Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday, 13 December 2011

Kita ada kompas dan peta.


Dua petunjuk yang perlu kita baca. Tapi, marhaennya manusia, bacaan kita tak cukup benar tepat; sebab ilmu kita tak benar dalam darjahnya. Maka, tersesat lah hendaknya.

Maka, salah peta kah? Salah Kompas kah? Atau semata salah kita yang culas tafsiran?

Arakian,  kalau lah orang ‘ber’agama Islam itu semborono dalam amalannya, masih salah agama Islam itu kah?

*senyum*

Jangan kita nilai pada manusia yang ada padanya, kerana manusia itu sendiri setidak sempurna kita walaubagaimanapun. Maka, nilailah isinya seperti mana kita mahu dinilai isinya nanti-nanti.

Bukan begitu?

Atau komas itu tetap salah juga?

16 comments:

Cik.Penglipurlara said...

kalau hidup dah berdasarkan peta dan kompas yang benar, jika masih tersasar juga bagaimana?

Masih salah peta atau kompas itukah? atau diri sendiri yang memang benar-benar tidak mengetahui apa sebenar2 yg perlu dilakukan disepanjang kehidupan itu?

AJ Hanif said...

cik.P
seperti yang aku maksudkan.
'kompas' itu benar.
'peta' itu benar.
tapi marhaennya manusia, bacaannya bisa tersasar.
Maka jangan disalahkan yang benar bila yang menyalahkan kebenaran adalah kita-kita sang manusia.

balik pada 'puncanya'.
dan cari bearing yang lebih jelas.
hidup perlu ada panduan.
dan panduan juga perlu ada penerangan.

itu sebab, belajar perlu ada gurunya.

dan barangkali, itu sebab gaji guru lebih besar.

*senyum*

dan barangkali, itu sebab kerja 17 lebih besar dari Jusa kan?

*senyum*

HEROICzero said...

Salam AJ .

di sini rupa nya kau bermain . lambat juga aku cari jejak nya . maaf.

=)

Untuk post ini , aku teringat post kau , perokok yg menasihati org lain merokok .

masih dengan , bukan manusia yang menasihat utk kita pandang , tapi isi nasihat dari manusia itu .

dan untuk itu , terima kasih . =)

AJ Hanif said...

HEROIC-not-zero
Salam sahabat.
aku yang terlalu nomad. berpindah macam jadi isi hidup pulak. Insya'Allah, biar yang sini sudahnya.
*senyum*
dan kamu, makin aku suka.
penulisan kamu dah jadi ikutan aku sendiri.
teruskan memesan dalam kata-kata, dan nanti 'Dia' yang balas semua.

yang penting, bukan siapa kita untuk memesan, tapi pesan kita untuk semua. yang baik itu biar berbenih-benih.

kan?

*senyum*

bukan maaf untuk kamu, tapi terima kasih.

dan kita sahabatkan.
jangan kamu pandang siapa aku, tapi pandang isi tulis aku, sebab itu lebih kacak dari keduanya.

*senyum*

dan untuk kamu, terus jadi Hero ya.

yusuf mujahidin ™ said...

Assalamualaikum AJ


*senyum*


selain kompas dan peta kita juga ada akal untuk berfikir dan mencerna apa yang baik dan tidak untuk kehidupan ini

oh, pagi tadi aku tertonton rancangan tanyalah ustaz. katanya, "dunia ini hanya sementara.."

dan aku berfikir panjang...

AJ Hanif said...

Yusuf
guna akal itu untuk mentafsir sekaliannya; cumanya akal itu kekal akal, dan sadaqallah itu kekal sadaqallah-nya.

tak boleh kurang dari yang ada, kerna sementara itu lebih pendek dari sekejap.

dan kita saja yang nampak panjangnya.

percaya atau tidak, setiap kali tune kepada sudut ilmuan, pasti yang berpatah keluar dari semua ilmuan itu ketuk-ketuk kena pada kita. kenapa? kerana kita ini terlalu sempurna dalam ketidaksempurnaannya.

oh.
aku sendiri.
berpesan pada diri.
dan sahabat seperti kamu.
moga ada lagi pesan-pesan yang mampu kita dengar sebelum dijemput 'Dia'.
Ameen

Cik.Penglipurlara said...

kerja 17 lbih besar dari jusa mgkin secara kasarnya bilamana tanggungjawap itu tidak terletak atas bahunya secara total.

apatah lagi kerja 17 itu bertindak penasihat yang kurang btul kpada kerja54. susah. sukar. aku btul2 berada di situasi yg sukar.

sehinggakan kadang2, kompas dan bearing aku tersasar jauh. keciwa mungkin dgn apa yg sdh berlaku?

*senyum*

Lady Windsor said...
This comment has been removed by the author.
mega senja said...

Salam AJ,


Yang menjadi pergulatan dalam akal fikir aku kini...ramai manusia mengaku hidup ikut peta dan kompas tapi apabila berfikir mereka tidak guna akal, sebaliknya nafsu menjadi raja..bagaimana harus ditafsirkan manusia begitu?

pisau belati said...

biarpun ada peta dan kompas tapi sering saja tersalah tafsirannya.yang petunjukkn itu sudah benar dan tepat bacaannya cuma kita terkadangnya sering salah dalam memahaminya.

