Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 7 December 2011

Untuk parut itu.



Biarlah parut pedih semalam berbekas hitam pada betis mulus itu.
Paling-paling tidak, Maha Esa beratkanla hati kamu dan jauhkannya dari membiar dedahkan mulus itu pada tatapan khalayak.
Walaupun yang mahu elakkan adalah nampak gelap parut hitam itu dan bukan pada hitam hati naluri kamu.
Hanyalah andai kita lebih tahu.

***

Yang disuruh itu bukan berkurung, malah bukan juga bertudung semata.
Yang disuruh adalah bertutup dan melabuhkan pada dada-dadamu.
Barangkali, kainya tak lekat dijahit benang-benag; lantas terbiar tersingkap pada langkah-langkah lembut mereka.
Oh.

***

Yang dipohon ikut itu bukannya pada ustaz mahupun ustazah, tapi pada ilmu yang diikat Islam pada tiang-tiang akidah jelas.

***

Maka.
Kalau yang kita pandang hanya pada iklan gazzet cereka, pasti kita tak lebih dari tahu meneka-neka dan percaya jalan cerita filem yang sebenarnya.
Bukan begitu?

2 comments:

Anonymous said...

adalah indah sebenarnya melihat yg bukan ustaaz atau ustazah menegur dan yg paling penting sedar akan kewajipan sebenarnya. bagaimana sebenarnya. sering saja dirasa sudah tutup sempurna sedangkan sebenarnya ketat itu membuka segalanya.

AJ said...

maCy
jangan kita pegang pada apa yang kita 'anggap' kerana anggap itu teka-teka, dan teka kita masih selalu salah dan disalahkan.

maka.
biar berdiri dengan kaki yang kemas letakknya.
dan biar ada isi.
biarpun tidak penuh, paling tidak, kita cuba dalam setiap duga.

hidup ini harus ada uji.
kalau tidak, pasti lebih baik 'mati'; barangkali.

dan siapapun kamu, jadilah bukan orang yang rugi.

*senyum*