Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Friday, 30 December 2011
Erti
Hidup ini tuntutnya adalah pengertian.
Dan semua kita tahu yang sekalian kita juga mahu sangat, untuk dimengerti dan difahami sepenuhnya dengan tulus jujur sekalian marhaen lain.
Sabarlah sahabatku.
Sedar yang satu ini.
Hidup akan lebih dihargai dan diambil tahu, jika kita sendiri yang ambil tahu dan hargai wujudnya kita sebagai manusia. Baru nanti, kemudiannya dipanjangkan itu untuk sekalian yang terpandang oleh kita-kita.
Insya’Allah; terbuka nanti pada kudus jiwa-jiwa insan lain untuk mendalami dan memahami hati kita yang satu ini.
Bila?
Ah, aku sendiri tak pernah tahu.
Ia diibaratkan seperti kematian. Bilanya kita tidak akan pernah mampu tahu, tapi datangnya itu sudah tentu diyakin pasti; kerana itu sendiri janji Illahi, dan janji-Nya tentu benar, kan?
Dan pasti, hidup akan lebih indah pada turut-turut waktu yang menyusul tiba.
Lebih indah dari yang pernah lubuk dalam jiwa pernah terlintaskan.
Percayalah untuk sekali ini!
Kerana itu yang aku yakin percayakan.
Barangkali.
*senyum*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
abang sudah ingatkan saya berkali2 tapi saya masih terlupa.
selalu2 saya menuntut tuhan untuk buat saya mengerti akan ujian2 yang diturunkanNya keatas tengkorak saya, walhal saya enggan memengertikan istilah dan hikmah ujian itu sendiri terdahulunya.
Sudahlah demikian, berani pula meminta2 akan nikmat setelah menghantam DIA berkali2 tanpa sedar.
saya rasa saya ini dungu, sombong dan tamak.
Mudah2an abang akan tolong doakan agar umur saya lanjut supaya saya sempat kumpul percaya itu. sebab saya ini slow orangnya! :\
prier pour moi , grand frère, s'il vous plaît ..
Larasephia
Lupa itu kerana kita manusia.
dan manusia perlu diberi pesan berpanjang-panjang, agar kita akan diberi pesan-pesan oleh marhaen lain di hari muka.
dan aku sendiri bergitu untuk kamu; agar kamu juga begitu untuk aku dikemudian nanti.
maka.
biarlah doa aku untuk kamu jumpa jalan-Nya, dan panjang pendek pun usia kamu, asalkan kamu berakhir di kelurusan susun-Nya, itu sudah lebih dari memadai.
kan?
dan doa seorang saudara harusnya tidak pernah putus, biarpun hari bersilih ganti kan?
*senyum*
insya'Allah.
Post a Comment