Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 17 August 2010

Seperti ombak

Ada kalanya tenang kecil
Berkocak lembut
Bagai alunan lembut sutera di gemalai tubuh sang jelita

Tapi ada kalanya kasar
Memberontak terang-terang
Habis seluas pantai dihempas pukul
Dihenyak betul-betul

Tapikan,
Berubah mana la sangat pantai itu?
Sabarnya masih sama kan?
Walau dalam-dalam benak jiwa, dia tahu yang esok lusa pasti akan sama.

Skrip yang sama.
Sama seperti dulu-dulu.

Adil ke semua ini?

Satu ja.
Maha Esa itu juga Maha Adil.
Dan Maha Benar dengan janji-Nya untuk setiap kebaikan itu dibalas dengan kebaikan, dan keburukan itu dibalas dengan keburukan.
Sodakallah.

p/s:
hidup ini bagai ombak dan pantai kan?
dan hukum pada kita juga pasti sama dengan hukum pada ombak dan pantai kan?
Subhanallah.

21 comments:

KERAK NASI said...

Subhanallah..

selamat berbuka dan terawih Aj :)

Seroja Jingga said...

Pernahkah membayangkan laut?
Pernahkah menghayalkan di tengahnya engkau kalut?
Pernahkah hadapi yang paling kau takut?
pernahkah akhirnya kau merasa bagaikan kentut?

akan ada masanya…
Yang mentereng menjadi koreng
yang laut menjadi kentut
Yang kerikil menjadi upil

aku pun manusia AJ

salam ramadhan

Mieza vs Rory said...

hidup ini ibarat roda...x selamanya kita di atas...

aLy said...

ombak dan pantai..
pantai akan berubah bila dihempas ombak kan..
manusia pula berubah dgn masa..
macam tu boleh tak AJ?

Husna Hadzarami said...

yes. subhanallah.
life is like a rollercoaster, tak menentu jatuh naiknya.
hope kau OK.
:)

pisau belati said...

seseorang pernah berkata begini pada aku...

"antara laut dan sungai yang mana pilihan kau?"

dia menjawab sungai...

"aku benci laut sebab laut kejam sering kali memukul dan mencederakan pantai.kemudian pantai itu ditiggalkannya"

dan aku gemarkan ketenangan di sungai damai dan menyejukkan.tapi ada kalanya aku suka di pantai luas dan pandangan aku akan tertuju dihadapan.mencari satu jawapan pada persoalan yang tertinggal di benak.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum

selamat bertarawih dan beramal AJ

:p

lumut said...

saya sangat sukakan ombak...
hmmmm..
selamat menjalanai ibadah puasa aj

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

pada masa ni..yang baik dibalas buruk juga dah biasa wa dapat..


ombak kecil wa suka..bila besar..
wa tatau mana mau lari..

Adeqq said...

Bila ombak besar melanda, kita seringkali lupa siapa kita. Entahlah. Aku sering tewas dengan ombak besar.

Tapi, mana ada manusia tanpa dugaan kan? Dugaan maha hebat bulan Ramadhan ni, aku baru terima. Sakitnya. Allah sahaja yang tahu.

Tapi macam hang cakap la kan, hidup ni bagai ombak dan pantai. Hukum pada kita juga nanti kan sama.

Hadapilah dengan tenang ombak yang datang tu. InsyaAllah. ^___^

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ombak certa thai tu boeh ke masuk dalam n3 ni

Frodo Baggins said...

jadi laut yg berombak ...
tenang di permukaan
dasarnya - phewwwwww ~~

masuk ler bertan2 taik berd ke laut
masinnya tetap sama. x berubah.

manusia?


(kicit2 dulu slu mandi pantai
bila beso sikit, entah naper
segan pulak nak mandi manda di tmpt
tbuka.atau plu buat istilah bkemban?))


>>___<<

AJ Nismihan said...

