Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Tuesday, 9 March 2010
Tips-tips mudah untuk kehilangan sahabat!
Mudah saja.
Kalau yang ingin kita itu sahabat yang karib; mungkin tips ini perlu rutin yang berulang-ulang baru nampak keberkesanannya.
Ya, ia sebenarnya cukup mudah.
1. bual hal sendiri. Jangan sibukkan dengan hal yang lain. Kalau ada pasangan; tenggelamlah dalam rutin berpasanganmu. Beribulah dengan semeses dan lawatan berjadual ke taman-taman pembelibelahan Kalau kalian ada kerjaya; berkahwinlah dengan kerjaya kalian. Mungkin istilah kerja itu takkan pernah habis gagal lekat dalam ingatan kalian bila-bila pun. Kan itu gelora hidup kita skarang?
2. bila masing-masing sibuk dengan hal sendirian; usahlah menelefon sahabat kita yang lain. Fikir saja dia itu hidupnya sibuk seharian seperti kalian; sibuk yang pinta tidak diganggu. Atau setidaknya percayalah yang dia jugak asyik dalam harum bunga cintanya; dan masanya bukan untuk kalian. Jadi; sekali lagi; usahlah di telefon akan mereka itu. Simpan saki baki kredit itu untuk sidia yang sangat disayangi; atau untuk ibu yang sudah lima enam bulan gagal dihubungi; oleh kalian.
3. berubahlah menjadi orang yang pasif. Jangan tegur selagi orang lain tidak menegur kalian. Jangan telefon kalau mereka sendiri belum menelefon kalian.
Senang saja bukan?
Ikut saja; tentu-tentu mujarab untuk kalian.
Footnote:
Membina Negara darjat berdaulat itu tegasnya perlu bertahun; tapi nak meruntuhkannya hanya perlu seminggu dua. Oh, silap; itu pun sudah cukup lama; barangkali.
untuk Muhammad Hanis, ada signifikasi gambar diatas untuk entri ini?
bagi aku ada; kerana hidup ini sendiri satu perjalanan yang kita tidak pernah tahu bila ada hentinya; bila habis minyaknya; bila ada kemalangannya; bila ada JKR di bahu jalannya; dan berterusan lagi dan lagi; dan sedikit lagi :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
ssh kekadang nak percayakan manusia ni~
kekadang nampak je baek~
hurm~
life~
Macam emosi sikit entri kau lately. Ada hal dengan kawan kau ke?
Awal-awal lagi dah terangkan pasal gambar kat entri ni. Macam tau-tau je aku nak tanya. Gambar steady je tengah drive. Masa bila ada hentinya? Masa ada kereta celaka potong tak bagi signal.
Btw, comel anak kau. Panjang tak komen aku kali ni? Keh keh keh.
♠☠♠ayudeadwish♠☠♠
hehe
people always do when we say dont. so let use their negativeness to the better way.
is this reverse psychology?
depend on your judgment; i am not an angel after all
:)
yup..
aku suka entry ini..
aku hilang kawan hanya dengan berkata "no"..
tadi.. ya baru tadi..
pagi tadi..
dan aku terus drive..
bcoz aku tau ini bukan destinasi aku..
ini mungkin salah satu rnr yg aku kene stop..
petrol station yg aku kene stop untuk tambah minyak..
sebab destinasi aku masih jauh..
jauh sgt..
tc dude..
wey~ terer ko mencurah idea eh~
law aku dah berkapok enjin kat kepala otak ni nak proceed~
wakakaka~
bukan senang nak cari kawan..nak hilang kawan senang gila..ketut sekali je kawan dah lari...hurm..
aku hargai setiap kawan yang aku ada sekarang..owis keep them in touch..
muhammad hanis
emo? tak adalah. saja. kadang2entri aku tuh terbawak2dengan karektor masyarakat sekeliling.ala, aku pun manusia biasakan; kadang2ada panas gak. hehe
pasal gambar tuh aku dah agak dah :)
dan pasal kete henti sebab ada kete macam cel**a potong tuh boleh jadi gak. laen kali kejar balik main cucuk2dekat belakang dia. baru bertambah skit statistik samseng jalanraya tak pun statistik kemalangan tuh kan. hehe
comel anak aku? itu entri sebelah lah. hang ni main redah jer lah.
anyway thanks.
ala mak dia comei, boleh la dapat anak comei. kalau ikut bapak dia, comot la.
