Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 5 August 2010

Kalau kamu ada semalam dalam kocek kamu, apa yang kamu mahu lakukan untuk esok?

"Mahu aku benar dan ikhlas dalam belajarku. Aku mahu betulkan bodoh aku hari ini yang aku wujudkan dari semalam. Busuk dan bangkai hidup aku hari ini pun sebab semalam lagi aku semai baja-bajanya"

"Aku mahu harumkan semula wangi-wangi kasih aku dengan pasanganku. Mahu ku susun bunga-bunga menjadi pelangi yang segarnya menjadi lestari ikatan aku dengan jiwanya. Mahu aku bekukan momen-momen romancesa itu menjadi buku yang dibelek-belek dalam senyum tawa, agar yang berterusan gelora hubungan kami hari ini tidak akan pernah bertemu kewujudannya. Agar tangis sedih perpisahan tadi tidak muncul dalam galeri hidup kami"

"Aku mahu abah aku balik. Aku mahu sujud pada kaki dia mohon sempurna kemaafan. Ya kemaafan yang benar-benar maaf. Aku mahu di sisi dia kala jemputan Malaikat itu sudah tiba. Aku benar-benar mahukannya"

Diam.

Semua diam sekejap. Mengerewang dalam fikir.

Hang? Bagaimana?

Tersenyum. Tapi bibir tu masih kaku dari merembes kata-kata yang lain nanti kan.

Andai aku balik pada semalam; aku masih lagi di leka yang lama, dan pasti aku masih tak mampu berbuat selain dari apa yang sudah aku lakukan semalam itu sendiri. Apa yang aku mahukan adalah esok. Esok yang masih aku mampu canangkan aturnya. Esok yang masih aku bisikkan doa pada pasangan jiwa ibuku yang sudah awal dulu menerima panggilan pulan. Esok yang masih aku boleh bahagiankan orang yang menghargai dan membahagiakan aku hari ini; dan esok yang masih ada untuk aku baiki buruk busuk aku semalam. Biarlah semalam jadi semalam, aku tetap mahu esok

Woi, cakap la. Hang macamana?” oh, itu semua bisik aku saja.

Bangkit berdiri. Mulut masih rapat membibir. Kaku. Cuma kemudiannya ada sekelumit kecil senyum yang terkumit di bibir; dan kemudian melangkah pergi.

untuk ini, diam itu kunci jawapannya’ dan terus pergi.

Hmm bongok tul. Tadi dia yang tanya, ni blah buat donno. Weng la tu

Ya Allah, andai aku ada esok untuk aku baiki hari semalam, engkau berikan aku sufi jiwa dan nur hati. Dan andai hanya ada hari ini yang tinggal, izinkan esok aku muncul dalam Firdausi mu. Ameen

13 comments:

MOFASAD said...

redha dan sentiasa senang dengan apa yang kita lakukan

:)

beautiful_rose said...

semalam dan hari ini punya cerita yang berbeza.

Frodo Baggins said...

wooohooooooo.
biar wa kunyah ranum aksara yg terangkai di sini dulu ...

siootlah AJ! semmat abesss..


((ok, wa sebak baca.))


>>___<<


... mau pulang juga.

Seroja Jingga said...

kalau bisa aku jugak mahu betul kan semalam aku yang bodoh..kalau bisa aku mahu ada suami yang jaga ku seperti semalam..yang belai dan jaga ku saat aku kesakitan..

tapi kita hamba AJ..
kerana semalam itulah..kita jadi hari ini...fitrah manusia..kita butuh sega galanye..

semoga hari ini atau esok atau lusa adalah yang baik baik untuk kamu.kita dan smua..ameen

lumut said...

aku akur bahawa semalam tak kan pernah wujud walau berzaman hidup sekali pon...

apa yg perlu aku pastikan bahawa esok2...takkan rasa sakit seperti semalam...jangan penghinaan semalam aku bawakan hingga ke esok....

sungguh aku lah yg rugi itu...

love this post AJ.=)

fndrcka said...

Kalau semlm dah ada dlm poket...biarkan je lah..

Berd said...

apa benda yang ada dalam kocek?

duit ke rokok ke atau kad pengenalan?

