Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 3 January 2012

Manual


Dalam setiap permainan, pasti ada manualnya. tapi, berapa kerat sangat kita ini mencari jalan yang benar melalui manual itu. Oh, barangkali manual itu terlalu bosan untuk ditelah satu persatu, maka main saja ikut hati.

Maka, pasti saja ada salah. pasti saja ada susah. pasti saja ada silap.
Kenapa?
Kerana kita sendiri tidak merujuk kepada kitab manual itu kan?

Dan lebih mudah (pada kita), google saja di laman sawang dunia, dan tanya pada yang 'pakar' di sana.
Download itu ini sebagai pembetulan pada apa yang kita ada.

Tapi itu yang terbaik?

Barangkali; kalau kita jumpa yang benar.

Kalau pakar yang kita anggap pakar itu tak lebih dari sekadar penipu?
Penipu segala jenis penipu?
Mahu saja kita sesat.
Bukan begitu?

Oh.
Maksud aku, bukan (hidup pun) begitu?

*senyum*

7 comments:

mega senja said...

Dunia kini sudah dipenuhi penipu...dan perkara yang paling tidak dapat aku maafkan adalah menipu diri sendiri..menipu pada perasaan...
Justeru, harus kembali kepada manual kehidupan yang paling bertamadun ...al-Quran!

HEROICzero said...

jujur nya , aku sering amal sikap , 'cuba dan menang' .

cuma jarang2 menang .

=________________="

AJ said...

mega senja
kadang, bukan kita tak tahu; tapi tak ambil tahu.
bukan kita tuli, tapi tak peduli.
bukan bodoh, tapi angkuh.
perasan cukup bagus, tak perasan nanti dinilai sekali gus.
semoga penipuan kita akhirkan sebelum 'episod' akhir datang dahulu.
kan.
ah.
aku sendiri pun masih sebegitu.

siHERO
dan cuba lah untuk menang dengan jalan yang lebih terang.
mana tahu, kamu bisa lebih 'terang' untuk kali ini.
dan berterusan nanti; insya'Allah.

Bidadari Syurga said...

aku bayangkan Kalam DIA saat baca entry kamu yg ini... berapa banyak manusia faham dengan tersirat di balik siratanNYA... tersingkap satu persatu seolah-olah manusia itu pasti punya kelebihan...

ps: memahami dan melaluinya sukar... cuma berusaha agar tidak tersadung jauh atau terkeluar dari 2 yang aku pegang....

ps: boleh tidak kalau kamu OFF 'word verification' kerana sebetulnya aku tidak suka ada sekatan untuk menghantar komen...

AJ said...

BidadariSyurga-Nya
dan pada Dia juga kita merujuk sebab Dia itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengatur.

setiap yang terbit dari pandang dan rasa kita, semuanya ada hikmah-Nya.
mungkin kita perlukan masa dan ilmu untuk mengerti setiap satu; tapi tak salah untuk berusaha selagi mampu.

*senyum*

aku sendiri sering gelincir kerana aku ini manusia yang kadangnya bersyukur itu kurang.
maka, aku harus diingatkan oleh yang lain; agar kita semua bukan orang yang rugi.

*senyum*

ps:
hidup ini sendiri maknanya ujian, dan ujian perlu susah untuk kita tempoh, kalau terlalu mudah, maka apa ada pada ujian kan?

ps:
oh, aku sendiri benci pada word virifikasi itu, dan jujur aku sendiri tak pernah perasan yang ia wujud dalam laman ini. barangkali kejahilan pada interface baru ini buatkan aku terlepas pandang pada satu dua hal.
maaf untuk itu.
dan terima kasih untuk pesan itu.
dan sekarang, aku dah keluarkan yang mana menjadi benci kamu.
*senyum*
Alhamdulillah.

Bidadari Syurga said...

heeeeeeee tq....

AJ said...

Bidadari Syurga
Pada sahabatlah kita bermohon ditegurkan, agar yang bengkok bisa lurus, yang kendur bisa padat.
Dan, menyenangkan saudara yang lain lebih baik; moga Allah ringankan kita pada masa yang lain.
Ameen
*senyum*