Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 23 December 2011

Bila cinta bertasbih; Bila-lah cintaku mahu bertasbih.

Dan apabila mereka digulung ombak yang besar gunung, mereka menyeru Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat Kami hanyalah pengkhianat yang tidak berterima kasih” – Surah Luqman ayat 32

Adakah kita hanya ada Tuhan Pencipta yang Maha Esa pada ketika kita di sudut susah kemanusian?

Apakah tauhid dan jihad kita itu lurusnya hanya pada ketika hati tiada siapa tempat berpaut selain dari-Nya?

Dan apabila bah musibah telah rebah; tiang-tiang iman dan dinding syukur pada Maha Esa rebah bertaut menurut. Dan insan tanpa syukur wujud seperti satu kelahiran semula.

Ada hati; fikir dengan ilmu Ketuhanan.

Subhanallah.

5 comments:

mega senja said...

AJ, tazkirah Jumaat mu mengisi minda aku pagi ini. Thanks...

AJ said...

mega senja
ia pesan pada aku sendiri.
dan aku sendiri kepingin pesan ini hari-hari, agar aku tak sempat mengalir biarpun menangis, dan tak sempat beraduh biarpun terjatuh.
ah.
aku sendiri manusia.
masih perlu dipesan-pesan.
seperti kalian semua juga kan.
*senyum*

mega senja said...

AJ, aku perlu akur untaian kata di laman mu ini kadang kala bagai segelas air yang mampu menghilangkan haus seharian akibat penat bekerja. Mungkin bagi individu lain, ia tiada sebarang kesan, tapi bagi aku walau sekecil mana sekalipun ilmu itu, ia tetap ilmu yg mampu mengisi minda...

pisau belati said...

ini buatkan aku berfikir berkali kali tentang apa yang aku lihat di sekeliling ku...

AJ said...

mega senja
jangan kamu terlalu taksub dengan air-air itu; kerana ia bisa jadi racun andai kamu jamah harian tanpa pandang pada air lain sama.
aku bisa terpesong tanpa sedar, dan aku mahu ada yang pesan pada kebenaran.
dan itu guna berhidup dalam kalangan ilmuan kan?
*senyum*
selagi ada yang baik, kutiplah untuk simpanan, dan ia sendiri bukan milik aku sepenuhnya; kerana aku sendiri milik Dia.
kan?
*senyum*

pisau belati
dan kamu sendiri si pemikir yang kadangnya terlalu bergelumang dengan sekitarmu.
sahabat, ambillah rehat dari sengsara dunia yang tak berhujung ini dengan berselimut kasih dengan Dia. Dari Dia kita datang, dan pada Dia juga rujuk kita nanti.
dan itu sebaik-baik terapi yang mampu kita selam selain syurga-Nya nanti kan?
*senyum*