Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday, 10 August 2010

K U R A P!

Salam. Ok, entri nih boleh komen. Memang ada 2-3 entri yang aku tinggal tidak berkomen. Saja.

***

Apa yang digaru-garu tuh. Malulah.
Ah, aku gatal la.


Kurap?
Bukan. Bukan kurap. Aku bukan anjing kurap.
 

Habis?
Ringworms. Hehe
 

Tak ambik ubat?
Malu lah. Takkan nak aku kangkang depan doktor. Garu sudah.
 

Ko garu lagi melarat. Lagi besar. Esok2kalau nak kawin pun kena rejek. Nanti habis bisa semua bahagian.
Ala...
 

Ye. Betul la. Lagi garu lagi besar. Kalau tak ubat sekarang lagi teruk. Nanti semua pun jadi kurap.
Ringworms la.
Ya, what ever. Stubbornness is part of your default element rite?


***
Kalau sakit. Pi berubat. Garu tuh short term jer. Boleh reda sat jer. Tapi bisa tetap ada. Lagi merebak. Lagi sakit. Lagi teruk. Lagi buruk. Esok lusa kalau dah terlalu teruk, tak dapat ubat baru tau.

Macam hidup. Kalau ada najis2dalam jalan hidup kita, treat satu persatu dengan betul. Jangan pikir short term ja. Esok lusa, makan diri. Jadi bisa lain. Jadi hina. Sapa susah?

Hidup kena fikir jauh. Fikir destini. Itu sebab ada syurga, ada pahala. Betul?

17 comments:

aLy said...

bln puasa ni, smoga semua najis dapat dilenyap terus

CGG said...

hehehehhe:) senyum membacanye

Adeqq said...

Ringworms is kurap is Ringworms. HAHA.

Kita selalu fikir short term kan? Selalunya, benda yang tak ditapis dari awal, bila merebak memang tak dapat nak ubati. Macam penyakit hasad dengki, kalau awal2 dengki sikit2, natijahnya nanti akan merebak sehingga tua. Nak ubati sangat la payah.

Betul. metafora kamu sangat jelas disini. Najis-najis yang sedikit ni lah yang harus dihapuskan dahulu. Jangan sampai dah mendapat najis paling teruk, jangan kata datang dekat, 10KM pun dah terbau.

Pada masa tu, mula lah menyesal diri. Tak ada siapa akan sudi hampiri. Kan?

Dah nak hampir sangat dengan Ramadhan. Semoga kita dilimpahi berkah dari Yang Maha ESA. InsyaAllah. =)

Selamat Menyambut Ramadhan ya Akhi!

beautiful_rose said...

mencegah lebih baik daripada mengubati.
kalau dah melarat susah nak di cegah.nak berubat pun perlukan masa untuk sembuh.

ian malas log in said...

slamat puasa bro!

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

fez tyme disini..

salam..

wa dpt tau dari mak wa td..ubat kurap...opsss...silap..ringworm..dgn sapu air liur janda tua yg kawin ngan teruna muda..
wallahualam...
kalau ada najis dlm jalan hidup..jgn la elak najis tu begitu saja..lebih baik bersihkan..supaya org lain tak nampak najis dlmperjalanan hidup kita tu..
tapi mana dtg najis tu ekk??

Hellioz said...

betul...

g carik obat laju2

gyahahhahha~

Seroja Jingga said...

manusia memang tak suka berubat.
yang jahat itulah yang memang nikmat.

ini untuk aku juga.
thnnks AJ

jane said...

=)

AJ Nismihan said...

aLy
hilang terus mungkin tidak, tapi paling tidak, ada kurangnya dan menjadi semakin baik.
selamat berpuasa aLy. Nanti aku jenguk laman kamu ya.

cik GULA-GULA
alhamdulillah.
semoga senyum kamu berpanjangan dalam Ramdhan nih kan CGG.
Insya'Allah.

Adeqq
;)
Ah, memang la hang ni Adeqq. Dah siap sub-entri. Apapun, aku bersyukur, sebab makin hari makin aku suka dengan tulisan kamu. Tapi ingat; penyakit orang berilmu itu adalah riak. Kalau tak ubat, boleh merebak jadi kanser. Dan aku sendiri 'kadang-kadang' terjerumus dalam keriakan seorang manusia. Astargfirullahalazim. Takut la.

oh, Ramdhan dah. Selamat berpuasa Adeqq. Maaf kalau ada salah silap aku ye Deqq.
Tulis lagi ya. Aku pasti akan suka; insya'Allah :)

Rose
kan betul. Orang klinik pun agree dengan aku. cegah sebelum lewat. tegah sebelum silap :)
Rose, aku nak mohon maaf jugak ya. Salah silap aku. Untuk hang, semoga Ramadhan ini buat makna yang terbaik. Ameen

ian-man
selamat berpuasa gak Ian.
dah buat part time yer?
buat la terawikh gak walau penat tau. Buat sendirian atau berjemaah di rumah pun boleh. Asalkan buat dengan penuh hati. Kan rugi kalau terlepas tuh.
Dan kalau boleh, cari lah tazkirah ramadhan untuk jadi pengisian hati. Dengar tazkirah ilmiah lagi tinggi pahalanya dari solat terawikh tau.
Allah hu akbar.
dan kamu; penuh2kan amal ya :)
Aku mintak maaf salah silap aku ya Ian. Untuk kamu, awal2dah aku maafkan; kalaupun ada.
Entah lah, kadang2rasa macam ni Ramadhan akhir aku. Ops :)
Salam

