Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 28 December 2011

Ber-Andai Pada Jadi


Hidup ini kan benar semuanya; pada sudut dan darjah yang pasti saja berbeda.

Andai di takdir 'dia' itu temunya pertama dalam kalimah cinta dan itu yang dijodohkan dari azali; dialah jodoh benar kamu.

Andai yang itu hanya satu singgahan manusia yang apa-apa dan buat sebaris dua kata gembira dalam seperenggan penuh muka surat sakit dan benci hati; dialah ajaran benar kamu tentang duga dan manusia; dan hati yang bukan mati.

Andai yang itu tak lebih dari mimpi indah yang bawa kamu melayang ke awan tinggi, dan sedar-sedar dia di panggil pulang oleh pemiliknya yang benar; benarlah, ada yang Maha Tinggi KasihNya dari apa yang kita mampu taruhkan.
dan
Andai yang itu tak lebih dari gemuruh rasa yang cukup-cukup dalam tapi hilang dari terjemahan bahasa yang bisa dihadam oleh pemahaman sidia; percayalah itulah kebenaran yang Maha Esa nyatakan pada 2:216.

Sesungguhnya, kita tidak benar mengetahui yang benar andai ilmu itu bukan dimilikan pada kita juga kan sahabat?

*senyum*

4 comments:

kutu_buku said...

assalamualaikum..
baru pertama kali baca blog aj..
banyak tulisan yang baik..
alhamdulillah..teruskan..kalau ada org tak suka, biarkan..ada ramai lagi yg menyukainya inshaAllah

Lady Windsor said...

Segala yg berlalu mengikut kehendak kita itu bukan berlaku disebabkan termakbulnya sebaris doa, sebaliknya ia berlaku disebabkan sememangnya Dia mahu ia berlaku...

Anonymous said...

Salam..
Pertama kali singgah di laman ini hatiku langsung tertarik dgn manik2 kata yg indah bermakna & berunsur ketuhanan.
Teruskan susun bait2 untaian madahmu, ianya membuatkan hatiku terusik nyaman.

Pastikan ianya kerana Allah.

"Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan."

Pengembara

AJ said...

kutu_buku
andai, ini naskah aku yang terakhir pun, masih aku sarankan kamu mencari tulisan aku yang lepas-lepas.
kerana aku percaya, yang berpesan kita bukan untuk satu saat dan ketika, tapi untuk guna selama daya mampu.
andai secubit dua ilmu yang ada di sini, ambil saja dan sebar semahu kamu. Aku cuma berpesan agar aku juga mampu dipesan-pesankan oleh kalian pada jalan Dia.
biarlah mengejar suka Maha Esa, kerana suka manusia sendiri sefana aku dan sekalian lain.
kan?
Selamat datang wahai sahabat.
Hai, kenalkan, Aku AJ!
*shake hand*
*smile*


Lady Windsor
tepat.
kerana kun fayakun Maha Kuasa itu benar.
dan Dia saja yang membenarkan sekalian yang jadi.
Ya, Allah, pada dia sendiri kita yang milik-Nya ini akan kembali.
terima kasih untuk ingatan ini ya sahabatku LadyWindsor.


Pengembara-nonymous
Terima kasih untuk singgah sini.
Kalimah yang tersusun ini bukan ilmunya dari aku, tapi semua milik Dia. Moga, ada baik untuk kamu kutip dan buat ajaran.
Kalau aku salah, tolong tarik dari aku terus jatuh tak terjangka.
Kita kan sahabat, jadi berpesan pada yang lurus agar ilmu dan amal kita tak bisa kurus.
kan?
*senyum*
Hai, kenal kita ya, Aku AJ!
*shake hand*
*senyum*