Ya, memang tidak sempurna.
Tidak sempurna yang benar-benar tidak sempurna.
Ada saja cacat celanya.
dan yang tidak sempurna itu jangan lah di perhina keji melampau lampau oleh kita-kita yang juga tidak sempurna ini.
Kenapa?
Kerana, esok lusa, hari kelemahan kita pulak yang menjelma.
Cadangan penyelesaian?
Berkatalah dengan hikmah dan jujur hati, kerana itu adalah sebaik-baik perkataan.
Semoga Allah berikan ketabahan hati dan ketenangan jiwa kepada Ustaz Kazim Bin Elyas, Dato' Seri Haji Harussani B Zakaria, Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat dan lain-lain ilmuan.
Bukan pegangan politik dan cakap-cakap bermusim yang aku pandang pada kalian, tapi aku pandang pada isi-isi ilmiah pada basah-basah bahasa Al-Quran dan Islam.
Allah itu Maha Adil, bukan?
p/s: itu bukan retorik politik atau apa segala. aku cuma menjemput minda-minda kita berfikir atas dasar seorang Islam yang pegang pada panji-panji penghormatan. Kalaupun politik kita berlainan bahasa, tapi Agama kita tetap satu kan? Tuhan kita hanya satu kan? Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita lakukan kan?
10 comments:
Manusia.
Seringkali dihujani bebanan dugaan.
Manusia mana yang sempurna.
Sebab tu penuh dugaan.
Kalau sudah sempurna, tak perlu diturunkan dugaan cabaran semua.
Kita selalu mengeji pihak satu nya untuk memastikan pihak kita berjaya. Namun, di mana kesedaran kita bahawa kita, dia kau aku mereka semua sama dia mata DIA?
Manusia memang tidak sempurna.
Cari kesempurnaan itu dengan mencari DIA.
InsyaAllah. Ketenangan itu milik kita. =)
kesempurnaan manusia terletak pada akalnya.....
manusia yang sempurna pasti annoying..
Adeqq
Dugaan itu sendiri jalan hidup.
jalan belajar. Belajar dengan cara yang payah, tapi kekal nya lebih lama.
dan untuk mendekati kesempurnaan itu lah lahirnya dugaan. Dugaan dalam senang dan dugaan dalam sukar.
Itukan semua kerja atur yang Maha Esa :)
Berkata-kata lah kita dengan kebenaran.
Yang salah itu kita tegur betulkan.
Yang betul itu, kita iakan dan ambil pengajaran hidup.
Side mana pun, yang penting depa tetap side dengan Maha Agong Allah. Itu saja. Straight forward bukan?
dan seperti kata kamu; Cari kesempurnaan itu dengan mencari DIA; insya'Allah ketenangan itu milik kita :)
Ameen
b_rose
bagaimana?
akal itu sendiri tidak cukup sempurna.
cukup-cukuplah kita sempurna sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, yang mana kita ada salah dan silap, kita ada lemah dan kuat, kita ada akal sebagai guide, tapi kita tetap ada bias dan keterbatasan.
life with limit will make relationship bond better, i suppose :)
ian
oh, aku nak rephrase yours
manusia yang 'mengimpikan' sempurna pasti 'cukup-cukup' annoying
yelah, apa jadah nak perfect 100% kalau kita sendiri tak cukup perfect.
so, still looking for Ms Perfect?
hehe
boleh macam tuh?
aku suka ini AJ.
serius.
FrodoBaggins
tau kenapa ini wujud?
kerana aku sedih melihat ada hamba-hamba Allah yang naif menjadi lalang.menjadi petualang dalam nada bicara.
jadi pekik sini sana, sedang ulu asal ilmu itu tidak langsung dia fasih.
yang benar itu padanya adalah bicara orang-orang besar.
yang benar itu padanya adalah tulis-tulis akhbar yang dia percaya.
ah sedih.
yang jahil itu terang-terang dan terus-terusan kata yang lebih berilmu itu 'jahil'.
kan sedih itu.
AJ
dr sudut pandang saya yg biasa2
dan mungkin anak kecil ini.
sedih sebenarnya.
kenapa org2 yg begini
diherdik2 dimarah berapi2
dlm news dlm blog ...
kalau yg tinggi ilmunya
yg tegar kluarkan nasihat
biar disumpah seranah inipun
kita x pandang dan kecilkan
nasihat siapa lagi mau di dengar?
saya bicara ini lebih kpd agama
persetankan yg politik itu
sudah muak.
aduhhh
FrodoBaggins
Yang itu betul.
Orang-orang yang berkata mereka itu lurus dan telus, sebenarnya banyak yang buta dengan mata-mata politik.
Yang mereka benarkan bukan apa yang benar di dalam Kitabullah, tapi apa yang dibuih basah pada bibir-bibir kata caci maki dari sekalian politikus.
Yang mereka benarkan adalah blog politik dan akhbar-akhbar yang senget pembaris lurusnya; dan terang-terang masih samar benar faktanya.
dan yang jadi mangsa?
tua-tua yang menegakkan agama ini lah mangsanya.
mereka yang cakapnya satu di tambah menjadi sebuah lagu gurindam ikut sedap mereka; dan tnetu menjadi cerca yang serong sebelah lagi.
ah.
yang diutamakan bukan lagi agama; tapi suka-suka mereka.
lama mana sangat lah dunia ini?
entah2esok ja yang tinggal.
tapi itu orang tidak nampak.
aku pun sedih.
caci maki itu untuk siapa sebenarnya? untuk yang mencacilah hakikatnya.
terang-terang dah jelas yang dunia ini kian mengakhiri usianya. benar-benar makin hampir.
dan seorang demi seorang ilmuan dan yang patuh pada agama Allah panggil pulang sebagai buktinya.
seorang demi seorang.
yang tinggal?
dengarnya sedang kecoh lagi.
TS Harrussani ...
yang tinggal?
kadang2 gerun mau fikir.
FrodoBaggins
Memang masih hanyut.
Dah larut dalam mentaliti mereka yang orang yang menegur itu adalah musuh.
Jadi macam2gelaran hina muncul untuk Dato'seri Ustaz Harussani, AF Ustaz Kazim, dan Dato' Tuan Guru Nik Aziz.
ah, kalau mereka yang ilmuan ini salah satu dua hal, takkan yang benar segunung titiwangsa itu kita buang terus?
kan tiada yang sempurna dan semata-mata naif?
ah, aku sendiri gerun.
aku takut aku sesat esok lusa bila yang tolong pimpin ini tiada.
Aduh..
Post a Comment