KERAK NASI wawa
Allah Itu Maha Besar kan!
Selamat beribadah dan bermunajat pada Allah ya Wawa.
Ah, nampak kamu, aku teringat janji aku untuk 11Nov nanti :)

SeroJa
akan ada masanya...kita lemas tanpa hanyut, kita larut tanpa bayang. Hilang.
ah, kamu berpuisi di sini ya seroJa :)
Aku tau, perit kamu itu bukan untuk saja-saja kan. Sabar SeroJa. Sabar ya.

Mieza vs Rory
dan tak selamanya kita di bawah.
sakit itu ada dalam hidup, tapi tidak sakit itu bukan satu yang hidup.
Benarkan?

aLy
boleh.
memang boleh.
Manakan mampu aku kata yang lain salah, sedang aku sendiri belum benar lurus telusnya.
dan ada yang berbisik di sini, "aLy, malas kamu juga pasti boleh berubah dengan masa bukan"
:)

Una
Alhamdulillah aku ok Una.
Kalau bermasalah pun hidup ini, paling-paling tidak, aku pasti yang aku masih hidup; dan ada baki baki nafas untuk sujud.
Ya. Life is like a rollercoaster too.
There are pain and joy.
There are turning point here and there.
and there are curve that take a million moment before we past it; at the end, we still will past it; succesfully!

pisauBelati
aku tidak berdaya bantah akan pilihan kamu.
kita ada penafsir kata yang berbeda; dan aku hormatinya.
tapi...
pada damai sungai dan denai, ada sesekali bah besar datang menghempas. dan yang ini tidak ada siapa yang pernah duga, kerana terlalu leka dengan damai bertahun.
betul kan?

AJ Nismihan said...

yusufMujahidin
Waalaikum salam sahabat.
Moga sihat dengan iman kamu berpanjangan ke hari perhitungan nanti ya.
Ameen
dan semoga imarah amal kamu berbunga-bunga indah Ramadhan ini juga :)

fiQaFroz
andai takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
ah. basi.
andai perit di hempas ombak, cari jati diri, dan sebab kenapa kita masih terus berdiri;di sini. ya, disisi ombak ini!

alvin-yg-akan-ada-rumah-besar-ameen
itu yang kita nampak di mata kasar kita alvin.
mata yang tak cukup sempurna ini.
dan insya'Allah, ada rezeki, ada pandangan lain yang bisa kita jamah lihat.
bila ombak besar, hanya pada-Nya kita mampu lari dan bersembunyi.
bersembunyi dalam ketentuan takdir Illahi; insya'Allah.

Adeqq
Ombak besar bukan hadir untuk buat kita lemas, tapi mahu kita bangkit dan jadi lebih kemas.
dan dugaan itu sendiri hadir untuk buat kita benar layak bertemu-Nya dengan senyum.
Hadapilah dengan iman kan Adeqq.
Insya'Allah juga.
Ameen

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
Ong-Bak kan :)
Masuk saja.
kan dunia warna-warni wayang itu satu chapter hidup yang kita bayar untuk melihatnya?
sedangkan realiti yang lebih hebat dari imiginasi ini Allah berikan kita percuma.
Ye tak?

Berd
Ombak is not Khan. But he is not a terrorist too.
Ah. Kalau dah di dakyah oleh propaganda dan provokasi media, tebu itu sendiri boleh jadi masin!

FrodoBaggins
Ombak itu sendiri satu kucar kacir permukaannya, dan yang tenang adalah jiwa-jiwa yang dibawahnya.
ya, ber tan-tan mana pun yang sampai, masinnya tetap sama.
tetap masin.
seperti manusia.
setinggi mana pun di julang di puncak di angkasa manusia itu, ketidaksempurnaanya tetap sama.
masih lagi perlu sujud dan duduk rendah menghadap Allah.
Masih lagi manusia yang compang camping kosong; tidak sempurna.

