Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 22 February 2010

Biarlah awan-awan jadi hujan dulu…

Office hour 8.15 pagi sampai 5.15 petang. Air-cond hour 9.00 pagi sampai 5.00 petang.

Jadi memandangkan aku menulis entry nih jam 5.43 petang, maksudnya peluh-peluh tengah dok bercucuran keluar dari tubuh aku; bagai air mata yang di paksa-paksa keluar oleh si anak kecik dalam rajuknya. Beberapa kesan panas yang lebih dramatik; aku credit-kan pada terik cuaca di luar sana. Ini baru panas dunia J

Ini bukan kisah seorang executive yang mencuri-curi lapang-nya untuk mencoret;
bukan juga sebuah kisah hangat-hangat rasa dan cuaca;
ini cuma secubit kehidupan dari pengamatan. Pengamatan kasar empat mata-ku.

Kehidupan insaniah ini adalah berbalam-balam. Ada bernota sedih, dan ada yang bernota bunga. Cinta dan benci ada saja terselit; paling-paling tidak sikit. Dalam tiap jalur cahaya yang terjuih masuk di alis mata kita; tiap desir bunyi di gegendangan kita pasti ada benci dan suka yang bergendongan juga. Inilah baru dinamakan hidup. Hidup yang ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Kan lebih indah begitu?

Hari ini, ada senyum2manis di bibir menguntum manja. Berbunga hati di pupuk-pupuk bahagia dek situasi tadi. Naik gajikah dia? Ada pinangan masuk kah?
Esok lusa wajah senyum tadi mencuka. Menyelit masam-masam jeruk asam di bibir berbasahkan lip ice itu. Di berhenti kerja kah dia? Tunangannya menunda cita nikah-an nanti kah?

Tapi aku dari jauh pandang sikit berbeza. Aku pandang dari sisi herot berot kaca mata yang lama tak di ganti ini.

Naik gaji itu; alamatnya naiklah tanggungjawab. Andai aku belum sedia untuk tanggungjawab itu, mau saja aku yang mencuka bila di naikkan pangkat. Takut tak terjawab dengan Illahi pada salah silap aku nanti.

Ada pinangan masuk; alamatnya bakal berumahtangga lah aku. Andai aku belum sedia memikul hidup sepimpin dengan jodoh yang satu ini, mahu kah aku terima. Ya, bekerluarga itu indah, tapi kena lah belajar sabar dan tabah. Hidup bukan main reda dan redah saja bukan? Kalau aku belum ada niat untuk taat dan setia, aku bisa pening dengan pinangan ini.

Di berhenti kan kerja; tentu saja sukar alamatnya. Beban2di galasan aku mungkin gantu tak bertuan. Jadi sesak dalam nafas dan hilang dalam terang. Aku bisa saja mati jiwa dengan ini. Tapi, andai aku sendiri percaya adanya rezeki Allah di mana saja; ada saja pengajaran jauh di sudut sulitnya hidup ini, aku bisa jadi tenang. Mungkin aku tak sekuat mana untuk tanggungjawab dulu; jadi, sebelum aku gugur dalam lautan dugaan, baik aku di berhentikan.

Tunangan tunda lagi pernikahan; aduh aku bisa bingung. Tapi sudut yang lain; Allah panjangkan masa aku untuk berfikir dan menilai. Mengambil iktibar dan mencari jujur dalam diri. Andai aku mahupun dia benar2 belum ada hati yang ikhlas, inilah masa mengilapnya. Andai kami belum benar ada sedia yang kuat, inilah ketika untuk membinanya. Biar lambat asal selamat. Tapi kadangnya; kalau terlambat, di kebas orang. Jadi, buat yang baik dan berserah. Kan Allah Maha mengetahui?

Jadi bagaimana?

Tiap yang jadi, sudah pun terjadi. Menangis dan bergembira lah serba sedikit, takut nanti kita jadi lemas kalau terbawak-bawak. Yang satu ini pasti; tiap apa jadi pun, Allah dah simpan pengajaran dan dugaan dalamnya. Cuma kadang2kaca mata kita yang kena di perbetulkan.

Indah kan hidup ini?

Footnote:
Terlalu panjang entri ini. Tapi, sebenarnya aku masih belum mahu menokhtahkan tulisan ini. Masih ada awan2yang berkepul di fikiran aku.
Biarlah awan-awan itu turun jadi hujan dulu.

{credit photo pada tuan punya; pemilik dan google}

12 comments:

larasephia said...

tapi lewat hari ini, awan awan selalu tunjuk perasaan saja. asyik merajuk. perhaps mereka tak mahu berkongsi tumpahan tangis lagi. sebab manusia dah jadi terlalu tamak. mungkinkah?

norfaridahanum said...

ada pasang surut,memang indah kalau kita tak jadi pak turut [kata hati&nafsu].

pandanglah setiap kejadian dari sudut yang cantik,biarpun ada air mata yang akan menitik.

tangguh dulu sebelum tuduh-menuduh.

chill bro~ be strong and wise.

p/s:dah sediakan payung ke?

seroja jingga said...

dah aku katakan..
aku hadir lagi disini..membawa awan2 dikepala ku

walau kuat hati kiita..walau kita sudah cukup bersedia..dugaan hidup tetap ade..ye..hidup sangat indah..terlalu indah

i'msosupernotcool said...

damn..
i didnt link ur new addrss..
no wonder xde notification..

lepas hujan ade pelangi kan..
mcm jgak hidup..
x semua bala..

