Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 12 December 2011

Ber-Jalan


Berjalan itu yang amannya dalam redup.
Ada sepoi-sepoi angin.
Sambil berucap sepatah dua dan tawa-tawa kecil sopan.

Tapi.
Dalam lumba jalan, bukan begitu.
Tak ada lain dari terus dan lurus dengan mata tajam.
Ada hala tuju jitu.

Oh.
Barangkali hidup begitu.
Nampak lebih manis kalau mampu santai dan seaman jalan-jalan manusia.
Tapi, sebenarnya ini satu perlumbaan.
Berjalan tapi masih harus laju.
Tuju jalan yang satu.
Trek-nya tak boleh sasar.
Harus yang itu, dan kekal itu.

Tapi.
Ada juga yang berlumba buta-buta.
Santai mencari pendedahan dari menang persembahan.
Tahu tentu kalah dari belum melangkah.
Alasan?
Diri tak mampu.
Yang lebih Nampak, mereka tak mahu.

Barangkali.
Mereka seperti kita-kita yang mengalah sebelum mengerah.
Mengikut arus tapi jalan sendiri tak terus terurus.
Hanya ketawa gelak walau dah kalah bergalak.
Dan hidup.
Hanya menunggu mati.
Oh.
Barangkali.

*sedih*

7 comments:

Mrs Nurul said...

=) morning !

AJ said...

Neon
Pagi Cikgu
*senyum*
semoga hari ini hari yang baik untuk minggu yang baik-baik ya Neon.
*senyum*

Pembunuh Tanpa Bayang said...

sedangkan berjalan kita boleh tergelincir inikan berlari.

ada pula yang lebih suka berjalan secara santai sambil meninjau-ninjau alam sekeliling menikmati sepenuhnya nikmat hidup.

dan tak kurang pula yang berjalan laju seperti mengejar sesuatu.

Boneka Tak Sakit said...

fu dah mcm rthym rangkap lagu rap :))

AJ said...

PTB
berjalan itu hak masing-masing.
pasti ada yang bising begitu kan?
tapi.
tak salah untuk kita berhenti.
dan bertanya.
"Mahu saya pimpin?"
untuk ke jalan yang benar.

dan kalau mereka tolak juga, sedaya itu saja yang termampu oleh kita; barangkali.

BTS
*senyum*
mungkin, masih jauh.
rap pun, ada kalanya lebih sopan tegurnya dari madah cinta yang leleh lagunya kan?
*senyum*

Anonymous said...

tak mahu menyerah sebelum mencuba.
tak mahu berjalan perlahan kerana tamakkan masa.
tak mahu berlumba kerana takut tersungkur dan terluka.
bukan tak mahu mencuba tapi biarlah cubaan hanya untuk menandingi diri sendiri bukan untuk melihat siapa hidup siapa mati.

AJ said...

maCy
oh.
berperang dengan potensi diri itu satu permulaan.
dan sekecil-kecil langkah buatkan langkah besar nanti-nanti lebih kemas kejap duduknya.
dan dari situ duduknya kukuh diri atau hanya seperti lelayang yang sekejap tinggi, sekejap jatuh ketanah sungkur rebah.
kamu dah mula baik.
dan pastikan esok lebih baik.
*senyum*
boleh kan?