Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 27 February 2013

Andai


Origin from Annamir's Flickr.
Jika hidup hanya berandai dan ber’kot’ pada lafaz dan basah bibir kamu, tak ada satu pun mudah disudahkan.
Ia ibarat menyembelih dengan pisau tumpul.
Menyeksa sang korban yang mulanya ikhlas dikorbankan pada jalan Tuhan.
Menyesakkan peri manusia pada yang memerhati; dan mana tahu, jatuh haram pada pengeksaan dan korbanan itu nanti.

3 comments:

Sigaret Perisa Kafein said...

Salam, aj.

harus, bagaimana?

kadang pengalaman lepas buat kita terfikirkan semula. bukan tidak belajar, tapi kerna sudah diajar, jadi begitu.

terus saja?

-AsaSiaga-

Saidun said...

AsaSiaga
Salah itu anggap bagai hantuk kepala kamu ke meja tika terlalu 'khusyuk' dengan lena kamu dalam kelas; dan ia bukan semata untuk hidang kamu sakit, tapi lebih untuk bawa kamu sedar dan mencari alternate untuk teruskan 'mendengar/belajar'.

ah.

panggil dengaran/pelajaran ini sebagai hidup; kehidupan.

kan?

*senyum*

Macy Humaira said...

Salam AJ.

oh jawab dahulu salam di atas ;)

Kot. Janji tanpa usaha sentiasa sukar disudahkan.

Dan, analogi itu sangat baik..