Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 2 August 2010

"Ala, kalau pakai tudung pun belum tentu baiknya dia tuh"

"Baik jadi macam yang tuh, tak pakai tudung pakai baju ketat pun baik dari budak bertudung tuh"
Biasa dengar kan?
Ya, mungkin salah segelintir yang bertudung dalam hal ini. Dan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
dan mungkin rosak susu seanteronya.

Tapi, paling-paling tidak, hukum Allah yang satu tuh dia patuh kan?
dan mematuhi hukum Allah itu wajib kan?

Siapa kita yang nak menilai baik buruk orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu baik buruknya.
Berbicaralah dengan nada rendah diri dan ingin memimpin ke jalan Illahi.

Bongkak, biarpun sedetik, rosak iman hujungnya.
Mulut dan madah, itu jalan terdekat kita mencari syurga, dan tentu juga jalan pendek ke neraka!

Semoga hati-hati kita dekat dengan syurga Allah.
dan semoga amal kita juga dekat dengan penerimaan Allah hendaknya.
Ameen

11 comments:

norfaridahanum said...

dian sakina pulang ke india dgn imej baru..dan di muka pintu itu,aku peluk dia bersama tangis syukur...alhamdulillah..
dulu dan sekarang pun,pada aku dia masih sahabat yang sama..yg teman aku saat duka tawa. baik atau buruknya,biar pada Allah saja yang menilai.yang pasti,aku senang bersama dia.dulu..dan sekarang juga.

Husna Hadzarami said...

aku pakai tudung.
dan aku akui aku bukan orang baik baik pun.
sedang perbaiki diri.
semoga tudung yang dipakai sedikit sebanyak boleh membantu menyelamatkan aku dari api neraka kelak.

Adeqq said...

aku baca entry ini.
aku menangis.
memang aku bertudung.
tapi..
sejauh mana tudung yang aku pakai
mampu bantu aku kemudian hari?

aku hanya mampu bersujud
mencari cinta Ilahi.

tanks untuk entry ni! =)

yusuf mujahidin ™ said...

salam bro

salu aku dgr sal kisah ni
tp susah nk kata
thanks anyway

moga sehat2 selalu

MOFASAD said...

dulu..

gua pun pakai tudung.. masa tu gua mimpi..



sekian.

hahahaha

alhena said...

assalamualaikum aj
dah balik dari sesi jalan2? :)

sangat bersetuju dengan entry ini. kalau kita rasa kita baik hari ini, kita tak tahu apa ujian utk kita esok.

kalau hari ini kita bertudung dan merasa sombong kepada mereka yang tidak. kita pun belum pasti adakah iman kita terus kukuh dan bertambah baik dari semalam.

teruskanlah berdoa dan beramal, semoga Allah merahmati kita semua.Aminn

beautiful_rose said...

sama ada yang bertudung itu tidak elok pekertinya,sekurang2 nya dia melakukan apa yang wajib keatas dirinya.
yang mana harus kita lihat,hukum ALLAH atau hukuman dari manusia.
manusia berakal sudah pasti bijak menilainya =)

wong ah ian said...

fhad selalu cakap kat aku..pompan yg pakai tudung zaman skg ni sume xleh pakai..baik amik yg free hair je..

tapi personal opinion aku masih mengatakan pompuan bertudung itu bukan semua buruk...

AJ Nismihan said...

Dr Anum
Yang masih baru itu kuatnya pada bimbingan dan tunjuk ajar. Bermurahlah dengan kata-kata semangat dan ikhlas hati untuk mendekatkan dia dengan Maha Esa ya.
Insya'Allah yang baik itu panjang hikmahnya dari Allah kan.
dan seperti kata kamu; sahabat itu panjangnya tiada sudah, asalkan ada jujur dan redho pada ketentuan.
Semoga ada lagi momen-momen indah dalam pertalian kalian sebagai manusia :)

superUna
setidaknya, kamu dah ada benteng dan pautan untuk kamu terus bangkit menjadi yang Terpilih.
pelahan-pelahan dengan doa kamu, insya'Allah yang baik itu akan datang melimpah.
Semoga ianya dekatkan kamu dengan syurga kan.
Ameen