((owh kat sini la geng2 ayat mantap berkumpul. ok gua kena blah awal))

f.a.r.a.h said...

saya rasa kan bro, semua org kalau dapat peluang nak ubah hari semalam untuk jadi better hari nih, semua lari-lari nak. tapi, bila fikir balik, if setiap hari jalan lancar je, how are we going to learn from the experience kan?

Poppycock said...

Tak payah la ubah hari semalam. Kalau semuanya ikut plan dan baik je, bila masa nak rasa susah. Manusia lupa tuhan bila senang tapi ingat tuhan masa susah. Bayangkan jela kalau sentiasa senang.

baincardin said...

Salam Jumaat.

Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

AJ Nismihan said...

mofasad
ya, redho. yang jadi itu sendiri susunan Allah untuk kita, jadi sebabnya pasti yang terbaik untuk kita jugak. dan dengan redho baru timbul nikmat syukur itu.
insya'Allah

rose
berbeza itulah yang warnakan hidup kitakan.kalau warnanya cuma satu, alangkah boringnya lukisan jiwa kita. pasti saja kita tidak menghargai yang indah itu seperti mana kita menghargainya hari ini.

frodo
yang ada di sini hanya buah-buahan tinggal yang jatuh dari pohon kerna tidak di petik orang.
tak seranum segar gebu yang di atas pepohon itu, tapi paling tidak, ada segigit dua yang boleh buat lapar itu surut sedikit untuk langkah berikutnya.
kita pulang nanti-nanti ya. tapi, biarlah pulang membina pelangi firdausi ye tak :)

serojaJ
ya, kerana kita ini dibodohkan dengan tanggapan kita semalamlah kita ada hari ini untuk betulkan. mewahkan Allah itu, izinkan kita bergaul dengan ruang masa yang lain untuk betulkan hitam-hitam semalam.insya'Allah ini memadai.
oh, yang baik untuk esok dan lusa itu bukan kita doakan untuk aku saja, tapi untuk kita-kita semua ya. itupun, kalau peruntukan esok dan lusa ada untuk jasad kita kan.
insya'Allah

mut
ya.kamu tahu limitnya kan.
dan hitam-hitam itu jangan diulang tayang di mata kita hari ini mahupun esok kalau kita ada.
kita ada Allah yang bisa putihkan legam jiwa mahupun pokadot minda kita. biar yang hitam itu jadi sejarah, dan sejarah itu bukan lagi menjadi darah untuk esok lusa.
aku tau kamu boleh.
dan kamu juga pasti boleh menjaga diri dan akhlak mu kan mut.
Ameen

fndrcka
:)
biarkan saja kan fnd. biar di kocek itu, supaya kalau busuk pun, hidung dapat hidu, agar yang nak kita pergi ini tidak lebih busuk dari itu.
dan kalau wangi baunya, tidak lah kita lupa yang pelangi hidup ini ada jalur-jalur semerbak yang perlu kita nikmati; dalam jinjing pegangan dari-Nya.

f.a.r.a.h
thats exactly the point.
we cant never repair them and expect the perfectness of life.
we may do some other mistake, if not repeat the same stupid.
thus, just move on.
take lesson and be a well prepared non-perfect humanbeing.
above all; Allah always there for us as guide. The ultimate guide.

Mr. Hanis
ya, hang pun macam f.a.r.a.h
excatly the point.
hidup ini kena terus.
susah itu lumrah.
sakit itu perit, tapi hikmah.
dan Allah itu susun dugaan itu bukan untuk kita maki keji dan sesalkan, tapi untuk diambil pengajaran.
ah, Allah itu kan Maha Pengatur :)

baincardin
salam
aku dah jenguk laman kamu tadi
terima kasih atas jemputan ya bain :)
salam

alhena said...

kalau aku masih punya hari semalam, aku nk perbetulkan semua kesilapan yang pernah aku buat.

tapi.. tanpa kesilapan hari semalam, takkan menjadikan aku hari ni seperti ini.

dengan kesempatan yang ada pada hari ini, aku ingin menghargai setiap saat yang aku ada.kerana esok masih belum pasti

jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini :)

AJ Nismihan said...

Hena
mahu tidak mahu, aku bersetuju dengan kata kamu.
Itu sudah cukup menjadi rumusan dari entri aku kali ini.
dan sesungguhnya, aku suka yang ini
"jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini :)"

itu sendiri tanda syukur kita kan.
Alhamdulillah.
Jaga diri ya sahabat.
Salam