Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 3 March 2010

Ini entri bilik mandi. entri basah-basahan kosong. entri kosong



Embun pagi sejuk lagi.
Air pili dalam bilik air pun sejuk lagi. Sampai malas nak bangun mandi tuh dah jadi sesi wajib kita pagi-pagi.

Orang tua pesan, mandi pagi kena mula jirus dari bawah dulu Jirus kaki. Biar sejuk kaki dulu. Bila dah panas tuh habis naik, baru mandi betul-betul. Depa kata nak mengelak dari badan kita tekejut. Yelah, tiba2pulak kena jirus air sejuk pepagi.
Sebenarnya, kalau jirus kaki dulu, wap2badan kita yang panas akan 'lari' pi naik ke kepala hotak. Bagi kita segar sikit. Kan hukum udara panas tuh ringan banding dengan udara sejuk. Yang panas tentu naik ke atas. Jadi kalau gatai gak mandi jurus pala dulu, sat lagi; lima nam minit, kepala tuh dok rasa 'bengang' lagi; hangat. Tak caya? Try la.

Tapi time nak bersabun lain. Kena sabun atas dulu. Kendian baru turun bawah. Sama gak macam nak jirus sabun; mula dari atas, kendian turun jirus ke bawah. Nape? Sebab karang kalau jirus bawah dulu, kan dah susah nak jirus tiga pat kali; sebab sabun kat atas dok turun kasi kotor itu kaki. Tak effective la.
Simple je kan.
***pause***
[so?]
detik hati pengunjung blog nih. Mencari apa signifikasi entry bengong ini. Ya memang bengong. Sapa-sapa saja pasti tau cara nak mandi apa?persetan saja lah

***pause***
Jawapan aku
Memang tak ada apa.
Ini memang pasal bilik air saja. Sembang-sembang kosong di kedai kopi. Salah kah?

Footnote:
Hidup ini penuh dengan metafora. Tiap satu perilaku kita sebenarnya turutnya selari dengan hukum Allam. Hukum yang Allah ya Rabbi tentukan.
Sama juga dengan hikmah basahan pagi ini.
Ia satu pengajaran.
bayangkan begini; mahu saja kita sedarkan sesuatu organisasi itu (organisasi?ya badan kita organisasi yang kompleks.sangat-shopping-kompleks!) kita kena mulakan kan dari akar umbi. Kena sebarkan kesedaran itu pelahan2ke atas. Takut kalau terus-terus kita ke atas, nanti jadi bahan gelak diaorang jer!
bayangkan lagi, setiap kali kita nak 'bersih'-kan anasir kotor dan najis dari satu organisasi (organisasi lagi?), kita kena mulakan dari atas. Biar yang atas bersih dulu, baru yang bawah ikut bersih!
Organisasi itu boleh jadi apa saja. Family kita; Sekolah kita; Pejabat kita; Masyarakat kita; Negara kita; Dunia kita!
Ops, sorry, ini entry bilik mandi. Jadi aku sebolehnya tidak mahu berfikir. Aku cuma mahu sikit kesegaran disini.

(credit pic1 dan pic2)

12 comments:

e. indah said...

nice entri ..
yups dunia penuh metafora
tafsiran pada individu

MANATRAHDAZZLE said...

mandi itu juga satu nikmat.
kena bersyukur

Husna Hadzarami said...

meaningful!
perlu dibaca oleh semua orang ni, sebab semua orang mesti ada sesuatu untuk dipertanggungjawabkan..
bersihkan diri dulu sebelum cuba membersihkan orang di bawah tanggungjawabnya..

btw, atas sekali tu gambar kau ke?

AJ Nismihan said...

e. indah
ya, metafora itu tafsiran individu.
tafsiran makna dan aturcara kehidupan dari pandangan setiap insan; pasti saja ada pandangan yang berbza; sama saja dengan berbezanya latar belakang kehidupan kita.
dari satu lagi sudut; setiap perilaku kita di dalam hidup ini sebenarnya ada makna tersirat nya.

MANATRAHDAZZLE
ya benar tuh.mandi itu satu nikmat; kerana kita ada kesempatan untuk itu; ada lagi nafas untuk itu dan pastinya ada lagi ketenangan untuk itu.
wah, banyak saja benda yang boleh kita syukuri bukan?

husna hadzarami
kita ini sendiri khalifah pada arah tuju kita; setidak tidaknya. bersih hati itu kunci untuk bersihnya tindakan kita. aku sendiri masih jauh dari kebersihan itu; dan pasti saja aku cuba untuk terus terusan ke situ.
macam pernah aku katakan;aku masih lagi ketam yang cuba berlajar untuk berjalan lurus.

dan
gambar itu, tentu saja bukan gambar aku.ada dua keping je gambar aku dekat blog nih.satu di salah sebuah entri lepas2, lagi satu di header.itu saja :)

larasephia said...

