Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 14 December 2011

Permainan



Pada 'dunia' yang langkah kita diterbataskan kekunci atas, bawah, depan dan belakang, tentu saja fikir perlu berlari jauh dari 'hanya yang kelihatan'; untuk keluar dengan gema ketawa kepuasan seorang pemenang.

Dan yang tidak kelihatan itu 'helahnya' hanya diketahui oleh 'pengatucaranya' sahaja kan?.

Begitu juga dunia yang diatasnya kita berpijak ini.

Cumanya, kita ada lebih dari empat kekunci gerakan dan (pastinya juga) kita tiada butang 'restart' bagi setiap 'game over'.

'Token' permainan ini hanya ada satu.
'Pengatucaranya' juga hanya ada satu.

15 comments:

HEROICzero said...

kita punya banyak advantages , cuma nya kita tidak pernah sedar . kamu tak rasa begitu ?

=)

Qiez AR said...

Kalau saja kita bisa tahu altitud tepat letaknya bom periuk api yang tertanam di dasar tanah itu, pasti saja kita tak akan berfikir untuk melintas pun di kawasan tu..

tapi itu lah.. manusia ni alpa..lagi pula, berani tak bertempat, kan abang?

mega senja said...

Kalau boleh digambarkan umur dunia, ia seperti insan yang sudah bongkok sabut, kepalanya tunduk rapat hampir menyentuh bumi tempat berpijak...tongkatnya sudah reput menunggu jatuh...

Dan kalau semua boleh mentafsir keadaan ini, nescaya rumah Dia penuh sentiasa...

AJ said...

siHEROaku
barangkali, disebabkan semua yang kita lihat sebagai selesa itu yang buatkan kita leka.
seperti 'main' home dengan pasukan belasahan, sedar-sedar lepas wisel, kita yang terang-terang kalah.
kadang-kadang.
aku mahu saja mula semula sebagai orang yang kosong.
baru aku belajar merangkak itu bagaimana.

*senyum*

tapi.
aku dah di sini.
jadi.
dari sini baru boleh mula sendiri.
kan?

*senyum*


Larasephia
Atas marhaennya kita, takkan pernah kita mampu tahu apa yang ada, biarpun untuk selangkah yang di hadapan.
Ya, kita mampu pandang, tapi tak kan mampu agak apa yang datang melayan, memipih sisip lalu.
Tapi.
Kita ada pandu.
Dan bukan boleh rebus dan telan saja kalau tak baca.
Yang ditinggalkan untuk kita untuk kita faham, simpan dan jalan.
kalau tertinggal satu, sesat melarat pun mampu.
*senyum*
berani tak bertempat?
bukan kot.
asalanya; berani tak sempat berilmu sungguh.
barangkali.


Mega senja
dan menafsirkan itu, harusnya ada kunci yang bernama ilmu.
dan pandu juga perlu ada kunci yang sama.
ah.
kadang kita mengambil mudah; kunci tiruan juga kita anggap sama.
sama tak semestinya sama betulnya kan?
oh.
andailah semua tahu.
pasti penuh semua menjadi tamu-Nya.
*senyum*

Bidadari Syurga said...

pernah aku disoal kenapa satu ibu yg lahirkan 4 anak punya beda perilaku... rasanya mahu aku jawab soalan ibu tersebut... tetapi arghhh... membicarakan pada seseorang yg rasa dirinya betul sebetulnya merugikan... tetapi aku mahu dia tahu... asal kejadian manusia... Adam dan Hawa... diturunkan dengan bersebab... diperindahkan bumi untuk didiami... Adam dan Hawa adalah urusan Dia... maka lahirnya Qabil dan Habil... satu ibu... dari satu benih yg Dia paling perindahkan kejadian dengan titisan 'kasih sayang' yetap sahaja mereka persoalkan mengapa... anak yg lahir di beri makann yg sama... disediakan masih juga sama... tapi masih tetap punya perilaku yg kurang enak...

ps: rasanya... setelah jauh aku berfikir... jawapanku padanya hanya memandang.... 'hati yang tidak pernah mahu melihat... takan terlihat... selagi 'Token' mahupun 'PengaturcaraNYa' tidak beri izin.... satu hari nanti... aku berharap... ibu itu faham... Dia uruskan ke semuaNya... dan kita hanya perlu bermain dengan baik... untuk tamat dan pulang dengan senyuman.

Adeqq said...

Pentas dunia pentas yang diciptakan untuk kita melakonkan watak yg telah diberi. Tugas kita, jalankan watak dengan baik. Ikut dialog yang diberi, cuba membawa mengikut haluan kata hati seperti tercatat di loh mahfuz.

Bermain game setiap hari kadang menang kadang kalah. jiwa tetap memberontak mahu meneruskan 'game' ini kerana tidak berpuas hati pada kekalahan. Lalu diteruskan permainan sehingga 'game over' pada waktu yang akan ditentukan nanti.

Pengaturcara sudah membuat 'game' yang begitu indah. Mengapa kita hendak terpesong mencari 'game' yang menyusahkan? Manusia...

*aku rindu kau AJ*

Anonymous said...

ramai yg memilih untuk menggunakan 'cheat code' dalam permainan.

tapi menangnya hanya dalam permainan sahaja, menang di hadapan pemain lain semata-mata. hakikatnya 'pakar' pasti tahu juga.

'cheat code', helah dalam kehidupan.
'pakar', pastinya pencipta.