(ah, aku sendiri sudah ada segan dalam diri. dan berkemban di khalayak pasti bukan solusi yang cucuk dengan jiwa ini. yg itu aku pasti)

Frodo Baggins said...

owh lupa ..

sufia anak lu yer AJ
wa ingat status yg lu ada anak
kat tepi ni'saja-saja'.
sekali wa baca entry 'sufia' ...
ohoooo.

tahniah bro.
wa x tau ... hahahha.

tp bahasa kat blog ni
cantik2 belaka ...

AJ Nismihan said...

FrodoBaggins
Ha'a, sufia yang di entri dan URL blog nih memang puteri aku yang sulung seperti di status aku. Yang no dua belum jadi kurnian lagi :)
Ah, aku pun dah berusia Frodo.
Kadang fikir, seperti dah tua sangat untuk terus hidup riang seperti yang lain.
Mungkin perlu peluk tikar sejadah tuh lebih kerap dari semalam, kan.

Alhamdulillah, itu rezeki.
Dan nanti-nanti, aku doakan kamu dapat kurniaan yang lebih comel dan soleh solehah dari yang pernah kamu lihat.

Bahasa ini cuma di kekunci ini saja. Di bibir aku, pasti sama dengan intonasi pasar diluar sana;kecuali untuk moment2khas yang perlu kan :)

dan jujurnya; aku suka bahasa kamu bila mana kamu biarkan 'huruf-huruf' itu bergemalai sendiri. Itu benar-benar buat aku kagum.
Dan syukur Alhamdulillah; kamu ada bakat itu, dan insya'Allah ia untuk jalan yang lurus kan Frodo :)

KASIH HUMAIRA said...

bahasa yg dikarang dalam blog ini sungguh indah.. terserlah nan keindahan bila mana ada pengisian islam di dalamnya...

smoga keberkatan itu ada bila mana bahasa2 indah itu kalau tidak bnyak sekalipun telah mencuit rasa selangkah mendekati dan menyedari hakikat cinta Allah itu...

sekadar berkongsi ..jika ada kelapangan bacalah kitab "sirul Asrar" masyaAllah.. hati sy tersentuh bila mana membacanya...

AJ Nismihan said...

HUMAIRA
kan Maha Kuasa itu sukakan keindahan?

dan menulis aku pun bukan mahu mengajar terang-terang; sedang aku sendiri masih bertatih.
Cuma yang aku bisa lakukan adalah berkongsi secubit dua pengelaman dan ilmu yang tercalit kesan pada diriku.

dan semoga ilmu itu dipanjang-panjang, dan menjadi sumbang pahala ku di Akhirat sana.
'Sirul Asrar'? ah nanti aku carikan.
Mungkin mahu kamu cuba 'Minhajul Abidin' karya Imam Ghazali? Mungkin jumpa sesuatu di dalamnya.
Ameen :)
Terima kasih menjengah sini ya Humaira

KASIH HUMAIRA said...

ye benar,, Allah sukakan keindahan...

insyALLAH... Inilah antara cara menzahirkan rasa kasih pada Tuhan...

mudah-mudahan pepayung hati kita smua di lindungi rahmat dah kasih syg Nya.. Semoga pohon tauhid kita seteguh pepohon kurma...

insyaAllah sy akan cuba cari kitab tu..terima kasih..

sirul asrar tu dari syeikh abdul qadir jailani.

jane said...

AJ..

;(
bru smpt sampai ke cni, tp aku suka baca...

AJ Nismihan said...

Humaira
Alhamdulillah. Aku suka dengan susun kalimah kamu.
Dan aku suka kalau kamu terus dengan jalan Islam.
berjalan lurus itu susah, tapi terpesong itu mudah yang amat.
jadi, hati2dengan fitnah akhir zaman ya Humaira.

Jane
ah baca saja. aku takkan marah untuk kelewatan kamu. apa hak aku kan?
dan untuk yang baik, kamu panjangkan. ulang tayang ini di entri kamu pun aku izinkan; dan tak perlu credit ke sini pun tak apa. Ini ilmu hak Allah kan?
=)