Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 30 January 2012

Tetap Ada



Hal hati takkan mati.
Sampai bila-bila.
Cumanya, samada kita ini berisi hati atau biar melayang jiwa menjadi lompang kosong yang bebas ditiup angin tanpa pegang asa yang kuat.
Dan nanti, hati kita bias lebih jauh dari jalan yang benar.
Kenapa?
Kerana yang meniup mencari sesat itu lebih ramai bilangnya dari yang satu-satunya jalan terus kepada kebenaran yang tak pernah berganjak walau seinci pun halanya. Semuanya masih tetap seperti mula dulu, dan wujudnya untuk kita pegang; bukan untuk kita cuba cabar keyakinan sebenar.

5 comments:

intan.maisarah said...

kita memang suka bukan berbicar tentang hati
hati yang unik
hati yang penuh dengan rasa

Lady Windsor said...

payah amat melawan kata hati..kadang-kadang bersimpang siur menentukan adakah kata hati itu benar atau bercanggah...aku selalu tewas dalam mentafsir suara hati..

abang bro EL said...

hemmm...bicara tentang hati kadang kadangn aku kosongkan jiwaku untuk aku isi yang baik baik sahaja...

Bidadari Syurga said...

aku lewati kenikamatan dalam satu lorong yang mewah. lalu aku lalui satu kehidupan yg kosong... hanya aku dan Dia. lalu, ada satu lorong keras yg aku tempuh... payah... hahahaha... markahnya aku hanya mampu lulus bernafas... lulus dengan ehsan DIA itu yg sebetulnya. kini... aku dibiarkan sementara. menarik nafas untuk melalui satu lagi lorong...


ps: kalau sahaja aku dpt jumpa CINTA DIA... nyata aku hanya mahu hidup atas EHSAN DIA.

AJ said...

intan.maisarah
dan berhati-hatilah dengan hati; dan tentunya jiwa yang menjadi selimut pada rendah diri dan tinggi duduknya hati itu, pada emosi kita.
Unik itu kita.
Rasa itu kita.
Dan keduanya subjektif, sesubjektifnya jiwa kita.
kan?
*senyum*

Lady Windsor
tak ada siapa yang lebih tahu, dari Dia yang Maha Tahu.
tak siapa lebih arif, dari Dia yang Maha Pencipta.
dari dia kita datang, dari dia juga solusi harus datang.
Maka, tewaslah sesekali, agar kita sedar lemah diri dan jumpa Dia dalam cari.
Takkan pernah salah kalau jalan kita itu benar kan?
*senyum*

EL Mariachi
tak pernah ada jiwa yang kosong; yang ada hanya jiwa yang tak terisi benar, tak terbuang salah atau semata-mata jernih segala, mahupun diantaranya.
yang aku percaya, janganlah dicoba kosongkan apa yang sediada, kerana sebelum sempat kita jaya, ada buruk jahat yang datang tiba menyusur pada sepeluk jiwa untuk dirasuk percaya kita.
Maka, nyah saja yang buruk busuk itu dengan kebaikan berdikit. Biar berdikit, tapi berterusan, kerana itu lebih baik dari sempurna yang tak pernah ada.
kan?
*senyum*

Bidadari Syurga
kamu tahu?
bila kita jatuh, lagi kita hargai dirinya hari ini.
lagi kita luka, tinggi lagi appresiasi kita pada sembuhnya hari ini.
maka, harus saja sesekali dibiar bergelumang dengan sesempit corong hidup, agar kita tidak lupa Dia itu terus tetap ada; dan kita tak lebih dari sekecil-kecil daya yang pernah ada.
dan itu lebih baik tentunya kan?

dan doa aku pada kamu; dan pada sahabat kita yang lain, moga berselimut selamat dalam ehsan Dia, agar yang kita akhirkan nanti hanyalah kasih pada Dia.

kan?
*senyum*