Kita yakin-yakin, ada bunga di taman itu
Tapi; makin kita dekat; makin hilang harumnya
Dan ia terus hilang bila kita tiba; yang ada cuma sesal-sesal kesal yang kesat dalam hati
Rindu dan kasih kita jadi gundah;
Kasih dan percaya kita jadi pasir-pasir yang halus-halus dibawa berlkita dek udara panas di padang pasir
Semunya seakan jadikan kita si bodoh yang di perbodoh dan di gelak tawakan
Perlu akan ini kita menangis?
Pasti saja perlu; kerana kita sendiri ada hati; dan kita belum mati untuk buang ketepi saja perit sakit ini
Tapi nangis itu bukan untuk runtuhkan jiwa-jiwa yang kita bina selama ini
Biar tiap jernih-jernih jujur ini menitis ke bumi sebagai baja-baja sakti untuk kita lebih waja dari dulu
Supaya kita lebih kita pada esok; dan tentu saja kita yang lebih kita dari semalam
Hidup ini sendiri satu perjalanan, dan pancit-pancit roda itu cuma secebis dugaan untuk menguji iltizam hati; dan tentu saja bodoh kalau berhenti di sini; hanya kerana itu, bukan?
Kaki-kaki-nota
Tentu saja ini untuk kamu, dan kamu sendiri itu adalah aku; kerana aku bercakap dengan cermin-cermin di dinding.
10 comments:
terima kasih jika ini untuk aku..jika bukan untuk aku sekalipun..aku seringkali baca untuk hirup sedikit kekuatan dari kamu.
terima kasih bro.
kadang2 mereka tidak nampak..yang menangis itu puna hati..lagi malang jika hati mati lalu tidak berperasaan....kan susah tuh?
=)..
teruskan menulis entry2 hebat.
aku ada cermin-cermin sisi di kereta, dan pasti saja aku akan jeling pandang sekali dua untuk tahu apa yang berlaku di sekeliling aku.
dan cermin-cermin hidup aku itu adalah kawan-kawan aku bukan?
nice one...
aku suke sangat...
kau bole bagi orang semangat...
teruskan...
sifat itu yang cc suke!
salam ziarah :)
menangis itu perlu kadang.
sebagai terapi hati untuk meluahkan segala kepedihan yang di pendam.
biar ia di muntahkan agar terawat segala kesakitan.
hati mudah perasa dan sebab itu ia ditakdirkan untuk hidup didalam tubuh dan bukan di luar tubuh.ia perlu perlindungan dan juga kekuatan untuk terus hidup.
lumut
ini untuk aku, brosis aku, dan sahabat aku.
kalaupun kamu anggap aku bukan sahabat aku, tapi kamu masih sis aku kan?
jadi ini untuk kamu juga
ya, menangis itu juga perlu, tapi jangan kita hanyut dengan airmata sebegitu. itu jalan perit untuk jadi kuat!
Magnanimous = AJ Nismihan (in disguise)
cik Cumey
aku cuba untuk beri semangat itu pada diri sendiri; dan jika yang lain pun bersemangat sama, itu sudah terlalu indah bagi aku :)
dan terima kasih kerana menziarahi ruang2kosong ini
beautiful_rose
ya benar. ia terapi. tapi jangan jadikan air mata itu api dlam membina diri kita.
kita sendiri kena bangun dan bangkit jadi insan yang kita pilih!
dan hati2yang belajar dari jalan2susah kehidupan perlu saja kuat dan bukan lemah menuggu mati, bukan?
ya itu sudah pasti.
tapi lucunya aku di luaran nampak saja kuat.tetapi sebenarnya sudah pun mengalami kejatuhan yang amat parah.hidup sebagai hipokrit sebenarnya amat memenatkan.tersenyum pura2 untuk menggembirakan hati orang2 di sekeliling.
beautiful_rose
takkan di duga akan kita lebih dari kemampuan kita. Itu aku pasti. Sebab Maha Esa yang punya baris kata.
dan lagi satu.
kamu bukan hipokrit, tapi kamu sendiri mencari sesuatu untuk dijadikan asas kukuh dirikamu; dan dari situ menangis tentu saja jadi teman.
errk
aku tinggalkan sesuatu di chatbox kamu.mungkin saja tak penting;maaf
kau betul sememangnya aku sedang mencari sesuatu pada diri yang serba kekurangan.menilai setiap pekara yang aku lalui.dan ada kalanya aku menyesali sesuatu pekara apabila pilihan yang aku sangka tepat adalah salah sebenarnya.
owh nanti akan aku terjah ke link yang kamu tinggalkan.trimass sudi berkongsi sesuatu dengan aku.
selagi kita tahu jalan untuk patah balik, anggap saja kesalahan lalu sebagai jalan susah kita belajar. dan pasti saja pengajaran pelajaran itu akan kekal lama di hati, bukan?
Post a Comment