Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 23 August 2010

"Boleh saya cuba pandu yang ini encik?"

"Maaf Tuan. Yang ini, hajatnya hanya untuk pameran. Untuk usik pegang. Yang boleh di uji pandu itu tak ada hari ini, keluar. Nanti-nanti Tuan datang lagi, boleh?"

"Yang ini tak boleh pandu?"
Mengeleng pelahan. Sambil mulut menguntum senyum.

"Model yang hatchback ada tak?"
"Ada, tapi tak ada yang dipamerkan di sini. Tuan boleh tengok brouchernya di sana ya"

"Eh dibelakang itu kan ada" sambil telunjuknya ligat menuding ke luar. Dengan kasar bahasa.
"Ya, yang diluar itu. Boleh saya tumpang tengok belek?"
"Ah, itu sudah ada tuannya. Sudah ada yang membeli. Saya tak boleh pinjamkan tengok."

"Ah, sama saja kan. Bukan tuannya tahu"
"Maaf Tuan. Amanah. Tuan sendiri tak mahu kereta belian Tuan di pinjam tengok buka dan tutup pihak lain bukan?"

"Huh" Mengeluh.
Kemudiannya mendegus pelahan.

Memandang sana-sini lagi.
Kemudian beredar.
Beredar dengan tangan kosong.


* * *

Kereta showroom itu pasti sama saja kan dengan kereta yang lain? Cumanya, dia dah dibelek tengok dan diintai sana-sini. Ah, isi enjennya tetap sama. Cuma yang beza, sedap buka dan tutup dan calar balarnya. Yang lain, sama saja dengan yang lain.
dan sebab yang sedikit itu, pembeli sudah pandang yang lain. Dan showroom itu sendiri pasti lebih murah nilai di mata orang, bukan?

dan yang test drive itu bagaimana?
itu...kalian nilai sendiri ya.

Cuma aku pesan, bila dah dibayar booking fees, kereta tidak boleh dibawa pulang. Tunggu dibayar penuh muka dan akad jual beli, baru haknya berpindah tangan. Kalau tidak, tunggu saja.
Ya lah, mana tahu, ada saja yang membatal beli selepas hajat berpindah niat bukan?

Dan yang sudah beli pun, bukan boleh dilanyak habis kereta itu tanpa jaga! Kita bukan mahu beli ini untuk sampai esok sajal; tapi sampai bila-bila.

Metafora hidup ini kan begitu:
calon kereta itu ibarat calon pasangan hidup kita.
dan pertunangan itu tak lebih dari hanya sekupang dua 'booking fees' yang belum tentu natijahnya; bukan?

13 comments:

Seroja Jingga said...

penuh makna AJ.
kamu agak bz aku rasa....


selamat beribadah

Frodo Baggins said...

hahahahhaha ...
apsal wa gelak ni
cilake jerr ...


betol2 ...
tp mcm x paham sikit
ni stry pasal kete kat shwroom ke?
yaaaaa ~ begitulah.


>>___<<

nasikputeh said...

saye bace lebih dari sekali.


lambat sikit nk paham.
tapi maksudnya memang dalam.
(eh macam pantun plak..heh~)

eiffel said...

sedangkn kawin itu tidak mnjanjikan apa2..inikan pula hanya tunang...ikatan yg dibuat antra manusia...

MOFASAD said...

satu maksud yang membuatkan orang tak faham


ekekeke

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

salam boss..
zaman ini org lebey suka test drive n go..

boss..
zaman ni juga..
kalau dah test drive..ramai yg buang anak...



nge~~~~

beautiful_rose said...

tersenyum aku membaca entry ini AJ.kamu betul...

