Ah, sedap semuanya
Bisik hati memandang tiap hidang jual di petak niaga.
Ini yang sukanya di bazaar, pilihannya bukan main-main.
Petik saja apa yang difikir, pasti ada di bentang niaga.
Pilih saja.
Di sini, selera nafsu jadi raja jadi ratu.
Tahu yang makan ini takkan habis, tapi masih dijinjing bawa pulang dengan hati bangga seanteronya.
“pasti puas aku malam ini”
Tapi.
Nadanya hilang bila azan jadi teman corong-corong audio.
Selera jadi sampah.
Yang dipuja bagai gila, rupanya berasa kosong.
Warni di hidangan rupanya hanya tempelan jaket baru dari kain kertas. Baru disentuh tangan basah dengan saki baki kurma, sudah koyak dan nampak rupa benar warna.
Dan selera putus tidak bertali.
”Sial. Beli saja itu ini, tapi semua sampah”
”Ini bukan makanan berbuka, tapi sampah hina”
Memang ke tong sampah sana juga yang sampai.
Diam seketika.
Pelahan-pelahan menyalakan api rokok sambil meletakkan gelas kopi jantan yang sudah tidak berbaki tadi.
”Ah, bazaar ni memang macam hampeh. Esok aku cari bazaar lain” tanpa mood. Muka serius seperti mahu ada yang dimakan baham kalau di ajak berbincang.
Terus di situ. Sambil punat-punat astro di petik.
Dan bila lama lagi, sekali lagi muazin ber-azan di corong audio, dia masih disitu.
Yang beralih hanya gelas kosong tadi, dan saluran astro; dan kepul asap-asap rokok itu.
Dia? Masih di darjah yang sama; sejak tadi.
***
Narator:
Yang dibeli tadi ikut nafsu atau perlu?
Yang dipilih tadi ikut senyum manis si gadis jual, atau ikut nadi lapar yang ditahan-tahan tadi? Ikut iman jiwa, atau ikut kiblat menggila?
Kan dah diberi pesan.
Pilihlah juadah kamu ikut gerak iman. Pilih yang berkhasiat. Pilih yang tentu baiknya. Dan bukan hanya pilih pada lawa pamer dan cantik si jual.
Seperti pilih jodoh.
Yang berkhasiat itu yang beragama. Yang baik itu berketurunan dan berilmu. Dan jangan hanya pilih pada lawa pakai luarnya, dan cantik ketuk lengkuk tubuhnya. Takut-takut, tersalah pilih ikut nafsu, terpaksa dibuang ke sampah juga nanti.
Tapi kan...
Yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?
Kan dah tentukan yang berkhasiat itu untuk yang berkhasiat, dan yang sampah itu untuk sampah.
Jadi, pilih lah...
21 comments:
aku suka bait tulisan kau yang ini...kiasan yang punya makna mendalam.
"Yang berkhasiat itu yang beragama. Yang baik itu berketurunan dan berilmu"
"Yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?
Kan dah tentukan yang berkhasiat itu untuk yang berkhasiat, dan yang sampah itu untuk sampah."
'Jadi, pilihlah...'
Salam.
Ya, seperti pilih jodoh. Kaku tangan nak menaip tentang jodoh. Biarlah.
Nekad di hati, biarlah jodoh itu abah pilihkan. Dah tak mahu fikir buat kali seterusnya.
Kalau diri yang memilih itu dah berkhasiat dan yang dipilih pun berkhasiat, adakah jodoh itu ada? Tak pasti kan?
Maaf, tulisan hari ini agak kucar kacir. Hati dilambung lambung. Jiwa sudah pergi. Entah ke mana. Maaf menganggu kotak komen hang.
pergh..style ar..
kadang AJ kau tak perlu jelaskan ape2.aku faham tiap bait patah kata kamu.
"Yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?"
ini penuh makna..aku belum cukup makan makanan yg berhasiat lagi AJ..
belum lagi...dan aku pohon pada DIA..kurniakan aku kesihatan yang baik..aku amat sakit ini minggu..
ubt yang ku ambil hanya di waktu sahur dan berbuka..aku yakinAllah itu akan kuat kan diri aku..
alhamdulillah..puasa ku masih penuh..walau sakit kadang datng menggila
ah.maaf..aku sudah melebih2 disini
salam ramadhan sahabat
aku jarang tergoda dengan juadah bazar ramadhan..goyah iman aku selalu ke arah lain..sigh*
betu la. beli banyak2. tapi makannye sikit. hmmmph. ikut nafsu.
kewl..
aku suke tulisan ko kali ini..
banyak double meaning. ayat kamu juga between the lines..
hehe..
biasa lah bulan pose, semua ikot nafsu.
ops~ bukan bln pose saja..bulan biasa pn nafsu tetap bermaharajalela.
thanks for remind me of sumthing.
Muhasabah diri, wasatiah, dan istiqomah lah kita =)
entry kamu selalu nye terbaik bro..=)
aq nak pergi bazar ramadhan juga...
ko pegi bazar yg mana AJ?yg dpn medan selera tasek kah?atau yang di stadium?
maaf,sekadar meninggal jejak yang murah2 saja.langsung tak kena dengan isi persoalan entri ko.
lumut bodek~
keh keh
salam..
apa menda budak kat atas ni komen??
tak faham..
pakai je baju merah..
tapi hati tak garang mengkomen..
maaf..
wa suka maki di atas..sbb wa rasa sampah..
maaf..sbb wa sampah kan komen diatas..
sbb wa rasa mmg sampah..
yup..
wa nak komen..tapi terbaca salah satu komen kat atas tu..wa terdiam..
wa rasa adakala wa kejam bila tak pilih yg wa syg..
thanks atas entri ni..
sgt cuci jiwa karat noda dhunia..
wasalam..
sukar utk melawan napsu sedangkan kita tau akan kesannya...
nah itu sbb Dia bg ganjaran...seandainya kita mampu melawan napsu...
for a guy who every single word he spilled turns out to be such a beautiful and heart-move motivation,
how can i not remember u, AJ?
Aj, aku sangat suka entry ni.bila di sebut tentang juadah yang di pilih untuk berbuka.
Ya. Aku memang memilih. Bulan puasa ni hanya sekali aku ke baazar ramadhan.selebihnya aku memasak atau makan di tmpat kegemaran aku. Pilihan di tangan kita bukan?Bila memilih ikut nafsu.. ke tong sampah jua la jadinya.
Bila di sebut soal jodoh juga aku sangat bersetuju tentang itu :).Yang berkhasiat itu agama, yang baik itu berketurunan dan berilmu. dan yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?.
Life is like a piano. What you get out of it depends on how you play it.
pilihan di tangan kita :)
rose
Hidup ini penuh dengan kiasan.
dan lebih dalam dari lautan.
maka, jadilah siapa yang kita pilih.
Adeqq
Tekad itu, biar benar lekat. Sebab bab hati ini benar2halus dan tidak terjangka.
Kamu pasti hari ini yang esok akan mendung, tapi rupanya pelangi semalam tak surut-surut nak teman sampai bila-bila.
ah, hidup ini kan penuh dengan cobaan; dan cobaan itu datangnya dengan suka dan duka kan Adeqq?
kamu kuat ya.
sengal-ke-aku?
kali pertama meninggal jejak kan?
Alhamdulillah. Terima kasih ya.
dan nanti-nanti aku melangkah ke laman kamu pulak; insya'Allah.
style? ah menulis, ada gaya-gayanya bukan?
seroJa
duga kamu kuat ya Ramadhan ini?
itu tanda Allah mahu kamu beri kamu tingkat yang lebih tinggi di sisinya. Kan sabar di hari ini berkali darjatnya dari bulan yang lain?
kamu puasa tabah-tabah hati ya.
Ah, aku tak ada apa selain dari semangat seorang kawan dan pesan jujur aku untuk kamu.
Kuat jiwa ya.
Insya'Allah, Allah bantu kamu dengan sebaiknya.
