Lebat sangat.
Hijau merimbun indah.
Lagi indah bila disimbah dengan biasan cahaya jingga menjelang menyinsingnya mentari.
Memang indah.
Dan seperti yang lain; hijau itu bukan hakiki ada.
Surut-surut dia akan gugur jatuh.
Ada yang gugur bilamana sudah lama mengering di atas dahan.
Dan ada juga yang melayang jatuh biarpun masih hijau mentah; dek kerana masanya sudah tiba.
Bila masa yang lain?
Itu semua rahsia.
Ada hijab yang Maha Besar menyimpan rahsia itu.
Cuma yang kekal pasti; sampai masa gugur juga.
Seperti hidup.
Kita yang hidup.
Dijemput itu sudah pasti.
Cuma, soalnya bila.
Jawabnya; bila-bila.
Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya.
17 comments:
cinta Allah itulah..cinta selamanye..
aku belum puas sujud pada DIA..sungguh..!
kerdilnya aku AJ..masih belum cukup lagi amal ku..jahil..
uh..airmata..tahan lah
Salam.
Entri kamu semakin hari semakin mendesak aku untuk bertanya. Kamu rasa semakin dekatkah? Jika ya, berdoalah semoga segala yang bakal berlaku dipermudahkan.
Kita memang perlu mengingati MATI. Itu perkara pasti. Maka, mengingatinya juga WAJIB. Bila kita sentiasa ingat, kita akan sentiasa mahu perbaiki diri kan?
Seperti kamu, aku pun belum cukup rasanya amal di dunia ini. Masih banyak perlu diperbaiki. DijemputNYA memang pasti. Soalnya bila? Hanya DIA yang tahu.
"Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya. "
InsyaAllah. Pesanan ini aku pegang sampai bila-bila. InsyaALLAH!
Terima kasih. Entri-entri kamu sangat membuat aku lihat siapa aku. Sama-sama lah perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi.
=)
adeqq
i just love AJ..maksud ku..nota nota disni buat aku terang mata..terng hati,...
syukur punya sahabat seperti kamu AJ
wah baru perasan bro dah kembali berpuisi...
[i]"Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya."[/i]
aku suka kan part yang ini :)
bahasa kau tinggi. aku cuba pelajari...
-__-
bila-bila saja kan kita boleh dijemput..
moga yg 3 itu dpt iringi..
sedap. suka gua baca.
AJ, aku juga suka entry ni. betapa hanya Allah yang tahu bila kita di jemput pulang. terasa2 entry ini mengajak untuk berfikir sejenak, sudahkah kita bersedia?
seseorang pernah berkata, "kamu tidak pernah terlambat untuk apa-apa"
jika kamu tidak pernah membaca Al-Quran, mulakanlah
jika kamu tidak pernah bersembahnyang, mulakanlah
jika kamu tidak pernah bertaubat, mulakanlah
jangan bimbang soal tidak selesai, kamu sudah mendapat pahala saat ia bermula
AJ, r u ok? :)
salam ramadhan AJ
yusuf
hari ni gelak tawa bersama..
esok antara kita pergi..
satu cerita kehidupan tertutup..
alfatihah buat semua yg telah pergi..
gua selalu gak terfikir bila satu masa nanti wa tada..ntah pahala apa yg wa nak persembahkan pdNya..
Seroja
ya, itu saja yang selamanya.
yang lain hanya pinjaman kan.
dan dasar pinjaman itu ada bayaran baliknya; dan pasti dihisab baik buruknya esok.
Ya, pasti.
Seroja, kita yang kerdil. sama-sama kerdil. tapi tidak pernah ada kata 'lewat' untuk satu perubahan baik kan?
:)
Adeqq
Dekat.
Kadang-kadang rasa seperti di cuping telinga sahaja.
Allah Ya Karim kan Adeqq.
ah pinjam pegang la mana yang baik; dan andai ada yang buruk, bagi tahu aku, biar aku perbaiki.
Aku dan kamu kan manusia biasa yang bukan sempurna mana pun, kan Adeqq :)
2nd Seroja
Aku yang patut panjatkan syukur itu kerna ada kalian-kalian disini.