"bila dah dibayar booking fees, kereta tidak boleh dibawa pulang. Tunggu dibayar penuh muka dan akad jual beli, baru haknya berpindah tangan. Kalau tidak, tunggu saja."

pertunangan itu bukan tiket bebas dan juga bukan hak milik 100%

"Dan yang sudah beli pun, bukan boleh dilanyak habis kereta itu tanpa jaga! Kita bukan mahu beli ini untuk sampai esok sajal; tapi sampai bila-bila."

ikatan perkahwinan bukan bermakna memperlakukan pasangan dengan sewenangnya.ia perlu di jaga dan di beri kasih sayang yang sepatutnya.pwekahwinan bukan un tuk sehari dua atau esok lusa,tapi satu ikatan untuk selamnya.

ermm...aku kira aku sudah melalut ke laut ni. =p

Adeqq said...

Salam.

kenapa kerapkali entry di blog ini dihiasi dengan akad nikah, jodoh, tunang dan sebagainya? HAHAHA.

Ya, tunang tidak menjanjikan apa-apa. Hanya sekadar ikatan yang dibuat untuk merasmikan perhubungan. Kononnya. Namun, ada orang yang dah meng'halal'kan hubungan tu. Kenapa ye?

Lepas ni nak nikah terus lah. tunang 2 jam pastu nikah. boleh? HEHE

AJ Nismihan said...

SeroJa
biasa saja.
ada sedikit hal realiti yang aku kejarkan.
dan sementara ini, aku disini.
(ada beberapa ketika firewall di pejabat ini menggagalkan hajat aku mencapai laman kamu)

Frodo
Ya. Di showroom. Tapi yang diceritakan hal dara dan arjuna.
pening kan?
Hehe

nasikputeh
akhirnya? ada kefahaman kah nasikputeh?
Oh aku minta maaf.
Mungkin fikir aku terlalu kabut; maka penulisan aku sendiri selalu menjadi kalut dan berpinar :)

eiffel
yang kawin itu dirahmati Allah dan dipanjang2kan barakah-Nya eiffel.
dan pertunangan itu hanya lebih kepada tanda; cuma yang kini saja orang suka meninggalkan 'tanda' yang lebih 'berkesan panjang'.

AJ Nismihan said...

Mo-Farid
Ah, aku kan begitu.
=)
dan tulisan ini masih gagal membawa makna pada kamu Farid?
hehe

Alvin
Ya. Yang itu kan lebih 'sedap nikmat' dan kurang tanggungnya?
Boleh sepah mana mereka suka; dan esok lusa, cari galang ganti baru.
Ah rosak.
Kalau terusan begini; pasti rosak rancangan kamu untuk gapai kontrak-kontrak photography kawen; kerana ramai lagi yang 'nikah' saja tanpa akadnya.

rose
ini hanya pesan rose.
moga jadi iktibar.
yang kita dengar dan pandang pun dah banyak kan?
apa saja ikatan manusia; hormatinya.
dan ingat, semua ini pinjaman dan tanggungan, dan bukan hak milik kekal dunia akhirat.
semuanya dari Dia.

Adeqq
:)
Aku merosak bibit-bibit minat kamu ke sini ka Adeqq?
maaf lah, ini yang berdindongdindong di minda aku kala aku mencapai kotak new-post.
Nanti-nanti aku karangkan kata yang lain ya.
tunang terus kahwin?
ah boleh saja. Takkan hanya Dato' Siti boleh buat begitu kan; Adeqq juga boleh :)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

hahahahahaha...
komen balas tu menyakitkan masa depan wa..

fndrocka said...

gua belum cukup bajet nak membeli.nanti dah cukup...gua datang showroom lagi.

AJ Nismihan said...

Alvin
dan hidup ini realitinya tak semua indah kan?
ada ja yang menyakitkan masa depan kita.
betul alvin?
but that should not end our course to paradise; that is sure!

fndrocka
kalau tunggu cukup, memang asyik tidak lah.
berkawan saja dengan Bank bila perlu.
cuma, jangan berkawan dengan Along sudah.

MoFarid
tak ada yang lagi tinggi dari Kebesaran-Nya farid. dan aku kadang2menjadi manusia yang riak dengan pujian itu. Jadi, pujian itu bukan untuk aku lah ya.