Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 6 August 2010

Itu pengelaman. Ya, satu pengelaman.

Seperti berjumpa doktor sakit gigi. Bila nurse yang datang menjengah pintu darjah memanggil nama kita, mahu tak mahu kita bergerak lah dalam berat hati mahu ke klinik sementara di kelas sebelah bilik guru.

Ah, mahu di tampal apa gigi aku nih?
Dicabut kah?” mata menjegil ketakutan. Tapi kaki masih melangkah, penuh berat...

Ah, terpaksakan?
Tapi, kalau gigi kita sakit. Meraung tak ingat sopan dan santun dah. Mahu saja semua di hamun. Tanpa paksa pun kita bergerak ke klinik dan mengerang-ngerang di kaunter mintak di layan; kalau lewat, mulalah mahu di sumpah seranah.

Solat kita pada Allah pun seperti sakit gigi.
Jumaat itu seperti satu temujanji yang wajib. Mahu tidak mahu, mahu jugak lah hati ini. Kalau pun boleh lari, kena bijak dengan akal nakal yang mungkin berunsur kait dengan busuk-busuk iman kita.
Tapi, bila hidup kita sakit, berlari jugak kita mencari Allah. Cari rumah Allah. Cari sujud pada Allah.

Oh, maaf. Mungkin bukan semua.
Mungkin aku ja.
Atau mungkin ada seorang dua lagi yang sama.

Ramadhan dah tinggal esok lusa ja.
Hajat aku mahu mengatur jadual bertemu-Nya. Biar sakit ’gigi’ aku nanti aku dan sediakan dengan’bius-bius’ sabar dan taqwa terlebih dahulu.
Semoga aku ada sekederat dua untuk membimbit hati aku menuju rumah-rumah Allah.
Oh, lama benar aku tak menjengah sana.
Ya, Jumaat itu memang ada, tapi yang lainnya?

8 comments:

MOFASAD said...

bahasa kau tinggi...

beautiful_rose said...

bulan ramadhan hampir tiba...
nampaknya aku terpaksa menahan sebulan lagi untuk ketemu doktor gigi.
jika pergi sekarang mahunya temujanji berlaku pada bulan ramadhan terbatal pula puasa nanti.
tak mengapalah tahan sakit untuk 1 bulan lagi.moga keberkatan ramadhan bisa mengurangkan kesakitan dengan ubat2 amalan...

yusuf mujahidin ™ said...

selamat berpuasa AJ

Seroja Jingga said...

aku tak sabar tunggu ramadhan AJ.
promotion dari Tuhan akan segala pahala yang maha menuggu..aku mahu kurang2 kan bekerja..solat ku yg bnyak sekali tertuang...

terima kasih atas ingatan ini..

salam ramadhan untuk semua...

Adeqq said...

Jumaat itu selalu ada. Yang lainnya, pendatang rumah Allah itu lah. Ada yang terpaksa, ada yang takut segan, ada yang ikhlas, tawadhuk dan mcm2 gelagat. Aku juga harap mahu cuba yang terbaik Ramadhan ini.

Eh, jangan samakan solat dengan sakit gigi. Silap tafsiran, lain maksudnya. HEHE.

InsyaAllah. Samakan solat dengan makan. Bila makan kita happy, insyaAllah bila solat dan amal juga kita happy. Setuju?

^___^

AJ Nismihan said...

Farid
Tak lah. Aku cuma menulis ikut jalan hati. Jujurnya, aku mengagumi bahasa yang lain juga. Frodo dan hang sendiri ada entri-entri yang aku suka ulang baca. Ya, memang ada. So proud of you two too :)

Rose
Ramadhan itu sendiri satu 'ubat' untuk sekalian sakit dunia. Percayalah akan itu.
Insya'Allah gigi kamu tak meragam nanti. Ameen

Yusuf
Insya'Allah.
Terima kasih ya Yusuf.
Selamat berpuasa untuk kamu juga. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramdhan lepas. Ameen

SerojaJ
Aku doakan Ramadhan kali ini panjang untuk kamu ya Seroja. Dan semoga ini Ramadhan yang lebih bermakna untuk kamu. Ameen
Oh, maaf, aku memang tak da akaun YM.
Ah, kamu pasti bisa lebih kuat kan :)

Adeqq
Aku suka komen kamu di entri Frodo '6jam biasa-biasa'. Terima kasih ya Adeqq.
Dan aku doakan yang Ramadhan ini terbaik untuk kamu, dan kamu menikmati Ramadhan yang panjang.
Ah, itu bukan menyamakan, tapi metafora. Hidup ini penuh dengan Metafora yang bagai2. Apapun, terima kasih kerana menegur ya.
Salam

alhena said...

kebetulan tgh sakit gigi. tp.. sangat takut jumpa doc gigi.huhu

selamat menyambut ramadhan aj. semoga kita semua dapat terus beramal dan menambahkan amal di bulan yang memberikan seribu satu keberkatan ini.

:)

AJ Nismihan said...

hena
ah gi jumpa. takut tak da gigi pulak esok lusa bila kena cabut. hehe
Selamat menyambut ramadhan sama :)