Ameen
(Ah kenapa laman kamu seperti tidak mampu dicapai aku hari ini ya...)
ian
yang itu yang bantu puasa kita menjadi tidak lebih dari hanya lapar dan dahagakan ian?
dan rugi kan?
ah, aku juga rakus sebagai seorang lelaki; jadi aku mahu sebolehnya jadi dari 'kesempatan-kesempatan' ini.
dan untuk itu, aku jauhkan.
f.a.r.a.h
nafsu itu ada saja pada kita.
cuma; layan kita itu pada dia yang bagaimana.
dan yakin tak; yang Allah sentiasa susun malaikat untuk perhati kita dengan setiap dugaan itu?
Salam Ramadhan untuk kamu ya farah.
kuat ya exam nanti :)
R.S.A.L
ah, itu cara aku. dan cara kita pasti lain2kan :)
yang sepatutnya, Ramadhan ini buat kita lebih kuat; dan jadi asas untuk lebih baik dari dulu-dulu.
tapi, kalau yang hanya berbeza semata-mata waktu makan kita; kan rugi tuh?
Dan Ramadhan yang akan datang sendiri belum tentu datang untuk kita, ye tak?
Lumut
Pesan untuk adik-adik aku seperti kamu juga kan =)
Baik-baik Ramadhan kamu ya sis
Anum
Ah tidak. Masakan rumah saja la Anum. Alhamdulillah, itu lebih baik.
Farid
Ah, tak apa. Itu kan hal adik beradik :)
Alvin
sabar ya sahabat.
Anggap saja Farid di rumahnya; dah dia sendiri kadang2tidak perasan hal yang lain. Dan aku tak bisa marah akan hal itu.
Kamu sendiri perlu kuat ya Alvin.
Dan selagi kamu yakin yang kamu lakukan itu terbaik; insya'Allah ada nikmatnya dibalik sakit perit hari ini.
sabarlah.
Insya'Allah esok lebih bunga-bunga dari semalam :)
eiffel
yang sukar itu lah namanya dugaan; kalau tidak, tidak lah wujud kita untuk mencari pahala dan menghindar dosa kan eiffel?
i'maCoolGuy
and to see your foot print here is a big compliment i suppose :)
Hena
Yang lahir dari halus-halus air tangan kamu itu semestinya lebih baik dan jujur bukan?
jadi teruskan saja dengan cara itu.
dan insya'Allah lebih suci; dan suci itu tiang iman.
yang dibeli itu belum tentu bersih sucinyal dan iman kita pasti diduga juga nanti.
ah metafora lagi.
Piano.
Kamu pasti pemain piano yang baik; paling tidak kan?
>>___<<
bukan mudah melawan nafsu
tapi kita ada pilihan ...
begitu?? ehkekekkeke
alvin, lu tgh bsajak ke?
mata meliar ke bazar. hampir 4,5 kali tawat tapi keluar dgn tgn kosong.
sebb sy pendek & tak nmpk makanan.
hehehe..
erm. syaitan dah diikat. ape lagi yang menghasut nafsu. petanda mmg perangai mmg mcm tu sejak azali.
entah kenapa aku menangis baca entry kau yg ni AJ
Frodo1
Ah, kamu memang tahu saja ya.
Untuk komen kamu, aku bagi markah penuh, boleh?
Tahu tak, sebab itu aku selalu tunggu entri-entri baru kamu sahabat =)
Frodo2
dan kalau ia pun, tak apalah. Ini laman mencapakkan huruf dan kata mengikut hati yang berilmu; boleh saja kan?
nasikputeh
janji tidak pendek akalnya sudah cukup tuh =)
yang diikat itu syaitan, tapi nafsu yang sudah berkawan dengan syaitan itu kadang2merajanya tidak terlawan.
cuma doakan kita dan mereka tau jalan benar sebelum sampai hujung nyawa kan nasikputeh?
jane
simpan la sedikit tangis kamu untuk hal-hal yang lebih indah ya Jane.
kamu jaga diri ya Jane.
be a better gurl that you being, yesterday.
=)
Post a Comment