Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 18 February 2010

ngomong-ngomong angin kus-kus keluar juga


Kabus hilang.
Pagi tak jadi sejuk

Hati aku juga tak cukup sejuk.Beku pun tidak.Cuma aku jadi kabur.
Kubur panggil mungkin.

Kawan jadi lawan.
Itu bukan ketentuan.
Dunia saja penuh cubaan.

Aku masih sanggup tunggu.
Masih jauh jalanku.
Satu kilo? Dua kilo? Kilometriko?
Aku bukan jalan atas nombor.
Aku bukan calculator.

Nak mati belum penuh amal.
Ada saki baki rezeki tinggal.
Tunggu la esok lusa, mungkin.
Malaikat tak pernah lambat.
Tak lambat macam aku.

13 comments:

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

wey~thank~
sory lambat~
sengal aku~

sniffa93_aznil4eva said...

:)

AJ Nismihan said...

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠
tak ada apa yang lambat.
Kita kan kawan
Apa guna kawan kalau tak berpesan-pesan kepada kebenaran :)

sniffa93_aznil4eva
senyum seindah suria, yang membawa cahya
jadi sentiasalah membawa cahaya dalam hidup insan2di sekelilingmu
berat mana pun hidup, kita redah juga.
esok lusa, baru kita sedar; yang berat itu lebih indah andai kita bersabar.

Husna said...

selagi masih bernafas, maknanya kita masih diberi peluang utk perbaiki diri..

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau ko ckp ceni, aku jadi lemah la tetiba. ko kan motivator aku. uh uh uh. bangun2 AJ.bangun laaa

shakinah said...

kamu ni macam dia. haha
try check out republikminda.blogspot.com

:P

lumut said...

bukankah kita hidup memang berjalan atas nombor?meniti setiap masa silih berganti bilangan nombornya..

dari saat ke minit lalu ke jam ..
menempuhi hari-hari meningkat menjadi minggu dan bulan..
tahun berdekad-dekad pula mengganti..

=)

AJ Nismihan said...

Husna
Yup. Selagi ada nafas, selagi itu Allah titipkan peluang untuk kita menjengah syurga-Nya.
Cuma bezanya, adakah kita sedar mahupun ambil kisah dengan peluang itu?

░♥si lampu neon♥░
mengingati mati itu satu tuntutan. supaya aku tak tergelincir jauh dari landasan.
hendak atau tidak, aku akan mati juga.
jangan risau, aku nak juga mati dalam kemakmuran dan pandangan tinggi agama.
belum cukup lagi amal ku pun.
motivator? aku tak setinggi itu. lebih manis kalau hang anggap aku kawan hang. itu sudah cukup hebat bagi aku!
kita kawan kan :)

shakinah
terima kasih.
we may look the same but ultimately we are different.
i do keep my eyes on his and your writing on i'amnotsupercool blog. love them too. keep it up. if not, i will spare nothing to shoot you with words! kidding :)

{lumut}
Ya benar telahan mu. Tapi aku pandang dari sudut lain.
Bagi aku, no itu adalah perkiraan. Aku bukan hidup dalam perkiraan 1 2 dan 3. Aku hidup lebih kepada aturan. Aku bukan calculator yang hang kira untung dan rugi dunia tapi aku lebih harapkan pengampunan dan rahmatnya. Aku bukan hidup berkira no-no yang terlepas dalam usia ku, tapi aku hidup dalam menikmati rahmat2Nya yang tidak bisa aku zahirkan dalam kiraan ku. Aku hidup bukan atas kiraan yang ada penghujungnya, aku lebih banyak hidup dalam cemas; menanti saat2untuk di panggil pulang. Sebab aku mahu kepulangan itu biarlah dalam rahmatNya. Neraka itu cukup panas, dan aku takut sangat untuk itu.
Tapi ini tidak menidakkan kebenaran katamu. Hidup ini subjective. Selagi tak bersimpang dari ajaran yang benar, kita semua tetap benar.
Terim kasih untuk teguran dan pandangan ini. Hargainya :)

seroja jingga said...

aku setuju.
thnks for the reminder.

bukan kalkulator.
bukan jugak sempoa
kita tak pernah berkira kira untuk mati

tak kan pernah kira.

ini.sangat dalam maksudnye.
maaf kalo aku sudah suka dengan rumah ini.

░♥si lampu neon♥░ said...

baiklah pakcik! jom beramal selagi boleh..bila mati kita tak tahu.(takut...)

AJ Nismihan said...

seroja jingga
apapun, ini cuma pandangan sisi aku. mungkin ada yang betul dan pasti juga ada yang kabur
kita sama berfikir untuk itu.
rumah ini, rumah awam. datanglah selagi mahu. aku akan jempur dengan senyuman, macam dulu-dulu jugak

░♥si lampu neon♥░
takut untuk mati? sama2 kita bersedia kan

beautiful_rose said...

kalau aku punya kuasa luar biasa,mahu saja aku padamkan semua nombor2 yang ada.biar terhenti pada kenangan terindah di depan mata.biar hilang segala sejarah kepedihan segala tarikh dan masa sebagai bukti kehidupan yang tak bernoktah.

AJ Nismihan said...

dan sebenarnya;
kenangan indha itu hanya lebih kita hargai selepas kita melewatinya bukan?
jadi nombor-nombor itu juga wujud ada maknanya. Hidup kena terus, bukan?