Sedang setiap anak-anak kecil itu belajarnya jalannya di mulai dengan meniarap, merangkak, bertatih dan baru kemudianya berjalan. beratus dan ribu kali jatuh dan bangun. menangis itu sudah tentu. tapi, dengan ada usaha yang berterusan dan dengan izin Allah, anak-anak kecil itu bangkit dan menjadi si dewasa yang penuh dengan kedewasaan.
Kamu-kamu yang sedang kecewa itu juga pernah begitu.
percaya atau tidak, kamu sendiri dalam hukum alam yang kamu belum tahu tahap cinta dan sayang kamu pada diri sendiri?
Kita selalu pandang apa yang ada di depan mata, tapi terlepas pandang pada jurai-jurai makna yang tersirat di sebalik setiap yang ada di depan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya kita lebih kuat dari kekuatan yang kita ada. Kita ada Maha Berkuasa yang sudah berjanji akan sentiasa bersama kita dalam doa yang kita kirimkan?
Namun malangnya; kuat atau tidak seseorang itu bukan pada apa yang dia ada; tapi lebih apa yang dia percaya dia ada.
Dan kalau saja kamu percaya kamu tidak ada apa-apa; jadilah kamu si fakir kehidupan; walaupun berjuta khazanah dunia ada dalam lipatan diri kamu. ya di bawah lipatan bibir dan telinga kamu, mungkin?
Aku keseorang sedang bercakap dengan kamu; ya kamu sang cermin.
8 comments:
adakalanya kelemahan itu boleh bertukar menjadi sumber kekuatan yang luar biasa kepada diri kita sendiri.pokok pangkalnya kita yang mengawal akal pemikiran kita.
kita seringkali berdoa supaya kita di berikan kekuatan. Lalu kita di berikan ujian untuk menambahkan kekuatan... kemudian kita persoalkan.. kenapakah aku di berikan ujian ini? :)
beautiful_rose
sokong kamu untuk bait-bait jujur itu. kita sendiri belajar dari susah senang hidup, bukan?
ya, akal yang menentukan mana yang kita tuju. Tapi akal yang tiada bantu asas-asas agama pasti sesat dalam hala tujunya, ya. Dalam sesat itu lagi jauh jalan pulangnya,sebab kita jarang benar sedar akan kesesatan itu. Masya Allah.
alhena
aha, terima kasih alhena. sebaris dua kata-kata kamu bagai melengkapkan lagi ayat-ayat yang aku susun. Terima kasih lagi.
Nampak-kan, hidup ini akan lebih bererti anda ada aku, kamu dan lain-lain yang saling pesan-san-terus-terusan-berpesan. Alhamdulillah.
Terima kasih lagi ya alhena. dan juga kamu, beautiful_rose, terima kasih
ujian yg diberi manjadikan aku yg hari ni..
aq percaya..tapi aq tak tahu kepercayan itu datangnya dari hati atau akal...
ah,kusut la AJ.cepatkan zaman muda aq ini boleh x?
wong ah ian
aku ingat ujian itu me-manja-kan hang, rupanya, menjadikan hang macam ni.
memang la macam tuh ian, hidup ni kalau banyak ujian, banyak la kita belajar. banyak kita tau sepak terajang maki hina dan sampah2dunia dari ujian-ujian ini bukan?
aku lebih baik dari empat lima tahun dulu; itu aku pasti. dan kamu juga begitu kan ian. Jadi bagus lah :)
Dr anum
cari jalan dan nilai baik buruknya. pastikan akal kamu tidak lari jauh dari agama kamu kan. hati itu kunci akal, jadi biarlah hati kamu ada basahan agama, supaya kita tidak jadi si buta dalam terang.
dan satu lagi
jangan buang masa muda kamu macam itu. biar dia pergi pelahan-lahan. di sini kamu belajar. dan esok lusa, baru kamu tahu bertapa tingginya penjaran dari sifat-sifat bodoh dan perilaku kita hari ni. percaya aku untuk itu!
AJ..jemput datang blog aku..
sebab aku kan adik kau.hehe
seliapr besi
aku ada datang. ada baca dan ada jengok. ada lihat entri penulis kedua kamu; CC. dan pasti saja ada menjejak komen2 yang lain.
tapi setakat itu dulu. Insya'Allah, ada kelapangan lagi, aku datang meninggalkan jejak. Seketika ini, biar aku jadi pembaca mu dahulu. dan untuk itu, aku jadi follower mu secara jelas ya.
terima kasih untuk jemputan kerumah itu :)
Post a Comment