“Kalaupun ada esok yang Beta gaduhkan, tolong jangan lari bila Beta kucupkan dahi. Jangan longgarkan kemas kejap bila Beta merangkul tubuh dengan kasih. Tapi, merajuklah jika itu perlu untuk waktu-waktu itu”
“Kenapa?”
“Pelangi itu cuma gah indah andai mata kita-kita melihatnya dengan hati. Kalau kita-kita buta dengan warna, pelangi itu kosong-kosong saja, bukan”
”Maksudnya?”
”Bila ada sedikit getar amarah yang bertandang, berduyun susun jahat hati yang halus menusuri buat fikir luar sedar kita. Tanpa di jemput, ada benih-benih tanggapan yang membusuk dalam jiwa cinta kita. Kecik salah Beta akan menjadi besar. Dan besar salah beta akan menjadi petaka. Maka, jangan jauhkan rangkul kasih dan kucup mesra Beta; moga-moga itu mampu pejamkan busuk-busuk itu dari terus membau”
Tersenyum.
”Jangan marah itu dilayan bagai ratu yang meraja. Duga Maha Esa untuk kita-kita tempuh bersama kan? Dan bukan untuk dilarikan ia dengan tangis yang menghujan tanpa wujud pasangan disini. Takut-takut singa yang menganga di luar bisa terkam Permaisuri sebelum Permaisuri sempat membuka kelip mata yang sekejap itu”
Dan untuk itu, beta benar maksudkannya.
Benar-benar maksudkannya.
18 comments:
kalau takde mata? jadi lah frodo.. si buta terkangkand di merata - rata. hahaha
kau komen macam gampang... nak amek rokok separuh kendur dari berd. hahaha
mofasad
mata itu ada. cuma mata itu celik atau tidak, kita yang pilih.
dan natijahnya; kita sendiri yang pilih, jugak.
'gampang' itu senang bukan. dan aku sendiri senang dengan compliment ini barangkali.
Terima kasih ya mofasad :)
hehehehe
xmo marah2 yer :D
mofasad:
oh, tidak.
memang tidak.
Anyway, thanks for droping by here ya Mofasad. Aku tau, blog aku nih tak senafas dengan gaya pernafasan kamu. Aku pun bukan orang-orang besar yang ada gaya besar dalam bercakap. Cukuplah sekadar berkongsi sekupang dua yang aku ada dengan kalian. Dan hang datang untuk memberi susun kata hang dekat sini pun dah cukup baik.
Dan itu tentu takkan buatkan aku marah.
Ya, takkan :)
hahaha... xde hal lah... ramai orang bercerita tentang kau... jgn risau... blog kau sebahagian blog wajib bagi aku. kenapa?
blog ko bukan cerita blog masakan atau blog bercerita tentang apa kobuat hari ini. hahahaha
=)...
like this!
mofasad
Datang saja.
Aku bukan ada pintu yang boleh aku tutup-tutup untuk pilih siapa yang boleh dan siapa yang tidak.
So, welcome to the board bro :)
Mut
Thanks.
Lama dah tak nampak kelibat hang di sini. Semoga semua aturan hang aman-aman saja ya.
marah2 sayang tidak mengapa bukan?
=) nice entry rasa tersentuh di hati...sangat syahdu sekali.
erk,kenapa aku tiba2 terfelling nieh?
rose
kan jiwa itu mudah tersentuh dengan hal-hal hati. Jadi tidak kisahlah kalau terfeeling pun; itu tandanya kamu ada hati; kamu ada jiwa.
Ah, itu memang normal sebagai norma-norma kemanusian kan?
Urm.
Manusia mudah melampiaskan marah pada orang. Namun, sejuk hati pun mudah bertandang jika ada yang memujuk.
Kekadang kita kurang sedar, kemarahan tu memakan diri. Bukan begitu?
entry ini amat menyentuh. Sang Raja itu sudah berpunya kah?Mahu jadi permaisurinya bisa? ^___^
Adeqq
dah. punya seorang puteri pun.
raja kata
"Permaisuri yang satu ini pun Beta tidak mampu penuhkan segala hajat dan hikayat, mana mungkin Beta mampu beradil saksama dalam hal-hal dengan yang lain; dan natijahnya bukan syurga untuk Beta"
jadi, memang tak da can la Adeqq.
apsal sebut nama gua parit kangkang?
cilake. babi!!
((ok, wa baca dalam2. pelan2.))
Frodo
kan untung tu, dekat mana pun kita timbul, kita ada kawan yang ingat akan wujudnya kita.
dan kalau musuh pun, depa slalu ingatkan kita dengan kelemahan kita.
ye tak?
sangat2 suka entry ni. bagai terpujuk hati sendiri. kebetulan memang tengah tersentuh hati. huhuh.
terima kasih AJ :)
Hena
Sama-sama
Kan berkongsi itu cara kita hidup :)
kenapa wa x baca lebih "dalam" lagi entry ni dulu... pinjam ayat2 ini nanti. nanti ...
>>___<<
((Wa dah ada idola baru ni!))
FrodoBaggins
ya. Kadang2air itu panasnya di permukaan, tapi didasarnya masih sejuk kan?
Ah, buat apa pinjam-pinjam. Ambik saja.
kalau baik, panjang-panjangkan, dan kamu amal guna. Esok-esok, kalau aku ada syurga, pasti ada jalur pahala dari kamu juga kan.
Ambik saja. Tak payah credit balik bagi aku pun tak apa ;)
idola? oh jangan. tahu tak, penyakit paling hina bagi orang berilmu adalah riak. dan bagi yang sedikit ilmu,sedikit riak sudah cukup buat aku binasa.Cukuplah panggil aku seorang kawan. Boleh?
Post a Comment