Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 26 April 2010

“Mamak, kasi satu roti canai kosong, satu air kosong”

Itu jer yang aku mampu.

Kalau duit aku makin dekat dengan kosong, jamahan aku pun dah makin banyak kosong-kosongnya. Tak apalah, kosong-kosong ini lebih berisi dari tidak ada apa; dan tentu saja lebih besar nilainya dari buncit-buncit duit babi-babi menyondol di bawah-bawah meja!

Semu orang tahu; dalam segelas jernih air kosong itu; tidak ada diabetesnya, tidak ada ’angin’nya dan seboleh-bolehnya lebih yakin kita dengan halal dari keharamannya. Kan itu lebih baik dari berkaton-katon air ’kerat kaki’ yang lebih kerap kita jadikan pilihan. Yang kita nampak; manisnya saja.
Yang lain? Kabur. Buat-buat kabur.
Ya, sama saja seperti kita buat-buat lupa dengan kubur.

Gelas-gelas kosong ka, manis ka, payau ka, kita yang pilih. Duit kita, hidup kita.
Kehidupan pun begitu juga. Usaha kita, pilihan kita.

10 comments:

alhena said...

yup. setuju dengan kamu. hidup ini satu pilihan. dan kitalah yang menentukannya. kita bertanggungjawab atas pilihan yang kita buat :)

i'msosupernotcool said...

dan aku pilih untuk terus hidup dalam dunia aku..
jadi biarkan..


hai aj..
lame x menyinggah kat sini..
owh.. aku dah balik nih..
aku akan aktif menulis kembali lepas ni..
Insya'Allah..

norfaridahanum said...

secara santai anda sentap jiwa2 yg leka...harapnya..

AJ Nismihan said...

alhena
betul tuh alhena. kita yang pilih jalan mana yang kita tuju bukan? Thanks for the clarification :)

i'msosupernotcool
selagi dunia yang tidak gelap dan hilang dari jalur-jalur yang benar; aku setujukan saja pilihan kamu. kalau tidak; aku ada hak sebagai seorang kawan nak panggil kamu pulang; kemudian; terpulang lah kalau kamu masih mahu di situ atau di hujung pusingan-U (sebelum semuanya terlambat).
Anyway, great to know you are back bro. love your writing. your blog has a great collaboration too!

Dr Anum
santai? aku pasti ruang minda kamu lebih kusut dari aku; kusut dengan baris-baris ilmiah yang bersumbat-sumbat masuk ke dalam kotak fikir kamu di waktu-waktu belajar ini, bukan?

wong ah ian said...

Uuh kisah roti caai kosong dan air kosong yg penuh makna...lu mmg terbaikla bro..

KERAK NASI said...

air kosong baik utk kesihatan!

| Larasephia | said...

:)

roti kosong is always better than instant noodle, regardless how well known the brand is.

and air kosong is always better than kopi O beng.


great choice, AJ

AJ Nismihan said...

ian
itu jer yang aku mampu.
citer ni sah-sah memang tak ada gula. kosong saja.
nanti lah, kalau hang drop by dekat Ipoh nanti; ada rezeki; aku boleh lah belanjakan roti 0 air 0 yang mengancam sikit.

Kerak Nasi
dan juga baik untuk kewangan kan.
lagi pun, air kosong pun boleh lembutkan si 'kerak nasi' jugak kan.
nak aku belajar air kosong?

Lara
thanks lara.
instant noodle tu sendiri jalan shortcut untuk macam2penyakit bukan? namanya pun dah instant :)
kopi 0 beng? hehe kalau nak berjaga malam; takut tidur dan takut jatuh ke dalam 'dark hole' kena jugak pekena kopi 0 beng. tapi; sekali skala lah; lagipun, nightmare bukan tiap2hari pun kan.

Poppycock said...

Kalau rezeki yang kita dapat berbaloi untuk roti kosong dan air kosong takpe bro.

Jangan sebab rezeki sikit kita mencuri hak orang lain untuk untuk mewah; itu tak patut.

Dah lama tak komen kat sini. Aku baru plan nak tutup blog aku yang sarkastik tu sebab nak main muzik balik.

AJ Nismihan said...

Hanis
duit sekupang dua yang kita curik bukan boleh nak jadi kaya pun.
kalau curi juta-juta, susah payah pulak nak kena kuar sikit2, nak lari dari SPortRiM lagi lah; kan tak tenang jugak.
jadi jer orang biasa. ada duit sikit; janji halal. lagi aman yer tak?
Wei, nak main muzik pun takkan nak tutup blog terus. jadikan lah blog hang blog muzik pulak. ajer nye yer lah.
anyway, nanti dah you-tube-kan clip muzik hang bagi tau yer.