Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 12 August 2010

Kisah 2 tahun dulu.

Di muka pintu.
Memandang luar yang hijau. Hijau dengan lalang. Ah, itu tapak untuk rumah sebelah.

"Along dah kawin"
"Anyah pun dah kawin"
"Nanti Achik kawin pulak"
ah bebel saja budak kecik ini.
Ya, budak yang tadika Kemas yang ada pintu tandas berlakaran Spoungebob ini memang begitu. Ada saja yang dia fikirkan.

"Hmm" pendek jawab mak.

"Nanti kan mak..." sedikit kepala ibu di angkat memandang pada si kecil itu.

"Kalau semua dah kawin, semua dah pindah, siapa nak jaga mak?"

Erk.

"Biar amei la jaga mak yer. Amei ambik mak. Amei kawen dekat-dekat la kemudian jaga mak"

Ah.

Nota:
Aku sendiri belum fikir seperti itu. Tapi, dia sudah.
Budak kecil itu jugak budak yang sama berkata hal ini di Pasar Payang Kuala Terengganu bulan lepas
"Kakak, boleh tak amei nak beli kain batik ni bagi mak? Ni arge 26 ringgit. Mak bagi amei nak belanja 20 inggit. amei ada bawak duit amei 8 inggit. Boleh tak akak".
Ya, budak yang sama.

14 comments:

Anonymous said...

boleh aku senyum baca ini?
boleh aku nangis baca ini?

selamat berpuasa AJ

wong ah ian said...

way to go amei!..dah besar jangan lupa janji2 itu...

MOFASAD said...

sweet...
semalam aku berbuka dengan mak aku.
aku balik kg
dari kapar ke sungai besar sejam saje. habis kerja aku pecut balik kg. berbuka puasa dengan mak di puasa pertama. taknak bagi mak rasa sedih...
akak aku dah khwin
dah duk ngan laki dia. sian mak aku kat kmpng takde sape teman.
huhuhu

Seroja Jingga said...

jgn lupa pada janji itu amei.

AJ
kisah ringkas yang penuh makna.peringatan dari kamu tak pernak aku lupa.

Thnks again AJ

uh! my mum..not well AJ

Husna Hadzarami said...

amei tu adik kau ke AJ?

amei sayang,
dunia ini banyak dugaan dan pancarobanya, harap amei tak lupa dengan janji janji tu ye..

God bless :)

aLy said...

kiut nye amei..
sejuk perut mak..

AJ Nismihan said...

Anonymous
Selamat beribadah kawan. Menangis lah, dan ketawalah. Pilih perspektif pandangan kamu. Mungkin cermin sisi hidup kita tidak sama untuk aku buatkan pilihan bagi kamu kan :)
Terima kasih menjengah.
Kamu kuatkan sahabat?
Salam

Ian-man
aku pun harap begitu. Jangan biar janji tinggal janji. Esok takkan sama macam hari ini kan.

MohdFarid
Alhamdulillah.
Aku pun sempat Ramadhan pertama dengan ibu aku. Maniskan senyum mereka. Ya, air mata sayu itu lebih manis pada anak mata mereka.
Abang aku sendiri dah kawin.
Aku sendiri dah kawin.
Dan kami dah dok asing. Rumah sendiri.
Yang tinggal temankan mak hanya dua yg kecil;darjah 2 dan tingkatan 1. 6 anak yang lain, jauh.
Ah, kamu nanti pun terus jadi anak yang baik ya kawan. Esok lusa, ada balasan dari Allah untuk kita; insya'Allah.
Ameen

Seroja
Damping dia seboleh kamu seroja. Selagi ada masa. Kita sendiri tak pernah tau masa siapa yang 'datang dulu'. Paling-paling tidak, waktu ini kita luang untuk baik dia kan?
ah, aku pun harap amei seperti itu sepanjang masanya. Semoga esok lusa, sakit dunia yang menjengah dia tak rosakkan pekerti dan santon dia pada mak.

Una
Aku pun doakan supaya dia bukan hanya bayangan pada jasad yang berbeza. Pesan aku, dunia itu jauh lebih besar dari pandang mata kita. Jadi kena kuat.
Semoga Allah merahmati dia kan Una.
Oh, lupa. Anyah itu aku. Ya, aku.

aLy
alhamdulillah.
Tapi kan aLy, yang penting bukan apa yang disebutkan; tapi apa yang dilakukan.
dan aku harap masa depan lebih tenang untuk dia.
Ameen

Adeqq said...