org kata kalau kita ni jenis manusia yang selalu ikut aturan dan hukum of nature kita akan jadi almost sempurna. Insyallah hidup kita akan stabil, "steady" , takkan selalu dirundung masaalah.

tapi setengah org plak kata kalau kita ni jenis manusia, yang org utara kata "hat dok turut ja" kita akan end up jadi individu yang typical, yg conservative,hidup kita akan selalu "tight" dan bosan.



jadi kita nak dgr yg mana?..kalau kita dok dengaq kata depa2 ja,masa bila kita nak dengaq suara hati kita sendiri? titik tolaknya, kita nie lah yang nak menghidupkan hidup kita, jadi kita la yang perlu jadi kayu api dan api tak pun penunu bunsen. (apa kao merepek nie labu)

kalau sepanjang hidup we want to be bothered by others' views, we'll end up a nobody. A body without soul.. or at least thats what I thought la kan.

bagus entry kamu nie AJ. terasa segar sikit kepala otak yang tengah bengong2 (sbb td tersilap jirus kepala dulu)

:)

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

yup~ metafora tuk kita jalani life ni dengan berhemah~
tp tuk zaman moden ni sesuai lagi kah dengan metafora lama itu?

yang baek jadikan teladan~

Muhammad Hanis said...

Gambar lembu kene jirus air ni memang stailo. Aku taknak komen sangat entry kali ni sebab speechless la. Btw, nice entry

Jard The Great said...

ku dtg sini setelah membaca komen yg penuh inspirasi kat blog lumut.. =)

AJ Nismihan said...

larasephia
aku jenis yang ikut saja ketentuan masa.aku sendiri tak pernah ada cita-cita yang aku kejar.bagi aku, hidup ni jangan susahkan orang sudah.kalau orang susah,sikit2aku dah dapat tulun pun cukup nikmat dah.ini saja.
dan semestinya, hidup aku tidaklah segah mana; bosan? mungkin pada korang.
so nak dengar yang man?
dengar kata hati jer.kadang2hati kita lebih tahu.tapi, sesungguhnya Allah lebih mengetahuikan. Maha Mengetahui. So ikutlah kata hati selagi tak pergi dari Allah.Orang lain? ah lantak kan saja.
Hidup kena gembira.Tapi bukan gembira buta tuli; gembira kita beradat beragama.
Itu saja

laen kali mandi lambat lagi, tu yang bengong tuh!anak dara kena mandi awal.(habis teruna boleh mandi lambat ker?)


♠☠♠ayudeadwish♠☠♠
bagi aku, metafora hidup itu pandangan kita pada dunia dari kaca mata kita sendiri.lama atau baru; itu bukan soal nya. kita sendiri yang tahu apa yang patut dan apa yang tidak, bukan?
kalau ada yang salah, betulkan
kalau ada yang betul, sebarkan
ya betul, yang baek jadi teladan
yang setan jadi batasan.

muhammad hanis
aku teringin nak capture sendiri gambar2seni macam tuh, tapi nak buat macamana, aku bukan budak seni. aku tak cukup kretif.aku budak akaun yang dok dalam kotak pemikiran sendiri jer.
apapun, credit gambar yang baik tuh pada tuan nya :)
memang stailo :)

jard the great
aku sendiri sentiasa menjengah entri2lumut.ada saja lumut2yang berkesan dalam diri bila ke sana.
apapun, terima kasih sebab menjengah gak kat sini.
tak ada apa sangat dekat blog nih. ini cuma ruang aku menjerit bila penat, dan menangis bila perlu :)

e. indah said...

akue saja kunjung balik kat sini ...
melihat2 tulisan AJ yang panjang2 ..maka kamu mmg nyata sgt suka menulis ..
**sedang tadi terlihat kamu komen d blog blogger lain ..
ayat2 bleh layan ...

shazruls said...

skrg mandi pkai shower(konsep air ujan) tp lebih selesa pkai gayong...mmg menyegarkan

AJ Nismihan said...

e. indah
setiap komen, aku mesti komen balik atas kata-kata si pengomen. jadi, amatlah di galakkan untuk datang balik tengok apa aku tulis.yang pasti, semua orang ada pandangan sendiri untuk setiap isu bukan?
(slalunya aku click button follow up comments jer)
suka menulis?erk boleh jadi
mungkin 'menulis dengan penuh emosi' lebih sesuai kot.
nak tulis pendek pun TERtulis panjang.
dah jadi tabiat.dah jadi penyakit.
huhu
lagi satu, aku juga suka berkunjung di laman kawan2.banyak lagi pengalaman dunia yang aku ketandusan;jadi membaca juga membantu untuk itu :)
alamak, dah terpanjang lagi.
sigh

shazruls
shower pun boleh huluq kaki dulu apa.
sama jer.
metafora hidup macam tu jugak.
cuma zaman merubah macamana kita praktikkannya.
aku pun mandi hujan gak.
cuma hujan tipu2nih tak ada pelangi bukan?