Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 16 September 2013

Lorek Peta

Pic origin from this site.


Menghidupkan sebuah kehidupan seperti melakar peta kehidupan kamu sendiri. Perlahan kamu jalan, kamu lakarkan atas lukisan. Bila berjalan salah, kamu panda padam dan lorek semula. Barangkali, catatan rajah kamu tak sama dengan semua, tapi itu sebetulnya apa yang kamu percaya benar dari pandangan kamu.



Sesekali berhenti singgah, berkongsi pandang pada yang lain, dan menilai semula yang betul itu masih seperti yang kita percaya atau tidak.



*senyum*



Percayalah, semua seperti kita, melakar pada lukisan yang dipercayai benar. Maka jangan kamu buang percaya kamu, tapi jangan kamu sanggah percaya yang lain. Buka mata, pandang dan dengar; Tuhan buka hati kamu apabila kamu mula cuba terima.



Kan?


*senyum*

3 comments:

Anonymous said...

Mana kamu aj
Bila lagi mahu datang dengan kata-kata kamu

Macy Humaira said...

rujuk semula komen di atas. barangkali komen macy bunyinya seakan begitu :)

AJ said...

*senyum*
insya'Allah

ada waktu, ada ilmu, mahu aku isikan.

biar dahulu, dari semata memenuh masa, dengan kata yang entah apa.

kan

*senyum*