Alvin
Oh, terima kasih kerana datang.
Ya, benar-benar terima kasih.
:)
waalaikum salam Alvin
Tips ya? ah, manusia nih kadang2percaya dengan 'kata-orang-tua' lebih dari kata tafsir al-Quran kan.
Semoga kita pelahan2beralih pada golongan yang makin hilang tuh.
aku sendiri masih jauh, tapi cuba...
mana datang najis tuh?
ah, itu dari kita sendiri.
dari hidup kita.
kan kita manusia yang tidak sempurna; dan natijah dari cuba mencari kesempurnaan yang tidak kita halal haram itu, lahirlah tahi-tahi najis dalam hidup.
Busuk.
dan menghitamkan hati.
Ya Allah, mintak jauh lah dari kita-kita kan.

dan seperti kata kamu; langgar saja najis tu.
Ya, kadang2kita perlu. kalau tidak, hati ni dok berbisik mau tahu bagaimana dan macamana rasanya.
ah, biar jatuh sekali; dan bangkit menjadi diri. kalau tak... sama hanyut dan jadi kudis buta dalam hidup.

oh kamu ya Alvin, aku doakan ramadhan kamu dan aku lebih bermakna tahun ini kan. Semoga kamu di Rahmati Allah selalu Alvin.
salam ramadhan ya karim.

Hellioz
:)
Ubat kehidupan kan.
Kamu puasa hari ni?
Aku harap ya. Tapi, kita puasa jangan tinggal solat ya.
Soalt itu tiang. kalau agama tiada tiang, pincang lah jadinya.
Ah, kamu pasti saja sudah soalt dan berpuasa. Aku cuma berbisik dengan diri sendiri.
Slaam ramadhan ya Hellioz. Dan moga kamu dirahmati Allah selalu.
Ameen

Seroja
Itu manusia biasa.
dan kita bisa jadi yang lebih biasa; pulang pada lumrah kejadian kita iaitu sujud pada Allah. dan sujud pada Allah itu sendiri berpulang pada kebaikan kan Seroja :)
Ini pesan untuk aku sendiri jugak
dan untuk yang lain.

untuk kamu; Salam Ramadhan.
dan Ramadhan ini banyakkan senyuman ya Seroja. Senyum syukur pada-Nya. Kamu tahu itu kan :)
Aku mintak maaf salah silap aku ya Seroja.
Salam.

AJ Nismihan said...

Jane
Menulis ini bagi aku adalah untuk mententeramkan jiwa dan berkongsi bicara fikir. Kalau betul kamu fikir berhenti menulis itu lebih membawa tenteram dalam hati, berhenti la sekejap. Dan kalau kamu mahu menulis semula, aku yakin berduyun yang menadah depa tangan mengharap huruf-huruf kamu turun dari langit.
jadi, pilihlah yang terbaik pada kamu.
aku tahu tulisan kamu mengembirakan.
tapi aku lebih suka kalau kamu menggembirakan diri kamu sendiri.
indah kan.
Sesungguhnya Allah itu suka pada hal-hal yang indah.
Insya'Allah.

dan sebab itu; indahkan amalmu dalam Ramadhan ni ya Jane.
Amal lah seboleh kamu.
Insya'Allah, balasannya lebih mengharum dari jangkaan kita.
Selamat berpuasa Jane.
Aku pohon maaf salah silap aku dengan kamu ya.
Salam

nasikputeh said...

mane kurap meh nak tolong curah air panas..hehe

paling bahaya. ia berjangkit.
hapuskan lah..

AJ Nismihan said...

nasikputeh
Eh air panas bukan solusinya.
Mungkin air garam boleh.
Takut jugak.
kalau-kalau tangan yang begitu yang menggaul masak masakan juadah berbuka kan :)
Subhanaullah.

Ah kamu first time di sini bukan?
terima kasih ya nasikputeh.
Semoga ibadah Ramadhan kamu indah-indah belaka.
dan semoga nadi kamu sentiasa ada bunga dan wangi dengan sabar dan syukur pada-Nya. Ameen

norfaridahanum said...

uish!!!aq baca nih smbil makan nugget.adeyh! wrong timing btul...
siapa2 yg berkenaan..doktor sedia mmbantu kamu.walau aku akui kadang ada yg berperangai hantu...toink

AJ Nismihan said...

Dr Anum
erk, nugget jam 3.38pm msia? maknanya 1.08pm di India?
erk. aku salah kita barangkali.
Eh kamu doktor jugak kan?
Takut aku kalau nak jumpa berubat dengan doktor semuda kamu.
Lagi malu.
:)

Ah, 'kurap' tu semua ada dalam hati. Dalam jiwa. Datang lepas hilang. Terus-terusan datang nak menyerang dan cari pasal. Kan hidup ini dijanjikan ujian?.
Cumanya, aku harap aku bisa jumpa rawatan mujarab itu berkali-kali kan.
Insya'Allah

░♥si lampu neon♥░ said...

macam buat esaimen laaa kalau buat satu hari seminit mana nak siap..cube buat esaimen sehari 5 jam tanpa makan dan borak2..mesti siap punye...betul ke? haha

AJ Nismihan said...

Neon
Betul neon. 'Cikgu' always being a 'Cikgu' everywhere. That is simply great neon :)
kamu mesti sibuk siban dengan dunia praktikal dan dunia nyata kamu kan.
terima kasih menjengah sini :)
and i cant agree more than what you write there. Ah, metafora lagi?
hehe