Maha Esa, jalan-jalan kamu masih benar, bagi aku. Mungkin saja bosan dunia ini kalau semua berhati basahan dan tidak pernah wujud hati kering, ye tak? biarlah variasi dunia ini dengan warna2hati manusia, dan sebolehnya, kita selesa menjadi diri kita; dan kita sentiasa sedia menerima nikmat dan akibat itu. andai kamu itu memilih menjadi itu, jadilah. sekurang2nya kamu bahagia, bukan?

alhena said...

assalamualaikum tuan rumah,
entry yg sangat menarik.sy adakalanya menangguk di dapan..tp..tak buat di belakang. adakah itu juga tergolong dalam ignorant sukses? hehehe

AJ Nismihan said...

alhena
Thanks for the compliment.Aku hanya seorang dari penulis-penulis tepi jalan yang sekadar mencari ruang melepas perasaan; itu saja.

Anyway, it is best if you can say 'No', rather than nod-then-ignore. Let them know what-we-feel is the best way of communication rather than let them know disappoint-from-our-action-and-guess-what-we-thought. Sour relationship is really not as great as sweet-sour-talapia. Trust me on that!

R.S.A.L said...

hahhahaa

aku suka ayat ko "dan kita tak akan sama. Jadi, pilihlah; kalau suka, stay; kalau tak suka, blah. "

betul..kadang2 sebab kita nak org suka kita, kita sanggup menukar diri kita jadik orang lain..ikot acuan orang lain semata-mata mahu jadi femes...

letih sebenarnya bile berkeadaan begitu..baik jd dirik sendirik..orang sekeliling terima la kalo suka atau tidak pun kan?

keep it up bro!~

AJ Nismihan said...

R.S.A.L
pentas hidup ini cukup besar dan menjangkaui masa. penatlah kalau asyik nak berlakon menjadi seseorang lain dari diri sendiri.
Lebih baik selamba kadok jadi diri sendiri. jadi orang yang cuma kita kenal lebih dari yang lain. kalau diri sendiri tak cukup baik, muhasabah dan berubah lah. sebab nanti, yang di syurgakan mahupun yang dinerakakan adalah diri kita sendiri.
dan untuk kamu, terima kasih kerana berkongsi di sini :)

Miss Aidan said...

No prob bro..
aku mmg suka menyibuk kat blog orang..
membaca buat aku jadi segar...
=)

AJ Nismihan said...

R.S.A.L
oh, untuk membaca, memang aku galakkan datang.
Cuma, maaflah kalau bahan bacaan aku tak berilmiah mana. Ini cuma satu perkongsian pemikiran dan pengalaman. Tentu saja aku tak sepenuhnya benar, tapi masih ada sebucit dua ilmu yang kalian boleh pinjam kan :)
Alhamdulillah.