Semalam aku kutip batu-batu di tepi jalan itu
Satu persatu kemas masuk ke kocek hatiku
Biar berdarah di calar kelikir-kelikir itu; aku masih degil untuk teruskannya.
Pelahan-lahan
Kaki mahu lagi melangkah; biarpun basah persalinanku dengan darah2pedih di hati
Kerana jalan nyawa ini masih ada saki bakinya
Mungkin, gula-gula hidup semalam terkurung dalam pundi kencing aku
Gula-gula pelangi indah yang menjadi dinding-dinding realiti khayal aku buat sekian lama
Dan; seperti semua tahu; manisan itu menterjemahkan perinci rasa derita pada aku; pelahan-lahan dan berkesan
ya, darah-darah yang memercik keluar ini antara derita itu,
perit yang aku gagal untuk nyahkan dari hidup; tapi aku masih mahu hidup
maka; dalam keterpaksaan; aku biarkan saja sakit itu di situ; dan kaki aku melangkah saja; setelah penat menunggu lama
Sampai bila?
Yang itu biar takdir Maha Esa tentukan
Pada aku, biar aku langkahkan saja derap kaki ini
Kalau sampai detiknya nanti; ajal pasti datang;
Jadi datangnya; biarlah bukan pada aku yang meratap dengan seni merosak jiwa pada orang yang membenci; biarlah aku tamat dalam episod suka-suka yang aku belum nampak hari ini.
Maha Esa itu tentu saja Maha adil bukan?
8 comments:
jujur tulisan kau.
aku rasa seperti sesuatu tersorok di lubuk hati kau......
betul apa yang kau luahkan...susah utk teruskan hidup tapi kita dalam keterpaksaan mahupun perit itu selalu menguasai diri.
tapi kita kena lawan...
suka cara kau sampaikan rasa redha.entry ni macam juga suara dalaman aku.
all the best..new blog???
hmmm..wondering who u are..nice..keep it up.=)
mungkin ini untuk kamu, mana kamu tahu?
catch me if you can :)
haha ni mesti komen dari pakwe baru yer. ni yang jeles nih.
saya dpt rasakan ini mesti seseorang yg buka penulis lama..
kan?
saya nak tau ni siapa..
tak suka main teka teki..
ke memang nak sorokkan identiti?
hehe
aku dah tau sape kamu..
tp kenapa buat blog lain?
macam mana dengan blog yang lama itu.
mahu biarkan?
kenapa cari ruang baru?
kenapa?
email me..
akaun lama dah jadi sejarah.jangan marahkan pakcik sepek-mata; dia sendiri makhluk; dan kita semua ada buat salah dan silap bukan?
ruang baru ini masih dengan nafas aku yang lama; dan pasti saja nafas itu makin surut peruntukannya.
aku masih macam dulu; dan pasti kamu kenal aku yang dulu seperti mana bukan?
kaki-kaki-nota
macamana nak email?email hang dah hilang la.dalam site pun macam tak appear jer?
hmm..dalam inbox email kamu pon dah hilang?
betul2 nafas baru tuh..hehe
aku
kalau dah delete akaun google, habis la sumer google-link-application dah tak boleh bukak dah. disappear.
Post a Comment