Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 27 January 2012

Bukan Pada Kita



Kalau pemain bola sepak itu bersifat kasar pada permainannya, tak bererti bola sepak itu semata-mata kasar dan perjudian. Padanya ada harmoni, kesepakatan, strategi dan etika disiplin.

Kalau pelukis potret dunia itu berambut panjang gerbang, berbaju lusuh dan berdenim lama, tak semestinya seni lukisan itu penuh serabut dan harus lusuh duduknya. Harus dinilai pada nilainya, dan bukan perilaku yang bernilai demikian.

***

Masih tak sesempurna lagi Islamnya aku, tapi tak bermaksud Islam itu tidak sempurna.

Hal Islam bukan ‘semata-mata’ hal politik, jubah serban, ceramah, haram bercouple, dan makan minum; sebaliknya Islam ada semua itu dan sekalian yang ada sebelum wujudnya bumi, dan selepas hancurnya bumi. Bagi setiap yang terinci bagi yang bernyawa atau tidak.
Semuanya.
Sesempurnanya.

Maka, jangan dinilai Islam itu pada siapa yang membawanya, tapi apa pengisiannya.
Bukan membetul salahkan pada siapa dan apa yang kita suka mahupun benci, tapi suka pada patinya Islam, walau siapa pun yang dirikannya. Kerana Islam itu berdiri sendiri atas arahan dia; dan kita yang menumpang pada lembayungnya untuk ketemu Dia yang Maha Kuasa.

*senyum*

6 comments:

mega senja said...

AJ, noted! JN is another person yeah...ok! :)

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Tanpa kita, Islam mampu berdiri sendiri...
Tapi tanpa Islam, kita adalah bangsa yang rugi

Pembunuh Tanpa Bayang said...

islam bukan sekadar pada nama.
ia meliputi keseluruhan hidup kita.

dania said...

*senyum*

aku suka tulisan kamu.

(^_^)

Bidadari Syurga said...

ya, aku ingat lagi, arwah atuk aku pernah pesan. jangan bongkak tegakkan ISLAM kalau asasnya sendiri kita belum mahir. Dan jangan sesekali hukum seseorang kalau sahaja rasta itu milik DIA.

AJ said...

mega senja
Maaf untuk kesilapan aku itu. Ah, setidaknya kita jumpa 'sang ilmu' yang sama kan?
*senyum*

..Warkah Biru..
benar.
cuma.
kadang kita fikir kita besar.
kerana itu yang kita zikirkan pada kepercayaan kita; barangkali.

Pembunuh Tanpa Bayang
dan setakat mana tingkah kita 'mempercayai' semua itu?
kadangnya, nafsu jadi tuan dan kita membiarkan debar jiwa berlalu dan mengiakan yang bukan-bukan.
oh.
aku.
aku yang kadang begitu.
manusia kan aku?

unknown
terima kasih.
dan harap, yang kamu suka adalah isinya.
kerana tulisan itu hanya ibarat lukisan dan isi adalah layar yang mengikat huruf dan kata; dan itu lebih penting tentunya.

Bidadari Syurga
syukur.
setidaknya, Allahyarham sampaikan satu yang baik untuk kamu, dan kamu sampaikan itu untuk aku. Moga yang baik ini bisa aku panjangkan dan jadi ingatan untuk semua kita.
dan bukan sekadar ingat, tapi percaya; sepenuhnya.
kan begitu?
*senyum*