~Sal Ismail~ said...

perjalanan hidup ini diatur indah oleh pengaturcaranya..cuma kita aja yg selalu leka~

game over kita hanya bila tercabutnya nyawa..~

salam kenal~ =)

Seroja Jingga said...

segalanya adalah rahsia Allah. bila? kita tak ketahuinya..harus ade strategi kan AJ. mahu menag yang bagaimana? mahu menang kedua duanya (dunia dan akhirat) atau kita pilih salah satu..aku cuma ingat kan diri aku saja aj

aku tak kan pernah lupa untuk hadir disini aj..cuma kadang2 terlalu kelu untuk reply entry kamu ;)

Unknown said...

Kalaulah dunia ini boleh direstart .

hanaahmad said...

selalu dengar kan, kita hanya merancang, dan Tuhan itu menentukan. walau sehebat mana pun pengawalan kita atas sesuatu yang kita mahukan untuk hidup, semuanya atas jalan yang Allah berikan. ;)

AJ said...

Bidadari Syurga
doakan saja ibu itu. Mana tahu, dibuka hijab nanti, dia yang lebih tahu.
sedang aku percaya satu.
cubalah menulis sebaris kata.
empat lima kali, pasti tulis itu berbeda.
sedang.
yang menulis itu kita, dan pada sela masa yang tak berbeda mana sangat.
tapi.
putusnya berbeda juga.

oh.
hal hati lebih rumit barangkali.
Sedang kita percaya seadilnya kita beri yang sama, tapi, mana ada yang sama dalam hal hati, kan?
dan pasti, ada garis-garis beda yang bawa cerita anak-anak itu berbeda rutinnya.

lagipun.
corak-corak pada lukisan itu buat lukisan lebih hidup dan bercerita kan? dan itu lebih baik dari hanya satu warna dan kosong sepenuhnya.

*senyum*

dari Dia duga datang, pada Dia juga kita pulang.
kan?



Adeqq
barangkali, kita terlalu kepingin untuk tahu, dan membiar peluk kita pada ilmu tak berselimut dengan akidah.
barangkali kita terlalu percaya apa yang kita 'mahu' percaya, dan bukan apa yang kita 'perlu' percaya.
bilamana dunia dihidupkan dengan akal semata, akan hilang jiwa pada setiap binaan dan susunan kehidupan.
oh.
barangkali.
dan untuk kamu Adeqq, aku doakan semoga pada kamu ada Baraqah dan Perlindungan Dia sepenuhnya.
Ameen.
Adeqq, jaga diri.
ya.
*senyum*



maCy
menanglah dengan apa saja; sedangkan salah itu tentu salah, dan betul itu tentu betul.
kita mungkin percaya kita menang, sedangkan kita kalah tergadai tanpa sedar.
dan pada dia, kita harus rujuk, kan?
*senyum*



~SaL Ijoi~
yang indah diatur itu jarang kita pandang, kerana ia harus muncul dari hati.
maka.
pasti saja ramai yang buta atau membuta tanpa peduli apa yang diterang-terang dalam setiap bilah warna yang memancul tiba.
kan?
oh.
barangkali.
Hi.
Saya AJ.
*senyum*



Seroja Jingga
yang aku mahu, susun huruf ini diambil pengajaran saja. kalaupun kamu singgah sekejap dan membaca sebaris untuk kamu simpan, itu lebih baik dari kamu menulis secerpen panjang komen yang satupun ingatan tak kamu ambil endah.
kan?
untuk kamu, doa semoga Maha Esa lindungi akan kamu.
tapi.
mula lindungi perhubungan kamu dengan dia dulu ya sahabat ku.
oh.
kamu tahu.
kan?
*senyum*



EZAN IDMA
terpulang, pada mana kamu mahu pandang.
sedar dari jatuh dan 'restart' di stage baru dengan fikir percaya yang baru itu sendiri sudah cukup bagus.
parut calar balar dulu bukan kosong-kosong kehidupan kan? ia bagai kitab-kitab besar yang menulis itu ini untuk kita kenang bila kebuntuan,
oh.
hidup ini sendiri pelajaran; andai kita cukup kisahkan ia.
barangkali.
*senyum*



hanaahmad
setidaknya, merancanglah, dan rancang kita harus ikut tata nya, dan bukan ikut cara yang buta-buta.
walau akhirnya tetap milik Dia, tapi Dia sendiri suruh kita memilih, mencari dan memohon.
kan?
*senyum*

Firhan A. said...

tulisan ini dan komen2 di atas memang benar-benar apa yg aku perlukan sekarang.

thanks.

Anonymous said...

balasan komen kamu sentiasa menggembirakan AJ :))

AJ said...

Feny Rathula
Semoga untuk kamu, ada ketentuan terbaik Maha Esa atas hidupmu, dan moga sabar kamu berpanjangan.
Semoga limpahan rahmat-Nya melimpahi hidup dan matimu.

Kalaupun kami di sini tak membantu kamu, kami doakan ada bingkisan dari Dia yang mampu buat panas kamu reda, ribut kamu tenang, kalut kamu lerai.
Ameen

*senyum*


maCy
itu sahaja yang aku mampu; sebagai sahabat.
mendoakan pada Dia, agar sebaris dua yang aku tulis semampu kemarhaenan aku di sini mampu bantu aku kala aku sendiri jatuh tak berlantai.
ah.
aku sendiri manusia, yang duduknya tak lah lain dari selantai duduk sekalian homosapian yang lain.
kan?

*senyum*

untuk kamu, aku belajar banyak dari sekadar a b c yang menurut sampai sudahnya.

*angguk*