EL MARIACHI said...

salam AJ (backstreet boys ke?..kakaka)

dapat jugak aku jejak kamu di sini...KOMPAS dan PETA ada di tangan..manusia takkan teruji keikhlasannya selagi belum teruji imannya dan lepas tu baru boleh POWERED UP lagi...itulah tujuannya mungkin ?
sekadar pendapatku juga yang jahil ni...

maCy said...

perjalanan benar perlu dipandu peta dan kompas. dan hakikat sebenarnya pembacaan itu memang tidak cukup. masih perlu yakin diri masih juga perlu pengalaman lalu buat pedoman juga tafsiran serta andaian kira-kira berlaku perkara tidak terjangka sebagai persediaan.

dan manusia, sememangnya belum sempurna dan tidak ada sempurna. kerana sempurna itu milik Dia cuma. usah dinilai hanya pada harga sekali lalu, kerana pasti ada lebih dan kurang pada isi yang belum diketahui.

AJ Hanif said...

Cik.P
Pada tiap gerak kita, ada saja birai-birai pesan yang menyingkap dengar kita. Kitalah yang pilih, mahu mengambil yang busuk, mahupun seharum mana. Letak dirinya dan duduknya kita pun, perlulah berpaksi pada yang benar. Barulah terang suluh jalan.
Oh.
Pada mereka yang terkebelakang, lahung saja sekuat mampu.
Kalau mereka tuli, kita setidaknya dah melempar daya.
selanjutnya, biar 'Dia' yang memimpin kita membimbitkan mereka yang tersasar ke jalan pulang.
Tapi.
Kunci bearing kamu dulu. Tersasarpun, paling tidak, kamu bisa sedar. Lainlah kamu mahu pejam dan akal duduk pada diam.
*senyum*

mega senja
salam untuk kamu MS.
disukat bukan takat yang berbuih basah pada bibir ucap mereka.
tapi.
pada duduk hati.
atas tingkah diri.
dan akidah yang sudah-nya.
oh.
siapa mereka?
sama seperti kita.
golongan yang terleka dan mencari; jalan yang tak sudah-sudah, tapi hanya di depan mata.
barangkali.
*senyum*

pisau belati
bila kita tersalah letak faham kita.
maka.
salahlah baca kita.
dan pasti.
bearing tuju juga salah.
maka.
bertanya.
dan berpeganglah.
pada 'Dia'.
satu yang tidak pernah tidak benar.
dan kita tahu itu Maha Benar, kan?
*senyum*

EL Mariachi
BSB?
oh.
Barangkali, aku lebih polos dari mereka; dan tentu tak sekomersial mereka-mereka dunia.
*senyum*
yang di genggam tangan itu benar.
cuma.
pasti diuji nanti, setakat mana kita percaya; sedangkan kita tahu, yang benar itu satu.
dan pasti.
bukan hidup kalau tak dicoba.
dan.
berpesan pada secubit dua yang kamu tahu yakin benar itu lebih baik dari bijak sebuana alam tapi diam dan membatu dari sekalian batu.
dan kita semua masih belajar.
dunia takkan pernah sudah untuk difahami kan?
*senyum*

maCy
dah kamu rangkum semua.
kamu libas susun kata aku dengan patah-patah bahasa kamu.
ya.
aku setuju.
dan sempurnanya kita bila kita tahu kita tidak sempurna, tapi masih berbimbit usaha mendekati Sang Sempurna Yang Maha Satu itu kan?
dan kita bukan seorang; asalkan kita mahu pandang.
Terima kasih maCy untuk pesan kamu.

Bidadari Syurga said...

2 itu kita pegang... tetapi apakan daya... paling kurang mahu bercinta dengan Pencipta... kamu masih tidak pernah tahu ke semua nama2nya... lantas... siapa kamu? cinta jenis apa...?

jauh kita berjalan... memegang 2 yang perlu kita perkemaskan... tetapi masih juga buta... paling kurang kabur... untung kabur kalau arus anginnya bisa kamu hidu... dan kamu masih juga lagi keluh...

cuba duduk diam... pandang 2 yg wajib si islam itu pegang... dan teorinya mudah... sebagaimana kamu mahu kenal cinta... sebegitulah juga CINTA itu perlu kamu habisi 99 sempurnanya... insyaallah perlengkapkan 100 bahagian... dan 2 yang masih di tangan... kelak akan indah....

ps: barangkali aku sudah terlalu lama mahu bercerita begini... cuma jalanku yg baru agak keras dan berliku tidak seperti sebelumnya yg agak landai dan bercahaya... di sini... jalan hanya punya merah... dan sedikit putih agar jasad masih punya pandu arah untuk ke arah Dia...

maCy said...

err apa maksud kerja 17 AJ? seperti balasan komen AJ atas2 sana.

maklum, saya guru pelatih cetek ilmu kurang membaca >.<"

AJ Hanif said...

Bidadari Syurga
Selagi selam kita tak cukup dalam, kita takkan tahu indahnya dasar itu. Dan sekejap pada dasar air laut, jangan borak lahung sepelusuk bumi seperti tahu segala.
sedang.
dalam hati.
tiang-tiang agama pun usang dijamah anai-anai; itupun jika ada tiang berlima, tiang berenam.
dan setuju aku pada penegasan kamu.
99 nama itu mula bicara.
masakan kita mampu cukup sayang kalau namanya sendiri kita tak pernah tahu, kan?

*senyum*

berceritalah lagi, selagi kamu mahu. Kalaupun bukan aku yang membaca, pasti ada yang singgah tumpang berteduh untuk sepintas lalu menumpang redup.
dan kamu tahu, ada aman selepas hujan; sebelum nanti hujan semula.
ada tenang selepas dugaan; sebelum nanti duguaan datang semula.

*senyum*

hidup ini untuk Dia.
dan siapalah kita kalau ber 'uh' dengan cerita Dia. kan?

*senyum



maCy
kamu empat satu kan?
oh.
bulan depan, sudah jadi 1-1.
dapat?
*senyum*