Adeqq
menangis untuk satu keinsafan itu cukup baik.
cukup indah.
dan Allah itu sendiri sukakan keindahan.
Maka, kamu kaji yang mana perlu dan tidak, agar langkah-langkah kamu yang hari ini dan yang esok-esok hikmahnya lebih panjang dari nyawa kamu di muka bumi ini kan :)
Semoga Allah bukakan hijab hati kita-kita ini.
Insya'Allah
dan sama-sama :)

Mujahidin ku Yusuf
dan yang selalu-selalu menjengah telinga itu sudah jadi seperti bising-bising angin sajakan?
dengar. tapi entah apa la dia.
anyway, thanks for drop by here Sahabat.
kamu sendiri ada jalan yang lebih sukar dari aku dalam muka bumi ini;aku tahu. Jadi, doa aku supaya kamu tabah dan cekap sebagai seorang mukminin. Insya'Allah
Jada diri ya Yusuf :)

Farid
Thanks datang ya Farid.
Maaf kalau basa-basi dekat blog ni biasa-biasa dan bosan untuk kamu ya.
anyway, janganlah bertudung sebab pakai tudung kepala tuh dah menyerupai pompuan.Kan sia-sia jer dapat dosa pri.
habis belakon menjadi gay/maknyah dalam teater/drama/filem dan terpaksa pakai tudung plak macamana?
oh, maap, tu aku tak boleh jawab.
kalau mimpi boleh lagi :)
cuma kena check balik kena mandi ke tak sebelum solat.
janji solat kena betul, kena tertib. ye tak?

hena
Alhamdulillah,sudah.
Balik dengan lebih baik dari sewaktu aku pergi dulu.
Bertudung itu kan dituntut, tapi sombong tu ditegah. Kalau ada dua-dua kan dah tak cukup indah rupanya. Contradict. jadi cari jalan nak perbetulkan diri.Ini susah, sebab kedai nak buat allingtment diri belum ada, cuma ada pusat2rujukan rohani yang menuju Maha Esa. Itu ja.
Yang sebaiknya, hidup lebih baik hari ini dari semalam.
Lebih harum pekerti hari ini dari semalam. ye tak?
dan untuk kamu dan lain2; kita sama-sama doakan supaya Rahmat Allah itu berpanjangan untuk kita; dan semoga di syurga nanti ada reunion untuk kita-kita.
Insya'Allah

b_rose
ahak, aku nak tak nak terpaksa setuju kata kamu. Straight to the point.
manusia kan tak cukup sifat sempurnanya nak menghukum manusia lain secara total.CUma dengan sedikit panduan, paling2tidak kita tahu yang mana halal, yang mana haram, dan yang mana kabur. nak katakan berapa pahala dan dosanya, oh aku memang tak mampu.
cumanya, jangan berpaut sendirian di tiang akal. sebab, akal itu tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa panduan agama, takut2kita sendiri yang sesat nanti-nanti.
Boleh macam tuh?

ian
paling tidak depa tuh bertudung ye tak?
bagi aku, tidak ada satu perkara yang kita boleh rangkumkan semua dalam satu. pasti ada exceptionnya.
dan bagi aku; tak semua yang bertudung itu buruk.
dan tentu saja, tidak semua yang tidak bertudung itu bebas hidupnya dan terang-terang sosial caranya. ada juga yang baik. cumanya...bertudung itu kan tetap kewajipan?
oh maaf.
maaf kalau aku terlalu lurus di sini.
tapi itu kan hakikatnya :)

Bungakopi said...

slalu dah dgr ayat tu. and aku sgt sependapat ngan ko dlm hal ini. bila org tu ngumpat depan aku, aku scr otomatiknya berkata;

kat akhirat kelak rambutnya tak kena tarik, rambut korang kene tarik. dia dah untung 1 point di situ. jadi kalau korang xnak pakai tudung, senyap je. jgn bising2.

AJ Nismihan said...

bungakopi
2nd para tuh memang aku setuju.
cuma aku nak tambah.
bertudung itu sendiri ada etika pemakaiannya kan, jadi kalau pakai tak ikut etika, takut sangkut dekat penilaian nanti la.
ye tak?