eh aku lagi panjang dari hang la reply komen nih. hehe
anyway thanks komen panjang2.aku suka. serius aku suka :)
i'msosupernotcool
kawan ko la sengal
lantakkan aja
tengok la, esok lusa, hang atau dia dah reda nanti boleh la kawan balik.
kalau dah jodoh korang panjang jumpa punya lah. mana tau hang pi rnr yang sama balik kan :)
destinasi aku pun jauh lagi.
tapi dah do kjauh2nih susah nak bagi hangtumpang :)
so all the best untuk perjalanan hang tu kawan :)
♠☠♠ayudeadwish♠☠♠
aku pun kadang2karat jugak. jadi, selagi aku ada idea, aku tulis dulu, kendian simpan dalam draft, kuar satu persatu tiap hari. kalau tak de idea, senyap gak lah sehari dua. seminggu dua. hehe
░♥si lampu neon♥░
hargailah mereka selagi boleh. untung2makin ramai yang menghargai kita jugak kan :)
itu dah hukum dunia pun
eh, hang jangan la pulak kentut dekat sini, karang aku pun lari menyelamatkan diri gak . hehe
psl gmbr tu, sgt mendalam maksudnya.
OOT: result interview dh kua, ko dh check?
aku ader kwn rapat dulo, p mana2 mcm bayang2 sesama...teda hal kongsi barang2, teda hal kongsi petrol keta, assgmt copy paste pun takder nak kesah... even meggi kongsi 2 ...
sahabat yang bertahun2 musnah sebab kitaorg jatuh hati pada org yg sama ...
even aku mengalah demi dia,
tapi cemburu dan rasa tamak dia tak nak wujudkan lagi aku dlm cerita hidup dia ...
aku beralah dr cinta sebab aku syg kwn aku
tapi kwn aku pilih cinta dan tolak aku ....
aku tak percaya pd istilah teman sejati. last time I believed in one was like 16 years ago. sbbnya selepas umur 10 thn, manusia2 yang aku tabalkan sebagai KAWAN lah yg kerapkali menjatuhkan aku. buat aku tenggelam, x penah bagi aku peluang utk timbul. Mak dan ayah saja KAWAN TERBAIK dlm hidup aku. dorg mmg pelampung yg xakan penah bocor dan biar kau terdedah pd risiko utk "tenggelam"
or so I thought lah.
kalau aku, aku terus drive. hanya berhenti di traffic light. tu pun kalau line clear,kadang2 aku slumber je redah. kadang2 bile aku tgk kekasih pegang2 tangan,pegang2 bontot melintas, aku trpaksa pegang stereng kuat2 dan pejam mata supaya perasaan nak langgar dorg tu hilang.
cikchelsea
hehe dalam air jangan di sangka tiada buaya; betul tak?
alhamdulillah aku dah check lepas hang bagi tau. alhamdulillah aku dah dapat :)
e.indah
kawan itu sendiri manusia. kadang2dia tergelincir dalam membuat keputusan. biarlah. itu sendiri sudah ketentuan Allah. mungkin ia cuma tanda jodoh kalian berkawan sudah berakhir. mana tau kan :)
cuma sakit itu bukan untuk buatkan kita menangis kosong; tapi belajar dari situasi.
larasephia
hmm tak nak panggil lara dah; nak panggil qiez. hidup hang pun dah cukup lara untuk aku doakan lara lagi.
kawan2macam sial nih bukan lah sial-sial saja muncul. depa tuh adalah intermediate yang Allah jadikan untuk hang belajar hidup in idengan cara yang keras; tapi berkesan. banyak kan benda kita belajar tentang sepak terajang hidup berkawan. tapi yakin lah, dalam seorang dua kwan yang tinggal, ada saja satu yang betul2jujur ikhlas dalam persahabatan; cuma kadang2kita tak persan akan dia. yang ni aku yakin benar :)
pasal kete.
berhentilah bila perlu. jangan main redah jer. berhenti itu benarkan kita untuk melihat sekeliling dan menilai sekalian orang. mana tau; ada saja benda yang kita sangka betul itu salah;dan sebaliknya.
footnote:
yang hang pi langgak trapik lite buat apa. krang kena sammang nanti kan susah. hidup mesti kena terus; terusan berperaturan. wakaka; ini kempen jadi polis gerak khas nih. so fake! sigh.
Post a Comment