Percayalah, setelah beberapa kali mencuba, aku mengesahkan
menulis kistot/kispen/cerpen lebih kompleks dari melempar kata di entri blog
ini. Setidaknya, itu yang aku percaya.
***
12 haribulan
“Aku tidak mampu
bahagiakan kamu. Pergilah cari orang itu! Pasti dia mampu bahagiakan kamu. Dan
dia lebih layak untuk kamu!”
“Awak sudah
bencikan kita?”
“Tidak. Sesekali pun tidak. Cuma..”
“Kenapa harus ada
cuma? ” pipi mula basah.
“Percayalah,
nanti kamu akan faham” dan berlalu, laju.
Hujan mula turun.
Lebat. Benar jangka cuaca di berita tadi, panas tak sampai ke petang, ada hujan
lebat berselimut taufan di hujung hari.
***
COMPOSE
Kalau nanti-nanti saya boleh
awak fahamkan, kenapa bukan hari ini saya difahamkan terus?
SENT
***
13 hari bulan, 5 bulan ke hadapan.
Manusia yang
ramai tadi semua sudah mula pulang. Yang bersampin dan mula lucut dan bersandar
menunggu penat reda. Tinggal hanya berdua-tiga manusia, pelamin dan bunga-bunga
yang tunggu tuannya datang tuntut saja.
“Abang ok?”
Naurah membetul simpuhnya disebelah Amir. Teh suam nipis sopan disuakan kepada
sang suami.
“Alhamdulillah”
dan senyum, yang manis. Kalau bertengkolok merah hati tadi lagi manis. Mahu
mati diabetes dengan manis itu pun tidak apa rasanya.
“Pengantin ni,
tak habis-habis lagi berkepit nih!” ajib, juru gambar mereka. Entah beribu
momen manis pasangan sahabatnya terakam di DSLR kesayangannya. Sudah
berkira-kira untuk susun letak ‘customised album’ mereka, barangkali.
“uhk, uhk!”
batuk. Amir batuk. Cangkir teh tak sempat dicicipkan ke bibir sudah tersamping
ke sisi. Dada amir bergetar lagi. Batuk!
“Abang!” Naurah
sempat. Telapak tangan berinainya sama memengan tangan Amir di dada. Amir batuk
lagi. Berdarah kali ini.
“Ya Allah, kenapa
ni?” semua yang ada mula berkerumun. Semua tumpu pada mereka.
“Abang, mengucap
bang” Naurah meriba suaminya. Telapak tangannya tak lepas.
“Cepat siap
kereta. Cepat. Kita pergi hospital”
“Mengucap ya
bang. Sabar ya” masih, tak lepas.
“Allah... ucap
Allah bang” dan kini baru lepas; air matanya terlepas turun dari pipi itu
sebelum sempat diredakan hati. Ah, sabar!
“Maafkan abang ya
Naurah sayang” jatuh lagi air mata itu. Kali ini makin tidak tertahan.
“kita jumpa ya”
dan senyum dalam pucat wajahnya, dan senyum lemah.
“Cepat angkat,
kereta dah tunggu” tapi tak sempat.
“Allah...”
lafaznya akhir, dan baru terlucut genggam tangan kepada isterinya.
“Abang!”
***
Malam Jumaat, tahun yang kemudian-kemudian
“Ya, Allah,
semoga kamu tempatkan dia dikalangan kekasih-kekasihmu yang kamu sayang ya
Allah, dan jadikanlah aku bidadari yang menjadi makmum bertakwa kepada dia di
sana juga ya Allah. Ameen.” Dan berderai, lagi
[Epilog]
“Awak, kalaupun
benar sakit itu sebabkan hayat awak tidak lama, tolonglah jangan seksa saya
dengan memutuskan apa yang kita bina bersama. Tolonglah nikahi saya dan biarpun
sekejap, bahagiakan saya untuk saya kenang sampai hujung dunia. Berilah peluang
untuk saya halal merindui awak selama hidup saya. Tolonglah saya awak. Tolong”