Ya, syukur. Ilmu ini bukan milik aku pun, bukan?
Marcello
puisi?
ah panggil apa saja.
kadang-kadang ada buai-buai hati yang membisik di jiwa; dan disini aku terjemahkannya dalam susun kata.
itu saja.
dan ini semua; milik-Nya juga. Bukan milik aku.
untuk part yang itu, pegang la, Aku sendiri masih jauh...
MoFasad
Tidak ada apa yang asalnya milik aku; semua hanya pinjaman kan farid :)
aLy
ya. Bila-bila; dan panggilan itu sendiri satu kejutan kan aLy.
Berd
:)
Thanks Berd.
Hena
jiwa yang berfikir selalunya tahu yang diri belum bersedia; kerana tidak ada apa yang mampu lengkap di depan Maha Esa; selain mendapat berkat dan syafaat atas amalan kita. jika tidak 1000 tahun sendiri belum mampu.
dan pada yang tidak berfikir;tentu saja risau itu gagal wujud dalam jiwa. Bukan begitu Hena?
ah, aku ikut pesan kamu ya Hena.
Al_Quran aku sendiri selalu sejuk tidak berselimut dengan telapak tangan ini. Aduh...
p/s: Alhamdulillah, aku ok Hena. Dan aku sendiri hidup atas belas ehsan Allah kan :)
Yusuf (Anonymous)
salam ramadhan yusuf.
Semoga Allah beri kamu kudrat memimpin panjit iman di Ramadhan ini ya sahabat.
Ameen
Alvin
Al-Fatihah.
semoga yang tertutup itu satu buku cantik mewangi dan menjadi pelangi yang bawa kita menuju Firdausi kan Alvin.
dan semoga yang kamu dan aku tinggalkan itu adalah tiket express kita bertemu-Nya lah kan.
ah, kamu ada pesan yang baik2juga Alvin.
ada.
Aku sendiri kagum dalam fikir kamu; dan bukan semua berkata benar dalam intonasi susun kata yang sama bukan?
kan kita semua itu sendiri ada baik dan buruknya. Insya'Allah.
Ameen
hidup ini tidak ada kekalnya...
semua adlah pinjaman sementara.
kita diibaratkan seperti menyewa di muka bumi ini untuk tinggal sementara menanti hari kita di panggil ke muka pengadilan.
dan bayaran sewa itu harus di bayar dengan amal kita di dunia ini.
Pisau Belati
Ya. Metaforanya begitu.
Nafas dan nadi ini sendiri hanya pinjaman yang sementara.
dan, itu lagi masih kita bodoh-bodoh alang lupa dengan asal hidup.
Aku takut.
Takut sewa ini tidak terbayar.
dan pasti tidak mampu ku bayar semuanya hanya dengan amalan ku.
Ya, Allah berikanlah aku sedikit rahmat-Mu.
Dan semoga aku juga peroleh syafaat Nabi Muhammad s.a.w nanti.
Ameen.
ah, bukan aku saja, kalian-kalian mukminin mukminat yang seagama dengan ku juga; dan kalian yang membaca laman ini juga.
Ameen
sedap. wa pun suka baca.
Frodo
Alhamdulillah.
Aku tidak lebih dari seorang tua yang berdiri capek dan menulis di cermin yang penuh dengan habuk. Nampak dalam tidak. Kalau hang nampak, bacalah; mungkin ada sedikit yang boleh aku kongsikan. Kalaupun tidak, sekali imbas pun sudah cukup.
hahahaha
x gugur daun kering dari ranting mati
tanpa izin-Nya bukan?? sekalipun angin
ribut bertiup. phewwww ~~ :)
wa paham. wa dah lap cermin berhabuk itu.
ohoooooo hail AJ!
FrodoBaggins
ya.
benar.
xkan pernah terjadi sesuatu itu tanpa ada izin-Nya.
biarlah mati bagaimanapun, tapi kalau dikententuannya, ia masih bernyawa; dan hidup!
'Kun Fa Ya Kun' itu benar.
Post a Comment