Pic origin from this site. |
Menghidupkan sebuah kehidupan seperti melakar peta kehidupan
kamu sendiri. Perlahan kamu jalan, kamu lakarkan atas lukisan. Bila berjalan
salah, kamu pandai padam dan lorek semula. Barangkali, catatan rajah kamu tak
sama dengan semua, tapi itu sebetulnya apa yang kamu percaya benar dari
pandangan kamu.
Sesekali berhenti singgah, berkongsi pandang pada yang lain,
dan menilai semula yang betul itu masih seperti yang kita percaya atau tidak.
*senyum*
Percayalah, semua seperti kita, melakar pada lukisan yang
dipercayai benar. Maka jangan kamu buang percaya kamu, tapi jangan kamu sanggah
percaya yang lain. Buka mata, pandang dan dengar; Tuhan buka hati kamu apabila
kamu mula cuba terima.
Kan?
*senyum*
3 comments:
Mana kamu aj
Bila lagi mahu datang dengan kata-kata kamu
rujuk semula komen di atas. barangkali komen macy bunyinya seakan begitu :)
*senyum*
insya'Allah
ada waktu, ada ilmu, mahu aku isikan.
biar dahulu, dari semata memenuh masa, dengan kata yang entah apa.
kan
*senyum*
Post a Comment