Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 5 January 2012

Pandang dan Diam


Dah jenuh berusaha ubat. Tak ada yang termampu sudah

Inipun harus dibilas bersih tiap kali. Kalau tidak, ruang sini harus disembur haruman sekarton wangian pun belum tentu hilang

Kesian, suara pun dah mula hilang. Sakit pun diam, sulit pun diam. Hanya air mata mengalir yang buat kita mampu teka dalam cuba

Selebihnya, pandang dan diam.
Oh.

***

Bila melihat pada yang terlantar sakit, hati pasti terdetik untuk melihat diri sendiri. Bukan busuk buruk dia yang harus kita tenung hebohkan, tapi ajaran yang wujud terang untuk kita umpil simpankan. Hal dia, paling tidak pun sudah dia dibiar merasakan oleh Maha Esa,, sedangkan hal kita?

Oh.

Entah pada siapa harap kita bersandar untuk dijaga pada lantar sakit nanti?
Entah pada siapa yang akan kita harapkan untuk jenguk datang dengan doa dan basah kalimah suci untuk biar redha dan sedar kita sentiasa berselimut rapat dengan jiwa yang pasti tentu longgar duduknya nanti.

Atau;

Sempat tidakkah kita untuk melafaz bahasa taubat dan sujud pada dia lagi nanti; atau semata-mata dipanggil kita pulang nanti dalam sekilas waktu yang kita pejam dalam gelap-gelap kehidupan.

8 comments:

hanaahmad said...

bila berkata perihal sakit dan mati, serasanya aku cukup kalut dan takut. seringkali juga tertanya-tanya, adakah ada orang yang sudi menjenguk dan mengasihani aku yang sakit ataupun adakah ada orang yang akan mengingati aku yang sudah tiada.

erm...aku sibuk akan hal itu, hakikatnya aku harus sibukkan hal adakah aku sudah bersedia ke arah itu yang akan tiba bila-bila masa tanpa kita sedari.

mega senja said...

AJ, bila berkata perihal sakit juga...aku ada sedikit kemusykilan...

1) ramai berkata kalau sakit itu maknanya gugur dosa kecil dan Allah sayangkan mereka...bagaimana dengan mereka yang jarang ditimpa sakit?

2) sentiasa aku dengar ibu yg bersalin itu ibarat gugur sekalian doasanya dan bagaimana dengan mereka yg tidak berpeluang merasai kesakitan atau nikmat bersalin.

Sebarang jawapanmu, aku hormati dan terima kasih...

Bidadari Syurga said...

hurmmm... aku hanya bisa pandang danmohon Dia ajari aku....

AJ said...

hanaahmad
aku setuju dengan perenggan dua kamu.
yang harus kita persiapkan adalah sedia mati kita; dan pasti Maha Pengatur sediakan bagi kita yang selebihnya.
terima kasih untuk ingatkan aku hal itu.
dan doa aku, kamu pergi nanti dalam kemanisan yang tertinggal untuk semua yang tersayang; dan tersayang itu juga agama-Nya.
Ameen
*senyum*


mega senja
sebetulnya, aku bukan si ahli untuk kamu bertanya itu dan ini; sebab fahaman aku masih jauh dari dalam untuk aku sendiri berdiri sendiri tanpa pegang.
tapi; menghormati soalan kamu, aku menjawab dari sudut pandangan aku.
aku ulang, sudut pandangan aku; ya.

1) Pada sakit yang mana pun, itu ujian dari Allah, dan pasti Allah akan gugurkan dari mereka dosa-dosa mereka yang kecil; selagi mana mereka bersabar.
Dan bukan ujian-Nya itu hanya pada kesakitan; sedang hidup terlalu kompleks aturan-Nya; maka dalam senang susah ada uji, dalam tangis tawa ada uji, dalam sulit tenang ada uji. Maka, pada setiap uji itu dah Allah tetapkan pada siapa dan laras mana duduknya. Kita? hanya hamba-Nya yang harus sedia dan terima. Itu sebab wujudnya hidup pun kan?

2) Pada PENGETAHUAN aku, yang gugur masih dosa-dosa kecil. Dan doa pada manusia mahupun yang besar masih tergantung untuk dinilai akhir nanti; waulahuAllam. Rujuk pada yang lebih arif untuk pemurnian.
Apapun, merujuk pada jawab aku yang pertama tadi; Allah tahu pada tahap mana kita mampu diuji.
Sedang sabar dan redho lepas usaha pada perasaan sakit dan perit tidak diberi nikmat bersalin sedang manusia-manusia sekeliling berbising pekik kata kamu tidak usaha, mandul dan sebagainya sendiri satu duga Allah untuk bantu kita ke syurga-Nya kan?
*senyum*

Hanya Allah yang Maha Tahu.
Dan moga, itu mampu beri kamu jalan untuk merujuk pada yang lebih Arif.

*Senyum*


Bidadari Syurga
dan yang kita, pada dia kita melangkah agar lebih dekat; dan pasti Allah akan 'berlari' mendekati kita.
tiada rugi kalau kita berani; dan sedar duduknya diri.
kan?
*senyum*

mega senja said...

AJ, sekali lagi aku berhutang terima kasih pada kau...kerana memberi faham yang sedikit mambawa tenang untuk aku telan.

AJ said...

mega senja
meminjam kata Ustaz Hasrizal pemilik Saifulislam.com, "Erti Hidup Pada Memberi"
*senyum*
Kita kan sahabat, berkongsi setakat mana yang termampu. Apapun, merujuk kepada yang lebih arif lebih baik hendaknya.

Anonymous said...

sering saja kala sakit baru teringat ajal itu ada, akhirat itu entah bila, nyawa boleh ditarik sekelip mata.

adakalanya kufur juga menikmati nikmat sihat ini..

dan moga mata ini akan basah menangisi dosa sendiri..

AJ said...

maCy
mana tahu, doa kamu untuk mendapat bahagia itu 'Dia' balas dengan kesakitan itu.
kenapa?
kerana dalam senyum manis bunga-bunga kita bisa saja sesat dan menyesatkan yang lain, dan hanya pada lantar sakit ini kita tahu siapa yang benar 'Tuhan' dan siapa yang benar 'Mengaturkan'.
sakit itu rupanya bahagia kan kita cari, kadangnya.
dan nanti, biarlah mata itu basah bukan kerana dosa lagi, sebaliknya kerana rindu ketemu 'Dia'. dan itu setinggi yang termampu kita capai, kan?
*senyum*