Salam.

Kisah ringkas penuh isi buat renungan semua~

Amei,
semoga kamu kuat menghadapi liku-liku hidup yang penuh mencabar ni. InsyaAllah, kamu akan berjaya mengotakan janji2 kamu itu. Kamu masih muda dik. Namun, hati kamu sangat besar. InsyaAllah! Kamu akan berjaya nanti.

Buat 'Anyah' nya,
Thanks for d story. Betul. Semakin kita dewasa, kekadang semakin kita terlupa. Aku sendiri pun kekadang sama. Semoga Ramadhan ni mampu membersihkan hati-hati kita. Rindu mama!

Ok, aku x buat sub-entry. Nanti kena perli. HEHE. Wassalam.

AJ Nismihan said...

Adeqq
Salam Adeqq
Insya'Allah. Kita doa amei berjaya yer.
Ameen

Ha'a. Makin lupakan. Aku sendiri kadang-kadang terbabas dari landasan yang lurus nih. Kadang-kadang? Ah malu saja mahu gantikan dia dengan 'selalu'. Tapi itu hakikatnya.
sedih kan.

Kamu rindu mama?
Skali skala capai bahu mama dan rangkul manja dengan kasih dan jiwa. Ucap sayang. "Ah malu" Malu? Malu nak menunjukkan kasih pada yang layak menerimanya? Patutlah ramai yang 'malu' nak sujud pada Allah kan?

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim. Zalim? Maknanya bukan zionis saja lah yang zalim kan?

p/s: ni baru sub-entri :)

Soldadu merah said...

hampir setahun aku tak pulang ke rumah..sudah lewat 6 tahun pulang sekali sekala...

wah..tak sabar nak pulang ke sana...

salam ramadhan bro :)

░♥si lampu neon♥░ said...

urmmm kasih nya dia kat ibu dia kan..cam kite nak plak berkira kira nak belanja mak..

padehal utang budi mak ayah tu sampai ke mati tak terbalas jasanye degn wang ringgit..

sok kalau aku da kahwin nak duduk bawah ketiak mak gak laa..leh ke??

░♥si lampu neon♥░ said...

aku ni sebenarnye tak berapa nak sure ko sakit ape la AJ.

semua tu kat tangan tuhan, ko cume perlu berikhtiar. jgn putus asa untuk hidup ok.

aku ni pun belum tentu hidupnye untuk hari esok lusa..entah2 lebih awal dari ko.

maafkan aku juga, hurm.

semoga Allah terima amal ibadat kita selama kita hidup ni..semoga allah mengampuni dosa kau dosa aku, dosa semua umat islam..

take care family and baby !

alhena said...

sangat sweet amei ni.. semoga dia terus begitu. semoga dia sentiasa di lindungi. semoga kasih dia terhadap ibunya dapat menginsafkan kita semua :)

AJ Nismihan said...

Marcello
Kamu kan diperantauan, pasti ada cubaan dah dugaan berjauhan. Jadi, paling-paling tidak, kamu tahu nilai perantau itu, dah tidak gagal menghormati setiap saat yang pergi.
Kalau pun jauh, dekatkan lah dengan talian; dan paling tidak, recite to Allah for their best. That should be Great to rite?
Salam Ramadhan sahabat ku sama.
Ibadah lebat2ya :)

Neon
kalau itu yang lebih baik, tinggal lah bersama keluarga.
tapi kan, yang dekat itu busuk, dan yang jauh itu harum.
berasingan mungkin lebih baik, tapi bukan beerti tidak selalu menjenguk kan?
yang penting, hargai mereka; dan itu adalah sebaik2penghargaan kehidupan.
percayalah.
p/s: sekali sekala apa salahnya belanja kan? Nuffnag kan banyak :)

2nd Neon
Aku sihat saja neon :)
cuma kadang2seperti mahu dipanggil-Nya saja.
kalau apapun, jangan segan basahkan al-Fatihah untuk aku esok-esok ya :)
Terima kasih untuk pesan kamu tuh neon.

Hena
Ameen.
Semoga perilakunya lebih indah dari basah bahasa dia hari ini kan Hena.
dan aku sendiri kagum dan insaf dengan kasih dia pada ibu.
aku sendiri jauh di kebelakang. Cuma yang untungnya, aku masih ada hari ini untuk baikinya;insya'Allah. Ameen