Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 19 March 2010

Aku hanya ada ‘kalau’; tolonglah jika pada kamu ada ‘jawapannya’


Dalam setandan; ada saja sesikat dua yang rosak
Rosak yang jauhkan nafsu-nafsu selera jiwa untuk menjamahnya
Lalu di biar sesikat dua itu hitam busuk di situ

Sedangkan akal itu gunanya berfikir dengan kejadian
Menilai dengan hati; mendalam dengan jiwa, agar emosi bukan jadi raja
Dan rosak sesikat itu bukan suruh kita mem-batu; dan tunggu kulat2masam menjadi garam-garam dalam minuman; yang mana pasti bukan lagi manis; semanis yang kita pernah impi mimpikan.

Ingin saja aku jadi tangan-tangan besar yang bisa asingkan ulas-ulas rosak dari sistem saraf-saraf setandan itu:
Biar keluar benih-benih rosak jiwa itu; dan tentu saja aku relakan sikat-sikat di tandan itu rongak lihatnya; dan tentu bukan rosak ranum!
Tapi, itu hanya 'kalau'; dan aku sendiri tahu 'kalau' itu belum cukup jadikan aku adiwira sebenar

Ah, rosak lagi:
Dan dari jauh, aku cuma berharap ada lagi hati-hati yang bisa lintas jiwanya seperti aku; biarpun sedetik
Agar yang sesikat dua rosak itu di asing jauh; dan bebaskan setandan yang lain dari onar-onar gelap perasaan

Dan satu lagi;
Ini dunia reality:
yang aku hanya mampu; berdoa; Maha Besar lebih tahu semuanya

Kaki-kaki-nota-aku
setiap yang busuk itu akan kekal busuk sebelum ada usaha yang bisa merawatnya. Dan tentu saja sakit itu; apa saja bentuknya; adalah satu rasa yang busuk; benar-benar busuk; sebelum kita mampu menilai kenapa sakit itu datang; lebih-lebih lagi kenapa pada kita sakit itu datang!

12 comments:

gds said...

nice writings.
love it

beautiful_rose said...

sungguh puitis kata2 kau.buatkan aku teruja!

cik CumeY said...

:)

as always...

selalu buat cc kuat di sini

:)

cik CumeY said...

salam

oh..sudah link kan kamu...

sbb cc suke..

Poppycock said...

Awat tukar link tak habaq? nasib baik aku jumpa link ni.

░♥si lampu neon♥░ said...

aku harap lepas ni ko tukar link 100 kali lagi ok beb?

huh~

kalau lah ada ubat seperti panadol..kalau kita telan je...semua yang hitam boleh jadi putih..

hebat tak?

AJ Nismihan said...

i_am_the_KING
thanks for the compliment; and thanks for coming
do come again, and again

beautiful_rose
aku hanya penconteng kotak2kosong sambil menunggu bas datang :)
time kasih datang :)

cik Cumey
you strong enough without this la cc :)
anyway thanks linkan page nih

Muhammad Hanis
ala lambat laun hang tau gak.aku kan dah jadi pengunjung tetap blog engineer nih.
:)

░♥si lampu neon♥░
seek and found.
ala cikgu nih. kalau aku sengaja nak lari dari korang2sumer aku tak pi la jengah blog korang langsung; atau jadi anon jer.
kadang2aku jadi sengal dan sengal2itu buatkan aku buat perkara yang aku tak berapa pasti.
tapi, cantik tak blog baru nih?
no picture dalam post; dan tak der gambar gemok aku. hehe

norfaridahanum said...

ouch!ayat akhir tuh,aq terasa...
ini bukan ulasan,lebih pada kongsi pengalaman.

saat doktor diagnosis sakit aq sebagai "mitral valve prolapse",aq meroyan gaban juga pada awalnya.susah nak terima sebab dari kecil aq sangat health conscious.even parents aq pun terkejut sebab kata mereka dari kecil aq mmg bukan anak yang banyak sakit2=(((((((((((
tapi kemudiannya,aq memujuk diri sendiri dgn berkata "andai ada yang perlu aq bayar atas khilaf dosa,biarlah atas dunia saja.akhirat aq mahu bahagia".
sakit ini buat aq sedar yang mati itu memang boleh berlaku bila2 masa,asal saja giliran ajal kita yang diseru Lohmahfudz.

AJ Nismihan said...

Dr Anum
"andai ada yang perlu aq bayar atas khilaf dosa,biarlah atas dunia saja.akhirat aq mahu bahagia"
yang ni aku suka.
memang suka.
Allah itu maha mengetahui bukan?
Dan mesti saja ada hikmahnya semua ini jadi pada kamu; dan pada yang lain.
Sekurang2nya kita lebih sedar mati itu dekat; dan bila-bila akan tiba. Lebih sedar dari orang2yang ajalnya esok lusa tapi hidupnya masih leka, bukan?
dan sekurang-kurangnya, kita lebih menghargai saki baki nyawa yang tinggal, bukan?
Semoga Allah memberkati kamu ya sister.

norfaridahanum said...

ah sudah,yang kamu suka itu ada pengaruh kamu juga bro.thanks!aq sekadar mahu menitipkan kata2 untuk perkongsian.tapi setiap kali ke blog kamu memang hasilnya jadi begitu =)

yups,sekarang aku melihat dunia ini betul2 satu persinggahan.setelah 20 tahun berjalan atasnya baru nak sedar.harap masih belum terlambat.amin

putihpurple said...

salam...
thanx for the beday wish..
sori la xde kaitan ngn entry..
aku xtau nk tulis kat mane kt blog ko nih..hehe~
nway thanx a lot tuk doa tu..
^_^

May Alah bless u!!

AJ Nismihan said...

norfaridahanum
aku rasa, kamu lebih dari itu. lebih dari satu pengaruh aku. kamu sendiri lebihbagus dari aku. Ya, yang tu aku yakin la Dr. Anum. Cuma kamu yang pandang rendah dengan diri kamu sendiri. Serius. Memang serius!

putihpurple
tak apa. hmm aku kena consider nak buat shoutmix ke chatbox ker, kan? hehe