Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 14 April 2010

pra-entri, sebelum aku mula menulis semula. aku dah kuat, cuma aku belum cukup sesuatu untuk senyum girang;

Lama benar aku terbukam sunyi. Maaf, ada dunia realiti yang aku kejarkan. Kusut-kusut hati dan terlerai sedikit; paling-paling tidak, sudah hilang bengkak-bengkak jiwa dek penangan 'paracetamol' minda. Mungkin untuk sejam dua; tapi itu sudah cukup panjang syukur aku pada-nya; Maha Esa.

Nanti-nanti, kalau aku sunyi lebih lama dari ini; mungkin sebulan dua; kalian cubalah sedekah akan roh aku dengan al-fatihah ikhlas kalian. Itu lebih besar nikmatnya dari sejuta dua not-not dunia yang tentu tidak boleh aku bawak mati. Malaikat-malaikat itu tidak pandai mengambil rasuah aku untuk ke syurga; jadi hanya tinggal amal untuk aku ke situ.

Untuk seketika ini, aku doakan yang lain keaman hati dan perasaan. Moga lumut makin kuat dan yakin dengan hatinya yang ada pada Allah, Lara tabah dengan paku-paku payung di sepanjang perjalanan tapak kakinya ke depan, I'amsupernotcool hidup dengan lebih hidup dan timbul dari susuk-susuk sibuk basi dunia. Moga Wong Ian jumpa neon-neon dalam hatinya yang berkelip untuk terangkan hati2yang lain. Boneka tak sakit, terus tidak sakit dan jadi sekuat dulu; dulu boleh, kenapa tidak sekarang? Una dan Anis masih tersenyum dalam gaduh2manja; hidup berikatan ini banyak dugaan; bukan untuk jatuh, tapi untuk sedar yang kita kuat. Untuk Dr Anum; janji! nanti bali, kamu jadi doktor untuk kami2yang memerlukan; moga kematian aku sempat tunggu kamu sahkan {mungkin} di bilik mayat nanti ya :). Cikgu Neon; hidupkan anak bangsa kita ya; jangan sesiakan peluang kamu untuk jujur dalam pembentukan tamadun kita.

dan untuk yang lain; CinTa Lea IxoRa, shakinah, dewajiwa, kerak nasi, si blogger kerek, selipar besi, seroja jingga, si putihpurple, ayuzdeathwish, muzill, para pengikut blog kosong ini, para penjengah, pengomen dan yang lain yang mungkin aku tidak namakan; semoga Allah panajangkan barakahnya pada kalian. Selagi belum hujung nyawa, bernafaslah dengan ketentuan jalan Maha Agung.

ops. aku bukan berhenti menulis. cuma tekak aku haus. jemari aku letih. kita jumpa lain entri ya. salam

11 comments:

hamihemo said...

we wait for you..
penawar penyakit kesuyian adalah kawan2 cari lah mereka..
keep smile

alhena said...

just take ur time. semoga terus tabah :)

wong ah ian said...

looking forward on the next entry..semoga hati lu tabah bro..

norfaridahanum said...

be strong AJ..
aq pun dah jarang menulis.tapi tapi, tulisan kamu selalunya yang kurangkan stress aq bila exam makin mampir ini.
apa2 pun,tulislah kembali bila tekak kau dah mula basah dan bila jari-jemari kau dah kejang kaku. [maksug aq bila jari kau dah lama tak bergerak menari di papan kekunci,ada kemungkinan untuk jadi kejanglah =p. Bukan kaku di bilik mayat ye. Mati itu pasti,tapi untuk masa ini,aku sentiasa doakan umur kau masih panjang berbaki.]

AJ Nismihan said...

KERAK NASI
I will, insya'Allah.

hamihemo
aku masih lagi tersenyum. sebab aku ada sahabat2yang tentu saja jujur dengan aku, walaupun aku ini siapa.

alhena
ya. masa itu yang aku kejarkan sekarang. biar air-air keruh di sungai itu surut, baru aku cari se-teko yang jernih untuk di masak di dapur.

shafelix
Senyum untuk kamu juga. Thanks.

ian
kalaupun aku tak der entri, aku tetap akan datang dan jenguk blog hang. mungkin aku jumpa sesuatu yang lebih sejuk di blog hang kan :)

anum
insya'Allah, ada kekuatan itu dari Allah.
maaf kalau aku tak boleh nak surutkan ketegangan minda kamu buat ketika ini. Minda aku cuma belum cukup berdendang untuk menari dengan kata-kata. Biarlah sepatah dua fikir aku kini aku peram jadi masak dulu. Esok lusa, baru aku panggil keluar dan jadi buah ranum yang boleh kita jamah ramai-ramai di sini, bukan?

Poppycock said...

Bro, jangan stres sangat. Aku pun dah kurang mengarut kat blog. Rasa macam malas dah nak menulis. Banyak sangat benda nak dipikir.

| Larasephia | said...

an aku sudah belajar untuk menerima kesakitan akibat terpijak paku paku itu demi kehidupan yg sgt hidup! :)

Ne priez pour moi cher frère. vos paroles me garder en vie, à chaque fois autour. Vous ne manquent jamais d'égayer ma journée. Je vous remercie beaucoup!

(tribute to google translator.I'm just too lazy to get my brain rolling at this very hour. its 3.30 am!) :)

beautiful_rose said...

sentiasa menanti2 entry terbaru dari kamu =)
take care ya!

AJ Nismihan said...

Hanis
Stress itu satu dari rencah hidup. Aku sendiri percah hidup ini perlu ada luka dan perit; kerana itu pengajaran yang lebih berkesan dari cuma ada senyum dan ada bahagia, bukan?
Sunyi2 blog hang pun aku ada datang. Buat kunjungan :)
Sibuk? Macamana exam? Preparation wed macamana?

Lara
Dan pelajaran yang kamu kutip itu lebih besar dari sakitnya bukan? Alhamdulillah...
aussi longtemps que vous êtes devenu un meilleur fille à la fin de la journée, je serais fier de crier que je vous avoir comme ma soeur:)

beautiful_rose
alhamdulillah, aku dah kembali bertatih-tatih menulis lagi. maaf kalau aku tidak sepantas dulu dalam menulis ya :)
Alhamdulillah, sentiasa Allah menjaga aku; lebih baik dari apa yang termampu aku jaga kan.

░♥si lampu neon♥░ said...

bangun tidur..bersiap,mandi pagi..naik lrt..mengeluh..tak habis dengan keluhan. termenung jauh luar cermin lrt..di sepanjang jalan..banyak yang merempat. ada yang buruk hodoh di longkang besar. menadah tangan, meminta simpati dunia. apakah kita manusia bangsat yang tidak reti bersyukur..adakah kita masih lagi tidak mahu mengucapkan Alhamdulillah...ungkapan yang mudah..namun besar nikmatnya terasa.

selamat kembali.

AJ Nismihan said...

cikgu neon
bersyukurlah kita sebelum nafas yang tinggal cukup pendek dari lafas 'Alhamdulillah' itu.
dan terima kasih untuk pandangan kamu dengan nyata dunia.
semoga kita bukan orang-orang yang kerugian itu bukan :)