Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 31 March 2010

Mencari jalan keluar; mari kita...

Allah itu Maha Mendengar.

Allah itu Maha Adil.

Allah itu Maha Mengasihi.


Bila kita hilang dalam gelap, bukan disuruh kita pejam mati dan menangis tunggu mati; tapi berusaha cari jalan yang benar-benar membawa kita lurus kepada-Nya. Sebab dari Dia kita datang dan pada Dia kita pergi. Jangan jadi bodoh, sebab kita sendiri sudah benar-benar bodoh bila terdetik “Ah, tak ada siapa yang nak tolong aku bila aku susah”. Sebab apa? Sebab kita mencari ‘orang’ yang tentu saja lemah dan penuh dengan kelemahan; mana mampu depa datang jadi penyelamat sejati mu? Jadi carilah Allah. Carilah Allah dalam segalanya. Dan Allah tak pernah hilang walau mana keadaan pun; Cuma kita saja yang kadang2terlepas pandang kewujudan-Nya.


Mengerti?

13 comments:

wong ah ian said...

Takbir!!

wong ah ian said...

itulah silapnya manusia..dan aku jugak x terlepas dari keadaan tu..bila ujian yg dtg x dpt selesai ngan rasional mula la nk maki hamun putus asa bagai..

♠ayuzdeathwish♠ said...

masyaAllah~

mekaceh ingtkan sesama umat~

alhena said...

terima kasih kerana mengingatkan apa yang sering di lupakan :)

AJ Nismihan said...

ian
ALLAHUAKHBAR!
eh, bukan penyokong pas, dap, pkr, umno, mca dan lain2pun boleh takbir kan?

ian sekali lagi
kadang2kita kandas gak. kalau bagus sume waktu tak der buat dosa bagai, dah kire memang tipu lah. kite bukan maksom pun. tap iselagi boleh, kurangkan dosa. esok lusa, nak naggungnya kita gak. huhu, tuh aku takut tuh

ayu
orang itu dalam kerugian, kecuali orang yang berpesan-pesan.
aku berpesan pada diri aku gak; semoga esok lusa aku lebih baik dari hari nih.

alhena
kita sama2 mencari kebaikan hari esok. dan aku buat apa yang termampu; mengingatkan. kerana aku sendiri nak mencari aku yang lebih baik. aku yang lebih aku, dari aku yang ada sekarang. belit2? tu memang aku. hehe
ala senang citer, cari diri yang lebih baik; yang lebih aku suka, dan Allah suka. Ameen

hamihemo said...

yap saya sokong..jgan mengharapan da orang datsng bantu kita bila kita dalam kesusahan..yakin pada diri dan dapa Nya.. Insyallah semua jalan kebuntuan akan terlerai..

beautiful_rose said...

ALLAH selalu bersama hambanya biar apa keadaan sekalipun dia akn tetap bersama.cuma adkalanya kita terlupa kerana terlalu asyik dgn nikmat dunia.......

KASIH HUMAIRA said...

sy setuju sgt pendapat kamu...

apa lagi yg selayaknya kalau bukan Dia yg sepatutnya kita harapkan..

kadang2 kita selalu mengharap pada org2 yg jauh dari kita.. tapi Dia.. yg dekat dgn kita.. yg cuma di urat leher kita, kita lupa..

"kepada Engkau kami beribadah, kepada Engkau kami mohon pertolongan.."
"Bimbinglah kami ke jalan yg lurus"

semoga kita sama2 menuju ke jalan yg lurus..
dan sama2 menjadi "manusia"... manusia yg sebenar-benar manusia..
manusia yg sebagaimana tujuanya diciptakan..

amin..

norfaridahanum said...

mari cari cahaya=)

| Larasephia | said...

sbb tu dlm dunia ini, manusia diperkenalkn dengan perkataan ini

KUAT, REDHA, PERCAYA

dh cuba
tgh cuba
masih cuba
selalu cuba

AJ Nismihan said...

dan Allah itu menguji aku; samada aku berdiri untuk kata-kataku....

Maha Suci Allah, berikan aku; dan keluarga ku, kekuatan menempuhinya. Sesungguhnya kami tahu yang ujian-Mu takkan pernah berada di luar kemampuan kami.

Ameen.

dan, al-Fatihah untuk Allahyarham abah; Allahyarham Ustaz Ismail Bin Abdullah, yang di jemput Illahi rabu lalu. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dari Maha Penyanyang.

Ameen.

KASIH HUMAIRA said...

sesungguhnya bahu kalian sekeluarga bahu yg ampuh, hati yg cekal.. jiwa yg tabah .. sebab itu kamu di uji..hadapilah dugaan ini dengan hati org yg beriman..


semoga Rohnya dicucuri rahmat dalam perjalanannya bertemu Allah..

semoga kalian sekeluarga tenang dalam redha..

salam takziah,

...Kasih humaira...

AJ Nismihan said...

Hamihemo
sokong kamu. Allah kan Maha Mengetahui. Kita manusia sempit kalau kita sendiri gagal dalam mencari jalan luas untuk kedepan.

beautiful_rose
lupa itu sudah memang sifatnya kita manusia. dan lupa itu wujud untuk kita 'bila sedarnya nanti', balik pada jalan Allah dan bertaubat. dan tentu saja hukum kita jatuh dan bangun dalam hidup; sbeba kita di sini untuk di uji. Di sanan nanti baru kita terima balasan baik dan buruknya kan?

KASIH HUMAIRA
Thanks humaira.
Dan tentu saja aku setuju dengan jalur-jalur pandangan kamu. Paling2 tidak, dalam seminit dua, kita punya pandangan sisi yang sama.
Pada Allah hadirnya kita di dunia, dan padanya juga kita kembali di hujung nyawa nanti. dan satu yang kita tak boleh lupa adalah kita tidak akan pernah mati; akhirat nanti tak ada penghujungnya!

seroja jingga
Kamu kan kawan aku. Tentu saja aku akan cari jalan menemukan kamu dengan link aku.
Apapun terima untuk usaha mencariaku yang kadang2 hilang dalam banyang aku sendiri ini.

anum
cahaya itu ada. cuma kadang2 malam. dan kadang2 kita yang pejamkan mata; menolak dari melihatnya; kerana kita ada Ego. Ego bodoh seorang manusia!

KERAK NASI
terima kasih atas kunjunganmu. dan tentu sja aku suka dengan sedekah senyuman kamu itu, ya.

lara
setuju. dan kadang2 cuba itu sendiri tidak cukup kuat. 'cuba' itu sendiri perlu di silih ganti dengan kata 'buat'; akan cuba < akan buat lagi dan lagi.

KASIH HUMAIRA
...dan telah Allah janjikan; takkan di duga seseorang itu lebih dari apa yang mampu dia tanggungi. dan aku yakin; Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
terima kasih untuk doa kamu. Ameen