Muzill said...

tahniah Min kerana dapat seorang puteri. lepas hujan ada pelangi. hehehe....

AJ Nismihan said...

larsephia
Semalaman Ipoh hujan. Mungkin orang di sini kurang tamaknya. Atau mungkin banyak orang yang menangis kegembiraan semalaman. Aku cuma harap, hujan ini bukan banjir pada hujungnya!

norfaridahanum
tiap apa yang jadi, dah di janjikan hikmah padanya. cuma mata kasar kita kadang2terlepas pandang pada indahnya aturan dan peraturan ini bukan.

Payung? biarlah sesekali aku dibasahi dengan hujan-hujan ini. biar aku demam!

seroja jingga
Takkan kita pernah tahu manisnya rindu kalau kita tidak pernah ada insan yang dirindui.
Takkan pernah kita tahu keranya batu, kalau tak ada benda yang di hentamnya.
macam tu jugaklah
takkan pernah kita tahu sabar dan tabah cekal hati ini, kalau tak ada dugaan yang menyinggah.
Kan Allah itu Maha Mengetahui?
Dan Allah itu sendiri tahu kenapa dan bagaimana hilang dan kekalkan awan-awan diri mu itu!
Terima kasih kerana menjengah lagi. Aku cuma ada penghargaan dan katakata unruk aku titipkan.

i'msosupernotcool
Thanks for coming.
Agak aku, hang menghilang ke gerai mencari secawan dua kopi. Mungkin sedikit lama bila ada saja orang-orang kaya dengan projek MLM juta2 mencelah di meja. Aku paham tentang itu.
Lepas hujan ada pelangi. Itu mungkin.
Tapi, kalau hujan itu terlalu panjang, mungkin yang datang adalah bah. Dan bah itu sendiri bukan seratus peratusnya bala. Kan?

Muzill
Thanks muzil. Insya'Allah aku nak jadi abah yang bijak dan mendamaikan puteri aku dalam bimbingan ke syurga. betul kata hang, buat masa ini, lepas hujan ada pelangi. Tapi aku tetap sedia; kalau2ada bah datang menyusul. Hidup ini takkan pernah kita mampu duga semuanya kan!
Jemput datang mengucup dahi puteri aku nanti yer! kalau lagi 12 tahun tentu2aku dah tak izinkan dah!

norfaridahanum said...

betul,kadang2 kita lupa yang kita hanya manusia =)

oh,aku baca komen2 di atas.
satu,ko ipoh mali jugak?
dua,kalau demam jangan ambil panadol.biar dia kebah sendiri =p
tiga,anak perempuan kau bakal dinamakan Auliya tak? wink wink

AJ Nismihan said...

norfaridahanum
terima kasih kerana setia di sini. Alhamdulillah :)

1. ya aku budak sini. mungkin lebih tepat, aku budak chemor. budak tasek. aku budak kampung :)
2. panadol itu sendiri dadah bukan. aku sudah cukup khayal dengan dunia ini sendiri, buat apa aku mahu lagi khayalan dunia, bukan?
3. Aku pasti, namanya sudah jelas sekarang bukan? Yang pasti, tentu saja bukan Zara Auliya yang sudah menjadi pilihan seseorang :)

norfaridahanum said...

ya allah..budak chemor?kampung ayahku di kuang hilir,chemor=) budak tasek? aq sekolah di sekolah tasek ipoh =)
kebetulan apakah ini?mungkin Allah mahu aku belajar banyak perkara dari kau.jatuh bangun hidup.insyaAllah.

Zara Auliya...kapan lah aq ada peluang itu.ah sudah!

AJ Nismihan said...

i was in SKTI till 1995
then secondary till 1998 at chemor
then you?
maybe bump onto you few time before :)
anyway, we learn about life simply from anybody. maybe 5-years old toddle can teach us something too :)

norfaridahanum said...

aku ke SKTI saat kau dah ke chemor nampaknya.

ya mungkin pernah=) ipoh bukanlah besar sangat.tapi tetap bandar terindah di hati aku.

your latest entry explains who that 5-year-old toddler.di syurga telah Allah janjikan tempatnya =)

AJ Nismihan said...

kindergarden?
kalau lah asalmu dari tadika islam sebelah masjid (bumbung kuning) kg tasek tuh, tentu2kenal dengan ibuku; seorang pendidik naif.

ya, ipoh bukan besar mana. jadi tak lah pelik sangat kalau esok lusa kita berlanggar kereta dan sama2 bertekak di jalanan; sebelum sedar satu sama lain; dalam entry marah di blog. mana tau kan. sah2anak kecik aku akan kenal akan hang waktu tuh.

my latest entry? that is 5-months toddle sis :)