Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 4 January 2012

Best Tak?


Bila orang tanya macam mana kahwin, apa jawab terbaiknya?

*senyum*

"Kalau saya tahu, dah lama saya nikah"

***


Pada sang bujang, pasti yang mereka nampak tak lebih dari 'itu'. Sedangkan hal nikah kahwin ini lebih dari sekadar sejumud pemikiran.
Alangkah 'epic' pada subuh pagi digerak bahu kita dengan bicara
"Bang, bangun bang. Kita subuh sekali ya"


*senyum*

Solat dah berjemaah
Doa dah beramin.
Senyum dah berpahala.
Salam maaf dah tak berlapit.
Masak makan dah berteman.
Petang dah berjadual.
Kejar sibuk dah penuh dengan bunga senyum.

Oh.
Biar semuanya ku rangkum sebaris.

"Kalau saya tahu, dah lama saya nikah"

Sama yang tadi?
Ya.
Yang tadi.

Tapi.
Tak ada iman tanpa duga, kan?

*senyum*

Semoga sekalian sahabat dapat rasa manisnya berkeluarga itu nanti. Percayalah, hidup lebih bermakna.
Semoga dirahmati Allah akan sekalian kamu, pasangan kamu dan segenap keluarga.
Ameen

7 comments:

mega senja said...

Kalau merasa yang manis sepanjang hayat ikrar perkahwinan maka berbahagialah anak Adam, namun...kadang kala petir guruh muncul tanpa di duga meranapkan sebuah akad...bagaimana itu harus di elak...tak lain tak bukan akur pada keadaan kan.

Hmmm Tuhan tahu segalanya apa dalam hati...

AJ said...

Mega Senja
Mendaki ke puncak gunung, pasti ada perit dan sakit. Tapi, bila kamu di puncak, puas tersenyum dan sampai kamu turun pun kemuncak daki tadi kamu kenang sudah sampainya.
maka.
gembira itu mana yang kita pandang.
Dalam mencapai puncak hidup berpasang, pasti ada sakit perit untuk kita redah, dan andai yang kita suluh pandang hanya luka yang berbirat dan bukan senyum manis sekuntum dua, pasti itu yang kita jumpa; dan begitu juga sebaliknya.

oh.

percayalah.
kalau yang kamu kahwin itu atas penerimaan kamu untuk dia, pasti kamu akan terima dia selamanya. tapi andai berkahwin itu atas sebab dia itu ini dan itu, pasti itu ini dan itu akan hilang dimamah evolusi masa dan usia.

maka.
terima yang mana ada, kerana Allah itu Maha Adil untuk kita marhaen-Nya.

susah?
ah. hidup ini sendiri ujian, kalau ujian itu mudah, pasti semua lantakkan saja kan?

lagi satu.
selalu aku ulang sebut.
setiap apa yang berlaku itu sebenarnya dekatkan kita pada syurga Pencipta; hanya perlu kita bersyukur (atas nikmat-Nya) dan bersabar (atas setiap cobaan-Nya) yang keduanya akan terbit Iman dan kita yang cukup 'hamba'nya pada Dia.

kan?

*senyum*

sab said...

bunyinya seperti indah.



*teringin*

haha.
AJ! sejak bila blog baru ni?

Anonymous said...

Indah nye alam perkahwinan...ahhh...aku masih kosong 3 lagi....haha...

El mariachi

Verdict said...

Terasa macam dah lama kenal kau. Tapi... macam pudar ingatan. Erk..

hanaahmad said...

moga aku dapat merasai kemanisannya nanti. ;)

AJ said...

the-SZ
semoga, pada kamu, Maha Pengatur dah susunkan pelengkap hidup yang mendamaikan dan menyenangkan, agar syurga kamu di 'sana' nanti berteman dia juga; insya'Allah.
Ameen.

p/s: ah, terpaksa gak mula balik. jari-jari ini tak dapat lari dari menaip sesuatu, jadi apa salah aku kongsikan ye tak?
*senyum*
blog hang pun sat private sat open, ikut mood tuan dia la kot?


EL Mariachi
bagi aku, satu itu pun dah memeningkan dan tak termampu aku puaskan setiap yang berbahasa di tutur bicara dia; apatah lagi nak puaskan hati manusia yang mana tahu erti puas itu bagaimana.
maka.
biarlah satu sahaja.
kan?
*senyum*


Fiq Vertigo
Ah, barangkali aku mirip seseorang kan.
Atau, ini hanya kias pada jarangnya aku singgah blog kamu kan?
*senyum*
tak apa, kita mula semula.
Hai sahabat, saya AJ.
AJ Nismihan.
*Senyum*


hanaahmad
pada setiap yang taat dan bersabar, telah ditetapkan indah hidup mereka.
aku doakan kamu jumpa semua ini dalam hidup kamu.
percayalah, Maha Adil itu sendiri Maha Pengatur yang tak pernah gagal, kan?
*senyum*
sebelum itu, jadilah insan terbaik pada jalan-Nya, baru nanti, dipadankan kita dengan yang terbaik dalam jalan-Nya juga.
itu yang teridam mimpi pada semua kita kan?
*senyum*